0:00:06.040,0:00:08.367 Nama saya Selayah. 0:00:08.613,0:00:13.939 Dulu saya bekerja sebagai seorang pemandu kereta di sebuah institusi kewangan. 0:00:15.539,0:00:18.246 Saya juga pernah bekerja sebagai pengawal peribadi. 0:00:19.663,0:00:23.664 Pada tahun 2007 saya telah bersara. 0:00:26.038,0:00:27.745 Sudah tiga tahun saya menjadi pemandu teksi. 0:00:28.742,0:00:32.436 Mula-mula saya memandu kereta sewa, dan sekarang saya dah beli kereta sendiri. 0:00:33.194,0:00:37.181 Tetapi apa gunanya, saya tidak diberi permit persendirian. 0:00:37.719,0:00:43.198 Kerajaan dah berhenti memberi permit kepada individu. 0:00:44.321,0:00:48.062 Maka saya menggunakan permit yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat teksi. 0:00:50.107,0:00:52.988 Adakah kamu menggunakan meter untuk teksi? 0:00:53.585,0:00:57.117 Inilah masalah utama yang saya sedang hadapi di Penang. 0:00:58.285,0:01:03.362 Bagi kereta 2000cc warnanya adalah biru. 0:01:07.025,0:01:10.136 Kereta biru kebanyakannya memiliki plat Kuala Lumpur. 0:01:10.322,0:01:12.342 Ada juga plat Pulau Pinang. 0:01:13.448,0:01:19.743 Teksi yang berwarna merah juga mempunyai meter. 0:01:21.232,0:01:24.855 Tetapi penghitungan bagi kedua-dua meter adalah berbeza. 0:01:25.409,0:01:32.850 Bagi teksi biru, sekali kita tekan suis meter, maka ianya akan menunjukkan RM6. 0:01:34.308,0:01:38.323 Bagi teksi merah pula, sekali tekan suis meter, maka ianya akan menunjukkan RM4. 0:01:38.693,0:01:44.305 Bagi teksi merah, 10 sen akan naik bagi setiap beberapa saat. 0:01:44.593,0:01:51.224 Tetapi untuk teksi biru pula, 20 sen akan naik bagi setiap beberapa saat. 0:01:51.762,0:01:58.631 Bagi Penang, teksi merah dipanggil sebagai teksi berekonomi dan teksi biru sebagai teksi meter. 0:01:59.707,0:02:10.448 Jika teksi biru bergerak dari Georgetown ke lapangan terbang, maka tambangnya adalah sebanyak RM52. 0:02:10.916,0:02:18.301 Jika ianya teksi merah, maka duit tambangnya tak sampai duit petrol saya. 0:02:19.687,0:02:25.106 Jika 10 sen sahaja yang naik bagi setiap beberapa saat, apalah yang saya boleh buat? 0:02:25.402,0:02:31.685 Jika kami nak pergi ke Gurney drive, tambang mengikut meter adalah RM6 hingga RM7. 0:02:31.897,0:02:37.746 Ianya memang tak cukup untuk menyara kehidupan. 0:02:37.876,0:02:52.606 Halangan utama kami adalah, JPJ, SPAD dan Polis. 0:02:53.156,0:03:03.348 Jika kami mencari pelanggan dari tempat lain seperti pusat membeli-belah maka segelintir orang akan marah kami. 0:03:03.546,0:03:09.429 Sebab kami bukan ahli persatuan mereka. 0:03:11.706,0:03:17.207 Jika kami nak jadi ahlipun mereka tidak akan membenarkan kami. 0:03:17.418,0:03:21.394 Jadi apakah nasib 500 hingga 600 pemandu teksi di Penang? 0:03:21.585,0:03:28.093 Mereka terpaksa mencari makan walaupun akan ada halangan dari Polis, SPAD, polis trafik dan sebagainya. 0:03:28.325,0:03:36.648 Satu lagi masalah utama kami adalah, jika kami tidak dapat mengambil penumpang dengan kadar caj yang rendah, 0:03:37.064,0:03:41.624 maka kereta sapu akan mengambil penumpang kami. 0:03:42.041,0:03:47.200 Kereta sapu ini sanggup mengambil penumpang untuk RM20. 0:03:47.481,0:03:50.507 Pada masa dulu, pemandu kereta sapu semua memiliki kereta yang kecil. 0:03:50.649,0:03:54.680 Tetapi sekarang dah pakai van Innova. 0:03:54.849,0:03:58.839 Bukanke JPJ dan SPAD tidak mengetahui akan sindiket ini? 0:03:59.347,0:04:12.856 Jika ada kapal Star Cruise yang singgah disini, teksi kami akan dihalau oleh SPAD, polis trafik dan sebagainya. 0:04:13.040,0:04:15.988 Tetapi kereta-kereta sapu yang mengambil penumpang distu dibiarkan cari makan disitu. 0:04:16.387,0:04:21.249 Bagi pendapat saya, pihak penguatkuasa tutup sebelah mata dan membiarkan perkara ini berlaku. 0:04:21.384,0:04:33.060 Mereka tidak kisah akan masalah yang kami hadapi. 0:04:34.656,0:04:37.610 Beginilah cara kami terpaksa melalui untuk mencari makan. 0:04:42.889,0:04:45.842 Kenapa subsidi tayar diberikan oleh kerajaan? 0:04:46.073,0:04:47.997 Setiap hari saya membelanjakan RM50 untuk mengisi petrol. 0:04:48.350,0:04:50.905 Jadi bagi setiap bulan saya membelanjakan RM 1500 hanya untuk petrol. 0:04:51.075,0:04:57.259 Takkan saya tak mampu belanja duit ssya RM520 untuk membeli tayar. 0:04:57.337,0:05:11.335 Jika kerajaan benar-benar ingin membantu golongan pemandu teksi, mereka harus memberikan subsidi petrol,diesel ataupun gas. 0:05:11.458,0:05:14.165 Barulah ianya boleh dikatakan bantuan sebenar. 0:05:14.567,0:05:21.797 Semua nelayan dapat subsidi diesel dari kerajaan, kenapa kami tidak dapat? 0:05:25.750,0:05:31.765 Subsidi untuk tayar yang akan rosak untuk setiap 4 tahun ini bukan satu bantuan yang kami perlukan. 0:05:32.008,0:05:36.300 Saya berusia 61, dan tak lama lagi mungkin saya akan meninggal. 0:05:36.332,0:05:38.686 Sehingga hayat dikandung badan saya akan memandu teksi.