Ini ialah pelajaran ke-6 bg Dokumen Perniagaan sbg sumber maklumat. Ia juga ialah pelajaran terakhir dlm topik ini. (yeay!) Kita akan bincangkan mengenai Diskaun Niaga & Diskaun Tunai. Perhatikan tawaran dlm iklan ini. Barang pertama kurang 30%,barang ke-2 kurang 50%. Perhatikan pula utk barang berikut bg iklan ke-2. 1 utk RM2.50, 3 utk RM5.68, jadi setiap 1 berharga RM1.89 Perhatikan pula tawaran utk iklan ini. Potongan 10% bg belian >RM1000, Potongan 12% bg belian >RM3000. Yg terakhir, perhatikan nota ini; "Tinggal lebih lama, jimat lebih banyak". Tahukah apa yg sama bg iklan-iklan tadi? Ya, ia cuba menggalakkan anda berbelanja lebih! Perhatikan yg ini: potongan lebih besar utk barangan ke-2. Yg ini pula, belian 3 tin cuma berharga RM1.89 utk setin. Seterusnya, belian >RM1000 dpt potongan 10% & potongan 12% jika >RM3000. Yg terakhir, harga penginapan utk 1 malam lebih murah jika tinggal lebih lama. Semuanya menggalakkan anda berbelanja lebih. Ini dipanggil Diskaun Kuantiti @ Diskaun Pukal. Sbg pengguna kita akan selalu melihat diskaun sebegini. Bagaimana pula utk transaksi dlm perniagaan? Ia juga mempunyai kedua-dua diskaun tadi, bezanya ia dipanggil Diskaun Niaga. Diskaun Niaga - menggalakkan belian dlm jumlah yg besar. Dlm dokumen perniagaan apakah ia boleh didapati? Kadangkala ia didapati dlm senarai harga, cth bg senarai harga dari Maha Prints. Diskaun Niaga jelas di sini; harga sehelai baju lebih mahal utk belian yg sedikit. Jika belian 10 helai, harga sehelai = RM20, Tapi jika belian 1000 helai, harga sehelai = RM10 saja. Diskaun diberi 50% utk belian >1000 helai. Di sini,harga Diskaun Niaga sudah termasuk dlm senarai harga. Diskaun Niaga juga boleh didapati dlm keadaan begini; iaitu dlm Invois. Ini cth jumlah baju yg dibeli. Anda diberi diskaun 20% utk belian melebihi jumlah tertentu; iaitu diskaun sebanyak RM456. Harga selepas diskaun ialah RM1824 + cukai = RM1933.44 20% itu ialah Diskaun Niaga & diberi krn jumlah belian besar. Apa yg perlu direkod setelah dapat Invois spt ini? Diskaun Niaga TIDAK direkod dlm buku akaun, ia ditulis sbg makluman saja. Hanya nilai akhir (RM1933.44) yg ditulis dlm buku akaun. Maka dlm Sist.Catatan Beregu bg Quirky Shirts; debit RM1933.44 dari acc.belian, kredit nilai yg sama ke acc.pemiutang.Tiada nilai diskaun RM456 direkod dlm akaun. Kaedah yg sama diguna utk semua Diskaun Niaga yg diterima, iaitu hanya nilai akhir belian ditulis dlm akaun. Diskaun Niaga TIDAK direkod dlm akaun. Jika baju dipulangkan kpd Maha Prints, maka ia akan kembalikan wang anda & hantar Nota Kredit spt yg kita pelajari dulu,kan? Diskaun Niaga akan termasuk dlm Nota Kredit itu. Jumlah yg dikreditkan ialah baki akhir setelah ditolak Diskaun Niaga. Diskaun lain yg biasa didapati dlm perniagaan ialah Diskaun Tunai. Ia juga dikenali sbg Diskaun Jualan - menggalakkan bayaran awal dari pembeli. Bila bayaran diterima awal, penjual tidak akan mengalami hutang lapuk dari pembeli. Bayaran itu juga berfungsi sbg modal tunai utk perbelanjaan lain bg penjual. Maka wang tunai takkan berada dlm bentuk hutang dgn penghutang. Diskaun sebegini tidak diguna oleh pengguna am krn barangan biasanya dibeli secara Tunai Masa Serahan @ tunai. Jadi tiada istilah kredit/syarat bayaran dlm masa 30 hari dari penjual. Kerana Diskaun Tunai hanya berguna utk perniagaan saja. Di manakah Diskaun Tunai boleh didapati? Ia ditulis dlm Invois,cth: "2/15, n30". Maksudnya: diskaun 2% jika bayaran dibuat dlm tempoh 15 hari @ bayaran penuh jika dlm masa 30 hari. Lihat cth Invois dari Maha Prints. Diskaun 2/15, n30 ditulis di sini. Berapakah jumlah yg perlu dibayar jika dibuat sebelum 22 May 2015? 2% x RM1933.44 = RM38.67, RM1933.44 - RM38.67 = RM1894.77 Nilai inilah yg perlu ditulis dlm cek. Dlm buku akaun, debit nilai penuh RM1933.44 kpd pemiutang. Walaupun diberi diskaun 2%, tuliskan nilai penuh dulu. Diskaun anda tetap dikira bila nilai RM1894.77 dikredit kpd bank. Tapi kini baki debit & kredit tak seimbang. Apa yg berlaku kpd diskaun RM38.67? Ia dikredit dlm akaun Pendapatan: Faedah Diterima anda. Sekarang keduanya dah seimbang & bernilai RM1933.44 Di manakah Pendapatan Diterima ditulis dlm Penyata Kewangan? Ini ialah Penyata Kewangan Quirky Shirts bg tahun berakhir 31/12/2015. Ia cuma bahagian pertama dari keseluruhan penyata, sehingga 'Untung Kasar' saja. Diskaun yg diterima hasil pembayaran awal ditulis sbg pengurangan kos belian. Iaitu di bahagian ini. Jumlah belian RM50k, ditolak Pemulangan Belian (jika ada) & diskaun yg diterima. Maka Belian Bersih RM50k - RM300 - RM38.67 = RM49661.33 Disinilah diskaun dituliskan sbg pengurangan kpd kos belian anda. Selain mendapat diskaun utk bayaran awal, Quirky Shirts juga diberi syarat kredit oleh pelanggan. Maka Diskaun Tunai juga boleh diberi kpd pelanggan/penghutang anda. Jika anda memberi diskaun, ia direkod sbg Diskaun Diberi dlm akaun. Ia ditulis sbg pengurangan jualan krn jika mereka bayar awal, jumlah jualan anda berkurang. Ia ditulis spt cth berikut. Sbg ulangan, Diskaun Tunai yg diterima utk bayaran awal akan ditolak dari kos belian anda. Anda pula boleh beri Diskaun Tunai kpd penghutang. Jika pelanggan/penghutang anda bayar awal, maka ia direkod sbg Diskaun Diberi & akan mengurangkan hasil jualan anda. Kedua-dua Diskaun Diterima/Diberi hanya berkait dgn Diskaun Tunai saja. Hanya Diskaun Tunai yg direkod dlm buku akaun. Diskaun Niaga yg sebelumnya tidak direkod dlm buku akaun. Peringatan; catatan diskaun yg sebenar mungkin berbeza dgn cth ini. Tapi utk tujuan peperiksaan SPM, diskaun yg diterima/diberi ditunjukkan spt berikut.