1 00:00:06,040 --> 00:00:08,367 Nama saya Selayah. 2 00:00:08,613 --> 00:00:13,939 Dulu saya bekerja sebagai seorang pemandu kereta di sebuah institusi kewangan. 3 00:00:15,539 --> 00:00:18,246 Saya juga pernah bekerja sebagai pengawal peribadi. 4 00:00:19,663 --> 00:00:23,664 Pada tahun 2007 saya telah bersara. 5 00:00:26,038 --> 00:00:27,745 Sudah tiga tahun saya menjadi pemandu teksi. 6 00:00:28,742 --> 00:00:32,436 Mula-mula saya memandu kereta sewa, dan sekarang saya dah beli kereta sendiri. 7 00:00:33,194 --> 00:00:37,181 Tetapi apa gunanya, saya tidak diberi permit persendirian. 8 00:00:37,719 --> 00:00:43,198 Kerajaan dah berhenti memberi permit kepada individu. 9 00:00:44,321 --> 00:00:48,062 Maka saya menggunakan permit yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat teksi. 10 00:00:50,107 --> 00:00:52,988 Adakah kamu menggunakan meter untuk teksi? 11 00:00:53,585 --> 00:00:57,117 Inilah masalah utama yang saya sedang hadapi di Penang. 12 00:00:58,285 --> 00:01:03,362 Bagi kereta 2000cc warnanya adalah biru. 13 00:01:07,025 --> 00:01:10,136 Kereta biru kebanyakannya memiliki plat Kuala Lumpur. 14 00:01:10,322 --> 00:01:12,342 Ada juga plat Pulau Pinang. 15 00:01:13,448 --> 00:01:19,743 Teksi yang berwarna merah juga mempunyai meter. 16 00:01:21,232 --> 00:01:24,855 Tetapi penghitungan bagi kedua-dua meter adalah berbeza. 17 00:01:25,409 --> 00:01:32,850 Bagi teksi biru, sekali kita tekan suis meter, maka ianya akan menunjukkan RM6. 18 00:01:34,308 --> 00:01:38,323 Bagi teksi merah pula, sekali tekan suis meter, maka ianya akan menunjukkan RM4. 19 00:01:38,693 --> 00:01:44,305 Bagi teksi merah, 10 sen akan naik bagi setiap beberapa saat. 20 00:01:44,593 --> 00:01:51,224 Tetapi untuk teksi biru pula, 20 sen akan naik bagi setiap beberapa saat. 21 00:01:51,762 --> 00:01:58,631 Bagi Penang, teksi merah dipanggil sebagai teksi berekonomi dan teksi biru sebagai teksi meter. 22 00:01:59,707 --> 00:02:10,448 Jika teksi biru bergerak dari Georgetown ke lapangan terbang, maka tambangnya adalah sebanyak RM52. 23 00:02:10,916 --> 00:02:18,301 Jika ianya teksi merah, maka duit tambangnya tak sampai duit petrol saya. 24 00:02:19,687 --> 00:02:25,106 Jika 10 sen sahaja yang naik bagi setiap beberapa saat, apalah yang saya boleh buat? 25 00:02:25,402 --> 00:02:31,685 Jika kami nak pergi ke Gurney drive, tambang mengikut meter adalah RM6 hingga RM7. 26 00:02:31,897 --> 00:02:37,746 Ianya memang tak cukup untuk menyara kehidupan. 27 00:02:37,876 --> 00:02:52,606 Halangan utama kami adalah, JPJ, SPAD dan Polis. 28 00:02:53,156 --> 00:03:03,348 Jika kami mencari pelanggan dari tempat lain seperti pusat membeli-belah maka segelintir orang akan marah kami. 29 00:03:03,546 --> 00:03:09,429 Sebab kami bukan ahli persatuan mereka. 30 00:03:11,706 --> 00:03:17,207 Jika kami nak jadi ahlipun mereka tidak akan membenarkan kami. 31 00:03:17,418 --> 00:03:21,394 Jadi apakah nasib 500 hingga 600 pemandu teksi di Penang? 32 00:03:21,585 --> 00:03:28,093 Mereka terpaksa mencari makan walaupun akan ada halangan dari Polis, SPAD, polis trafik dan sebagainya. 33 00:03:28,325 --> 00:03:36,648 Satu lagi masalah utama kami adalah, jika kami tidak dapat mengambil penumpang dengan kadar caj yang rendah, 34 00:03:37,064 --> 00:03:41,624 maka kereta sapu akan mengambil penumpang kami. 35 00:03:42,041 --> 00:03:47,200 Kereta sapu ini sanggup mengambil penumpang untuk RM20. 36 00:03:47,481 --> 00:03:50,507 Pada masa dulu, pemandu kereta sapu semua memiliki kereta yang kecil. 37 00:03:50,649 --> 00:03:54,680 Tetapi sekarang dah pakai van Innova. 38 00:03:54,849 --> 00:03:58,839 Bukanke JPJ dan SPAD tidak mengetahui akan sindiket ini? 39 00:03:59,347 --> 00:04:12,856 Jika ada kapal Star Cruise yang singgah disini, teksi kami akan dihalau oleh SPAD, polis trafik dan sebagainya. 40 00:04:13,040 --> 00:04:15,988 Tetapi kereta-kereta sapu yang mengambil penumpang distu dibiarkan cari makan disitu. 41 00:04:16,387 --> 00:04:21,249 Bagi pendapat saya, pihak penguatkuasa tutup sebelah mata dan membiarkan perkara ini berlaku. 42 00:04:21,384 --> 00:04:33,060 Mereka tidak kisah akan masalah yang kami hadapi. 43 00:04:34,656 --> 00:04:37,610 Beginilah cara kami terpaksa melalui untuk mencari makan. 44 00:04:42,889 --> 00:04:45,842 Kenapa subsidi tayar diberikan oleh kerajaan? 45 00:04:46,073 --> 00:04:47,997 Setiap hari saya membelanjakan RM50 untuk mengisi petrol. 46 00:04:48,350 --> 00:04:50,905 Jadi bagi setiap bulan saya membelanjakan RM 1500 hanya untuk petrol. 47 00:04:51,075 --> 00:04:57,259 Takkan saya tak mampu belanja duit ssya RM520 untuk membeli tayar. 48 00:04:57,337 --> 00:05:11,335 Jika kerajaan benar-benar ingin membantu golongan pemandu teksi, mereka harus memberikan subsidi petrol,diesel ataupun gas. 49 00:05:11,458 --> 00:05:14,165 Barulah ianya boleh dikatakan bantuan sebenar. 50 00:05:14,567 --> 00:05:21,797 Semua nelayan dapat subsidi diesel dari kerajaan, kenapa kami tidak dapat? 51 00:05:25,750 --> 00:05:31,765 Subsidi untuk tayar yang akan rosak untuk setiap 4 tahun ini bukan satu bantuan yang kami perlukan. 52 00:05:32,008 --> 00:05:36,300 Saya berusia 61, dan tak lama lagi mungkin saya akan meninggal. 53 00:05:36,332 --> 00:05:38,686 Sehingga hayat dikandung badan saya akan memandu teksi.