WEBVTT 00:00:06.040 --> 00:00:08.367 Nama saya Selayah. 00:00:08.613 --> 00:00:13.939 Dulu saya bekerja sebagai seorang pemandu kereta di sebuah institusi kewangan. 00:00:15.539 --> 00:00:18.246 Saya juga pernah bekerja sebagai pengawal peribadi. 00:00:19.663 --> 00:00:23.664 Pada tahun 2007 saya telah bersara. 00:00:26.038 --> 00:00:27.745 Sudah tiga tahun saya menjadi pemandu teksi. 00:00:28.742 --> 00:00:32.436 Mula-mula saya memandu kereta sewa, dan sekarang saya dah beli kereta sendiri. 00:00:33.194 --> 00:00:37.181 Tetapi apa gunanya, saya tidak diberi permit persendirian. 00:00:37.719 --> 00:00:43.198 Kerajaan dah berhenti memberi permit kepada individu. 00:00:44.321 --> 00:00:48.062 Maka saya menggunakan permit yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat teksi. 00:00:50.107 --> 00:00:52.988 Adakah kamu menggunakan meter untuk teksi? 00:00:53.585 --> 00:00:57.117 Inilah masalah utama yang saya sedang hadapi di Penang. 00:00:58.285 --> 00:01:03.362 Bagi kereta 2000cc warnanya adalah biru. 00:01:07.025 --> 00:01:10.136 Kereta biru kebanyakannya memiliki plat Kuala Lumpur. 00:01:10.322 --> 00:01:12.342 Ada juga plat Pulau Pinang. 00:01:13.448 --> 00:01:19.743 Teksi yang berwarna merah juga mempunyai meter. 00:01:21.232 --> 00:01:24.855 Tetapi penghitungan bagi kedua-dua meter adalah berbeza. 00:01:25.409 --> 00:01:32.850 Bagi teksi biru, sekali kita tekan suis meter, maka ianya akan menunjukkan RM6. 00:01:34.308 --> 00:01:38.323 Bagi teksi merah pula, sekali tekan suis meter, maka ianya akan menunjukkan RM4. 00:01:38.693 --> 00:01:44.305 Bagi teksi merah, 10 sen akan naik bagi setiap beberapa saat. 00:01:44.593 --> 00:01:51.224 Tetapi untuk teksi biru pula, 20 sen akan naik bagi setiap beberapa saat. 00:01:51.762 --> 00:01:58.631 Bagi Penang, teksi merah dipanggil sebagai teksi berekonomi dan teksi biru sebagai teksi meter. 00:01:59.707 --> 00:02:10.448 Jika teksi biru bergerak dari Georgetown ke lapangan terbang, maka tambangnya adalah sebanyak RM52. 00:02:10.916 --> 00:02:18.301 Jika ianya teksi merah, maka duit tambangnya tak sampai duit petrol saya. 00:02:19.687 --> 00:02:25.106 Jika 10 sen sahaja yang naik bagi setiap beberapa saat, apalah yang saya boleh buat? 00:02:25.402 --> 00:02:31.685 Jika kami nak pergi ke Gurney drive, tambang mengikut meter adalah RM6 hingga RM7. 00:02:31.897 --> 00:02:37.746 Ianya memang tak cukup untuk menyara kehidupan. 00:02:37.876 --> 00:02:52.606 Halangan utama kami adalah, JPJ, SPAD dan Polis. 00:02:53.156 --> 00:03:03.348 Jika kami mencari pelanggan dari tempat lain seperti pusat membeli-belah maka segelintir orang akan marah kami. 00:03:03.546 --> 00:03:09.429 Sebab kami bukan ahli persatuan mereka. 00:03:11.706 --> 00:03:17.207 Jika kami nak jadi ahlipun mereka tidak akan membenarkan kami. 00:03:17.418 --> 00:03:21.394 Jadi apakah nasib 500 hingga 600 pemandu teksi di Penang? 00:03:21.585 --> 00:03:28.093 Mereka terpaksa mencari makan walaupun akan ada halangan dari Polis, SPAD, polis trafik dan sebagainya. 00:03:28.325 --> 00:03:36.648 Satu lagi masalah utama kami adalah, jika kami tidak dapat mengambil penumpang dengan kadar caj yang rendah, 00:03:37.064 --> 00:03:41.624 maka kereta sapu akan mengambil penumpang kami. 00:03:42.041 --> 00:03:47.200 Kereta sapu ini sanggup mengambil penumpang untuk RM20. 00:03:47.481 --> 00:03:50.507 Pada masa dulu, pemandu kereta sapu semua memiliki kereta yang kecil. 00:03:50.649 --> 00:03:54.680 Tetapi sekarang dah pakai van Innova. 00:03:54.849 --> 00:03:58.839 Bukanke JPJ dan SPAD tidak mengetahui akan sindiket ini? 00:03:59.347 --> 00:04:12.856 Jika ada kapal Star Cruise yang singgah disini, teksi kami akan dihalau oleh SPAD, polis trafik dan sebagainya. 00:04:13.040 --> 00:04:15.988 Tetapi kereta-kereta sapu yang mengambil penumpang distu dibiarkan cari makan disitu. 00:04:16.387 --> 00:04:21.249 Bagi pendapat saya, pihak penguatkuasa tutup sebelah mata dan membiarkan perkara ini berlaku. 00:04:21.384 --> 00:04:33.060 Mereka tidak kisah akan masalah yang kami hadapi. 00:04:34.656 --> 00:04:37.610 Beginilah cara kami terpaksa melalui untuk mencari makan. 00:04:42.889 --> 00:04:45.842 Kenapa subsidi tayar diberikan oleh kerajaan? 00:04:46.073 --> 00:04:47.997 Setiap hari saya membelanjakan RM50 untuk mengisi petrol. 00:04:48.350 --> 00:04:50.905 Jadi bagi setiap bulan saya membelanjakan RM 1500 hanya untuk petrol. 00:04:51.075 --> 00:04:57.259 Takkan saya tak mampu belanja duit ssya RM520 untuk membeli tayar. 00:04:57.337 --> 00:05:11.335 Jika kerajaan benar-benar ingin membantu golongan pemandu teksi, mereka harus memberikan subsidi petrol,diesel ataupun gas. 00:05:11.458 --> 00:05:14.165 Barulah ianya boleh dikatakan bantuan sebenar. 00:05:14.567 --> 00:05:21.797 Semua nelayan dapat subsidi diesel dari kerajaan, kenapa kami tidak dapat? 00:05:25.750 --> 00:05:31.765 Subsidi untuk tayar yang akan rosak untuk setiap 4 tahun ini bukan satu bantuan yang kami perlukan. 00:05:32.008 --> 00:05:36.300 Saya berusia 61, dan tak lama lagi mungkin saya akan meninggal. 00:05:36.332 --> 00:05:38.686 Sehingga hayat dikandung badan saya akan memandu teksi.