Ringkaskan: -1 darab ekspresi dalam kurungan
-7 tambah 2 darab 3 tambah 2
tolak 5 dalam kurungan kuasa dua.
Ini masalah urutan operasi dan
ingat, dalam urutan operasi,
anda perlu selesaikan dalam kurungan dulu.
Kurungan.
Kurungan...dulu.
Kemudian eksponen. Eksponen.
Ada eksponen dalam masalah ini, disini.
Kemudian lakukan pendaraban...
pendaraban dan pembahagian,
dan yang terakhir ialah penambahan dan penolakkan.
Mari selesaikan ini.
Mari selesaikan dalam kurungan dulu.
Kita ada 3+2 dalam kurungan,
ia bersamaan dengan 5.
Mari lihat jika kita boleh selesaikan ekspresi lain
yang tak akan mengubah apa yang ada dalam kurungan.
Kita ada -5 kuasa dua,
atau saya patut sebut penolakkan 5 kuasa dua.
Kita patut selesaikan eksponen sebelum penolakkan,
jadi 5 kuasa dua ini bersamaan dengan 25.
Jangan lakukan terlalu banyak kerja pada suatu masa,
jadi ini semua boleh diringkaskan sebagai -1,
dan dalam kurungan kita ada -7 tambah 2 darab 5,
tambah 2 darab 5, 2 darab 5,
dan tutup kurungan, tolak 25.
Tolak 25.
Sekarang kita lakukan pendaraban.
Anda boleh katakan,
"hei, kita ada kurungan, kenapa tak selesaikan itu dulu?"
tapi jika kita lihat dalam kurungan ini,
kita hanya ada -7,
ia tak ubah apa-apa.
Jadi kita boleh biarkan saja -7 ini.
Kita nak menilai semua ekspresi ini
sebelum kita buat benda lain.
Maksud saya kita boleh selesai dengan -1 dan lain-lain,
tapi mari lakukan ikut urutan operasi.
Mari menilai ekspresi ini.
Kita selesaikan pendaraban sebelum menambah.
Jadi kita ada 2 darab 5 disana,
2 x 5 = 10.
Jadi keseluruhan ekspresi kita menjadi--
Selalunya kita tak perlu menulis ekspresi ini berulang kali,
tapi apa yang kita perlu lakukan sekarang
adalah untuk memastikan kita tak keliru.
Jadi, -1 darab -7 + 10,
tambah 10, tutup kurungan, tolak 25. Tolak 25.
Sekarang kita boleh menilai dengan mudah.
-7 tambah 10.
Saya akan lukis garis nombor disini.
Lukiskan garis nombor disini--
Mulakan dengan -7
dan ini panjang -7
dan kita tambah dengan 10.
Kita tambahkan 10.
Jadi kita akan bergerak 10 ke kanan.
Jika kita bergerak 7 ke kanan kita akan dapat 0.
dan kita akan bergerak lagi 3 selepas itu.
Jadi kita akan pergi 7, 8, 9, 10.
Kita dapat positif 3.
Cara lain untuk fikirkannya ialah,
kita menambah angka dengan simbol berlainan,
kita boleh katakan ia ada
nilai angka yang berlainan,
memandangkan angka terbesar kita adalah positif,
maka jawapannya akan jadi positif.
Jadi anda boleh katakan ini sebagai 10 tolak 7.
10 - 7 = 3
Ini jadi 3, jadi seluruh ekspresi ini menjadi -1.
-1 darab---
sebenarnya
() dan [ ] adalah benda yang sama.
() lebih banyak digunakan berbanding [ ]
kerana ia lebih mudah di baca,
tetapi mereka adalah sama.
Jadi kurungan disini,
saya boleh tulis ia sebegitu.
Dan saya ada -25 disini.
Kita lakukan pendaraban atau pembahagian
sebelum penambahan dan penolakkan,
jadi -1 darab 3
ialah -3
Sekarang kita tolak dengan 25.
Jadi -3 tolak 25,
kita lakukan penolakkan dua angka yang sama simbol.
Kita ada -3,
dan ia adalah 25 negatif daripada ia.
Anda boleh katakan ini sebagai--
kita bergerak 25 dalam arah negatif.
Atau anda boleh katakan 3 + 25 = 28,
kita lakukan dalam arah negatif,
jadi ia adalah -28.
Ini sama dengan -28.
Kita sudah selesai!