Mari selesaikan latihan Isipadu dan Geometri Padu.
Rajah menunjukkan sebuah Prisma Segi Tiga.
Terdapat beberapa bentuk 3D
yang melibatkan segi tiga.
Ini rupa bentuk Prisma Segi Tiga:
2 permukaan segi tiga yang terpisah
dengan segi empat di tengahnya.
Lain-lain bentuk segi tiga 3D;
ialah Piramid.
Ini ialah Piramid Segi Empat Tepat
atau Segi Empat Sama.
Juga terdapat Piramid Segi Tiga.
Kesemua sisi berbentuk segi tiga.
Tetapi yang ini ialah Prisma Segi Tiga.
Jika,
Tapak, b = 7,
Tinggi, h = 3,
dan
Panjang, l = 4,
berapakah jumlah isipadu prisma ini?
Tapak, iaitu
di sini sama dengan 7.
3 iaitu tinggi,
adalah jarak
bahagian ini.
Dan panjang prisma, 4
dianggapkan sebagai
ukuran garisan ini.
Anda hanya perlu
mendapatkan luas
segi tiga ini,
dan darabkan dengan kedalamannya
iaitu dengan nilai panjang.
Maka Isipadu ialah;
Luas Segi Tiga;
L = (1/2) x tapak x tinggi.
Luas bagi
segi tiga ini ialah:
(1/2) x 7 x 3
Jawapannya didarabkan dengan kedalaman prisma,
iaitu 4.
Jawapannya ialah:
(1/2) x 4 = 2,
potong dan gantikan dengan 2.
2 x 3 = 6,
6 x 7 = 42.
Jawapannya ialah 42
dalam unit padu.
Jika nilainya
adalah cm,
maka unitnya ialah cm³.
Jom, selesaikan 1 latihan lagi.
Rajah menunjukkan sebuah Kubus.
Jika setiap sisi, x = 3,
berapakah nilai Isipadu Kubus ini?
Maka setiap sisi,
x = 3
Sisi ini ialah 3,
sisi ini, x = 3
dan semua sisi x ialah 3.
Latihan ini sama seperti Prisma Segi Tiga.
Malah bentuk Kubus lebih mudah.
Anda hanya kirakan luas permukaan ini,
mudah saja kerana bentuknya
ialah Segi Empat Sama.
Luas = tapak x tinggi
Luas = 3 x 3.
Maka Isipadu ialah;
V = 3 x 3,
darab kedalaman, d.
d = 3
V = 3 x 3 x 3
V = 27
Perhatikan, ianya seperti eksponen.
V = 3³
Apabila sesuatu nilai dikuasakan 3,
nilai itu di-'padukan'.
Untuk mencari isipadu Kubus,
anda perlu darabkan panjang sisi sebanyak 3 kali.
Iaitu ,
Panjang x Lebar atau Tinggi,
x kedalaman, d.
Maka
V = 3 x 3 x 3.