1 00:00:00,591 --> 00:00:04,471 Saya telah habiskan sepanjang hidup saya 2 00:00:04,471 --> 00:00:08,878 sama ada berada di sekolah, dalam perjalanan ke sekolah, 3 00:00:08,878 --> 00:00:12,643 atau bercakap tentang apa yang berlaku di sekolah. 4 00:00:12,643 --> 00:00:15,042 Ibu bapa saya ialah pendidik, 5 00:00:15,042 --> 00:00:17,984 Datuk nenek sebelah ibu saya ialah pendidik, 6 00:00:17,984 --> 00:00:21,922 dan sepanjang 40 tahun yang lalu saya juga seorang pendidik. 7 00:00:21,922 --> 00:00:24,712 Jelasnya, sepanjang tahun tersebut 8 00:00:24,712 --> 00:00:28,228 saya berpeluang melihat reformasi pendidikan 9 00:00:28,228 --> 00:00:30,059 dari sudut-sudut pandangan yang berbeza. 10 00:00:30,059 --> 00:00:32,013 Sesetengah daripada reformasi itu adalah baik. 11 00:00:32,013 --> 00:00:34,282 Sesetengah daripadanya tidak begitu baik. 12 00:00:34,282 --> 00:00:36,479 Kita tahu kenapa budak-budak tercicir dari sekolah. 13 00:00:36,479 --> 00:00:37,958 Kita tahu kenapa budak-budak tidak mahu belajar. 14 00:00:37,958 --> 00:00:40,813 Sama ada kemiskinan, kehadiran yang rendah, 15 00:00:40,813 --> 00:00:44,889 pengaruh negatif rakan sebaya. Kita tahu kenapa. 16 00:00:44,889 --> 00:00:47,235 Tapi, salah satu perkara yang kita tidak pernah bincangkan 17 00:00:47,235 --> 00:00:49,476 atau kita jarang bincangkan 18 00:00:49,476 --> 00:00:53,745 ialah nilai dan kepentingan perhubungan manusia. 19 00:00:53,745 --> 00:00:56,078 Perhubungan. 20 00:00:56,078 --> 00:00:59,675 James Comer kata, tiada pembelajaran yang bermakna 21 00:00:59,675 --> 00:01:02,470 boleh berlaku tanpa perhubungan yang bermakna. 22 00:01:02,470 --> 00:01:05,247 George Washington Carver kata, semua pembelajaran 23 00:01:05,247 --> 00:01:09,354 merupakan pemahaman perhubungan. 24 00:01:09,354 --> 00:01:11,750 Setiap orang di dalam bilik ini pernah terpengaruh oleh 25 00:01:11,750 --> 00:01:14,203 seorang guru atau orang dewasa. 26 00:01:14,203 --> 00:01:19,516 Selama bertahun-tahun, saya melihat banyak orang mengajar. 27 00:01:19,516 --> 00:01:22,899 Saya pernah melihat yang terbaik dan saya pernah melihat antara yang terburuk. 28 00:01:22,899 --> 00:01:24,720 Seorang rakan sekerja pernah beritahu saya, 29 00:01:24,720 --> 00:01:26,929 "Mereka tidak membayar saya untuk menyukai budak-budak ini. 30 00:01:26,929 --> 00:01:29,002 Mereka membayar saya untuk mengajar. 31 00:01:29,002 --> 00:01:30,300 Budak-budak patut mempelajarinya. 32 00:01:30,300 --> 00:01:33,929 Saya patut mengajarnya. Mereka patut mempelajarinya. Habis cerita." 33 00:01:33,929 --> 00:01:35,819 Saya beritahu dia, 34 00:01:35,819 --> 00:01:39,307 "Budak-budak tidak akan belajar daripada orang yang mereka tidak suka." 35 00:01:39,307 --> 00:01:47,331 (Gelak ketawa) (Tepukan) 36 00:01:47,331 --> 00:01:50,625 Dia kata, "Semuanya karut belaka." 37 00:01:50,625 --> 00:01:53,865 Saya beritahu dia, "Tahun ini akan menjadi panjang 38 00:01:53,865 --> 00:01:56,086 dan sukar bagi awak, sayang." 39 00:01:56,086 --> 00:01:58,383 Sememangnya ia begitu. Sesetengah orang rasa 40 00:01:58,383 --> 00:02:01,346 bahawa sama ada anda memang tahu menjalinkan perhubungan atau tidak. 41 00:02:01,346 --> 00:02:02,970 bahawa sama ada anda memang tahu menjalinkan perhubungan atau tidak. 42 00:02:02,970 --> 00:02:05,174 Bagi saya, Stephen Covey adalah betul. 43 00:02:05,174 --> 00:02:08,716 Dia kata, anda hanya perlu lakukan beberapa perkara yang mudah, 44 00:02:08,716 --> 00:02:11,022 seperti memahami orang dan bukannya difahami orang, 45 00:02:11,022 --> 00:02:13,263 seperti memahami orang dan bukannya difahami orang, 46 00:02:13,263 --> 00:02:16,366 perkara yang mudah seperti meminta maaf. 47 00:02:16,366 --> 00:02:17,453 Anda pernah berfikir tentangnya? 48 00:02:17,453 --> 00:02:21,092 Minta maaf daripada budak-budak, mereka akan terperanjat. 49 00:02:21,092 --> 00:02:23,522 Saya pernah mengajarkan topik nisbah di kelas. 50 00:02:23,522 --> 00:02:27,446 Saya tidak pandai dalam matematik, tapi saya mengusahakannya. 51 00:02:27,446 --> 00:02:30,520 Apabila saya balik dan membaca edisi guru itu, 52 00:02:30,520 --> 00:02:33,817 saya dapati seluruh pelajaran itu adalah salah. (Gelak ketawa) 53 00:02:33,817 --> 00:02:35,774 Saya kembali ke kelas itu pada keesokan hari dan kata, 54 00:02:35,774 --> 00:02:38,224 "Dengar, semua, cikgu mahu minta maaf. 55 00:02:38,224 --> 00:02:42,002 Seluruh pelajaran itu adalah salah. Cikgu minta maaf." 56 00:02:42,002 --> 00:02:43,380 Mereka kata, "Tak apa, Puan Pierson. 57 00:02:43,380 --> 00:02:45,843 Cikgu amat teruja, kami akan biarkan saja." 58 00:02:45,843 --> 00:02:50,950 (Gelak ketawa) (Tepukan) 59 00:02:50,950 --> 00:02:54,708 Saya pernah kendalikan kelas yang sangat lemah, 60 00:02:54,708 --> 00:02:58,554 begitu lemah dari segi akademik sehingga saya menangis. 61 00:02:58,554 --> 00:03:01,506 Saya tertanya-tanya, bagaimana saya bimbing kumpulan ini selama 9 bulan 62 00:03:01,506 --> 00:03:03,453 Saya tertanya-tanya, bagaimana saya bimbing kumpulan ini selama 9 bulan 63 00:03:03,453 --> 00:03:06,477 dari tahap itu ke tahap yang sepatutnya? 64 00:03:06,477 --> 00:03:09,331 Ia sukar. Ia sangat sukar. 65 00:03:09,331 --> 00:03:12,703 Bagaimana saya naikkan harga diri seorang budak 66 00:03:12,703 --> 00:03:15,646 dan pencapaian akademik dia pada masa yang sama? 67 00:03:15,646 --> 00:03:17,792 Pada suatu tahun, saya ada satu idea yang bagus. 68 00:03:17,792 --> 00:03:19,637 Saya beritahu semua pelajar saya, 69 00:03:19,637 --> 00:03:23,170 "Kamu telah dipilih untuk berada di dalam kelas cikgu 70 00:03:23,170 --> 00:03:24,826 kerana cikgu ialah guru terbaik 71 00:03:24,826 --> 00:03:26,373 dan kamu ialah pelajar terbaik, 72 00:03:26,373 --> 00:03:27,817 mereka meletakkan kita bersama 73 00:03:27,817 --> 00:03:30,986 agar kita boleh tunjukkan kepada semua orang bagaimana untuk lakukannya." 74 00:03:30,986 --> 00:03:33,291 Salah seorang pelajar tanya, "Betul?" 75 00:03:33,291 --> 00:03:35,092 (Gelak ketawa) 76 00:03:35,092 --> 00:03:38,342 Saya kata, "Betul. Kita mesti tunjukkan kepada kelas-kelas lain 77 00:03:38,342 --> 00:03:40,677 bagaimana untuk lakukannya, jadi semasa kita berjalan di dewan, 78 00:03:40,677 --> 00:03:43,406 orang lain akan perhatikan kita, jadi kamu tidak boleh membuat bising. 79 00:03:43,406 --> 00:03:46,460 Kamu cuma berjalan mendada." 80 00:03:46,460 --> 00:03:49,228 Dan saya berikan mereka cogan kata, "Saya orang penting. 81 00:03:49,228 --> 00:03:50,593 Saya orang penting semasa saya datang. 82 00:03:50,593 --> 00:03:52,717 Saya akan jadi orang yang lebih penting apabila saya pergi. 83 00:03:52,717 --> 00:03:54,710 Saya bersemangat, dan saya kuat. 84 00:03:54,710 --> 00:03:57,400 Saya patut mendapat pendidikan yang saya dapat di sini. 85 00:03:57,400 --> 00:03:59,637 Saya mahu lakukan banyak perkara, saya mahu membuat orang kagum, 86 00:03:59,637 --> 00:04:01,326 saya mahu pergi ke banyak tempat." 87 00:04:01,326 --> 00:04:04,336 Dan mereka jerit, "Ya!" 88 00:04:04,336 --> 00:04:05,757 Jika anda selalu bercakap tentangnya, ia akan menjadi sebahagian daripada anda. 89 00:04:05,757 --> 00:04:09,523 Jika anda selalu bercakap tentangnya, ia akan menjadi sebahagian daripada anda. 90 00:04:09,523 --> 00:04:15,560 Dan... (Tepukan) 91 00:04:15,560 --> 00:04:19,607 Saya berikan sebuah ujian, 20 soalan. 92 00:04:19,607 --> 00:04:22,317 Seorang pelajar salah 18 soalan. 93 00:04:22,317 --> 00:04:27,529 Saya tandakan "+2" dan satu senyuman besar di kertas ujian dia. 94 00:04:27,529 --> 00:04:31,276 Dia tanya, "Puan Pierson, adakah ini F?" 95 00:04:31,276 --> 00:04:33,785 Saya kata, "Ya." 96 00:04:33,785 --> 00:04:37,081 Dia tanya, "Tapi kenapa cikgu tandakan senyuman?" 97 00:04:37,081 --> 00:04:39,329 Saya kata, "Kerana kamu semakin baik. 98 00:04:39,329 --> 00:04:43,401 Kamu betul 2 soalan. Kamu tidak salah kesemuanya." 99 00:04:43,401 --> 00:04:45,201 Saya tanya, "Setelah kita mengulang kaji, 100 00:04:45,201 --> 00:04:46,820 boleh kamu lakukan dengan lebih baik?" 101 00:04:46,820 --> 00:04:49,349 Dia kata, "Ya, cikgu. Saya boleh lakukan dengan lebih baik." 102 00:04:49,349 --> 00:04:52,981 Lihatlah, "-18" menjadikan anda nampak teruk. 103 00:04:52,981 --> 00:04:55,063 "+2" bermakna, "Saya tidak begitu teruk." 104 00:04:55,063 --> 00:05:00,835 (Gelak ketawa) (Tepukan) 105 00:05:00,835 --> 00:05:03,976 Selama bertahun-tahun, saya nampak mak saya 106 00:05:03,976 --> 00:05:06,810 gunakan masa rehat membuat ulang kaji, 107 00:05:06,810 --> 00:05:09,634 membuat lawatan rumah pada waktu petang, 108 00:05:09,634 --> 00:05:12,653 membeli sikat, berus, mentega kacang, biskut tawar 109 00:05:12,653 --> 00:05:15,387 dan letakkan di dalam lacinya, untuk pelajar yang perlukannya, 110 00:05:15,387 --> 00:05:18,616 dan pakaian dan sabun untuk pelajar yang berbau busuk. 111 00:05:18,616 --> 00:05:22,323 Agak sukar untuk mengajar pelajar yang busuk. 112 00:05:22,323 --> 00:05:24,770 Kadangkala, budak-budak agak kejam. 113 00:05:24,770 --> 00:05:27,403 Dia simpan semua itu di dalam mejanya. 114 00:05:27,403 --> 00:05:30,523 Banyak tahun kemudian, setelah dia bersara, 115 00:05:30,523 --> 00:05:33,545 saya nampak beberapa orang pelajar yang sama datang 116 00:05:33,545 --> 00:05:35,529 dan beritahu dia, "Puan Walker, 117 00:05:35,529 --> 00:05:37,951 puan telah membawa perubahan dalam hidup saya. 118 00:05:37,951 --> 00:05:39,280 Puan berjaya lakukannya untuk saya. 119 00:05:39,280 --> 00:05:41,319 Puan menyebabkan saya rasa saya orang penting, 120 00:05:41,319 --> 00:05:44,878 ketika saya tahu, dalam hati saya, saya bukan begitu. 121 00:05:44,878 --> 00:05:46,663 Saya mahu puan melihat pencapaian saya." 122 00:05:46,663 --> 00:05:49,955 2 tahun lalu, semasa mak saya meninggal dunia pada usia 92, 123 00:05:49,955 --> 00:05:52,788 terdapat banyak bekas pelajar di upacara pengebumian dia. 124 00:05:52,788 --> 00:05:55,612 Saya menangis, bukan kerana dia sudah tiada, 125 00:05:55,612 --> 00:05:59,280 tapi kerana dia telah meninggalkan kesan perhubungan 126 00:05:59,280 --> 00:06:01,788 yang tidak akan hilang. 127 00:06:01,788 --> 00:06:06,314 Bolehkah kita mempunyai lebih banyak perhubungan? Sudah tentu. 128 00:06:06,314 --> 00:06:10,991 Adakah anda suka semua pelajar anda? Sudah tentu tidak. 129 00:06:10,991 --> 00:06:15,049 Pasti ada pelajar yang paling teruk. 130 00:06:15,049 --> 00:06:17,041 (Gelak ketawa) 131 00:06:17,041 --> 00:06:20,139 Pasti. Anda tidak akan suka kesemua daripada mereka. 132 00:06:20,139 --> 00:06:23,549 Pelajar-pelajar yang teruk wujud atas sebab tertentu. 133 00:06:23,549 --> 00:06:26,483 Ia merupakan hubungan. Ia merupakan perhubungan. 134 00:06:26,483 --> 00:06:28,118 Walaupun anda tidak suka kesemua daripada mereka, 135 00:06:28,118 --> 00:06:32,230 yang penting, jangan biarkan mereka tahu. 136 00:06:32,230 --> 00:06:36,021 Jadi, guru berubah menjadi pelakon yang bagus. 137 00:06:36,021 --> 00:06:38,172 Walaupun tidak mahu, kita datang juga ke tempat kerja. 138 00:06:38,172 --> 00:06:41,334 Kita mendengar dasar yang tidak munasabah, 139 00:06:41,334 --> 00:06:44,515 dan kita tetap mengajar. 140 00:06:44,515 --> 00:06:48,579 Kita tetap mengajar, kerana itulah yang kita lakukan. 141 00:06:48,579 --> 00:06:51,729 Mengajar dan belajar sepatutnya menggembirakan. 142 00:06:51,729 --> 00:06:54,279 Betapa majunya dunia kita 143 00:06:54,279 --> 00:06:58,029 jika anak-anak kita berani mengambil risiko, 144 00:06:58,029 --> 00:06:59,297 berani berfikir, 145 00:06:59,297 --> 00:07:00,790 dan mempunyai seorang penyokong? 146 00:07:00,790 --> 00:07:03,255 Setiap anak patut mempunyai seorang penyokong, 147 00:07:03,255 --> 00:07:05,465 iaitu orang dewasa yang tidak akan putus asa terhadap mereka, 148 00:07:05,465 --> 00:07:08,178 orang yang memahami kuasa hubungan, 149 00:07:08,178 --> 00:07:12,093 dan bertegas bahawa anak-anak ini lakukan yang terbaik. 150 00:07:12,093 --> 00:07:16,863 Adakah kerja ini sukar? Oh, Tuhan, Ya. 151 00:07:16,863 --> 00:07:20,096 Tapi, ia tidak mustahil. 152 00:07:20,096 --> 00:07:21,852 Kita boleh lakukannya. Kita ialah pendidik. 153 00:07:21,852 --> 00:07:24,136 Kita dilahirkan untuk membawa perubahan. 154 00:07:24,136 --> 00:07:25,527 Terima kasih banyak-banyak. 155 00:07:25,527 --> 00:07:30,820 (Tepukan)