Sekarang kita dah masuk Bab 7 bg Prinsip Perakaunan dgn tajuknya Penyata Pendapatan bg Pemilikan Tunggal. Jom semak proses2 perakaunan yg dah dipelajari hingga ke penyediaan Penyata Pendapatan. Awalnya kita terima pelbagai dokumen dari pelbagai jabatan & juga pihak ke-3. Kemudian, transaksi2 itu direkod ke dlm Buku Catatan Pertama yg dikenali sbg Jurnal. Dari Jurnal, ia dimasukkan ke akaun dlm Lejar Bila berakhirnya tahun perakaunan,kita imbangkan akaun & semak jumlahnya bg acc.Penyata Pendapatan. Imbangan Duga pula disediakan berdasarkan baki/jumlah tadi. Setelah baki akaun yg disemak seimbang & bebas ralat,kita teruskan dgn Penyata Kewangan yg mengandungi Penyata Pendapatan & Kunci Kira2. 1 langkah tambahan akan dimasukkan dlm kitaran ini. Biasanya ada 1 langkah di antara Imbangan Duga & Penyata Kewangan, yg mana sedikit pelarasan pd nilai dlm akaun. Ia dipanggil Pelarasan Hari Imbangan @ Pelarasan Akhir Tahun/Bulan. Apakah bentuk pelarasan yg dibuat? Apakah yg perlu dibetulkan? Berikut ialah cth utk pemahaman anda. Senario 1: Tempoh Perakaunan: 1 bln. 3 Jan 20x5: baju2 dibeli sebanyak RM15k tunai. Pd 18 Feb 20x5, semua baju terjual pd harga RM26k tunai. Kita sediakan acc. "T". Anggapkan anda depositkan modal RM50k ke dlm bank utk memulakan perniagaan. Jadi inilah yg modal anda sebelum memulakan jual/beli baju. Pd 3 Jan 20x5, anda beli baju sebanyak RM15k tunai. Maka, rekod dlm catatan beregu anda ialah; debit acc.Belian & kredit acc.Bank sebanyak RM15k. Dlm Penyata Pendapatan bln Jan; Jualan=0. Belian=RM15k, Kerugian Bersih=RM15k. Apa yg berlaku dlm bln Feb?Pd 18 Feb, semua baju dijual sebanyak RM26k tunai. Akaun anda pd 18 Feb akan kelihatan begini; Acc.Modal kekal sebanyak RM50k. Acc.Bank susut kpd RM35k setelah ditolak Belian. Anda kini ada acc.Jualan utk hasil jualan sebanyak RM26k. Pendapatan akan dikreditkan. Maka RM26k dikredit ke dlm acc.Jualan pd 18 Feb. Acc.Bank didebit; debit dari Jualan RM26k. Jadi dlm Penyata Pendapatan bg bln Feb; Jualan=RM26k,Belian = 0, Untung RM26k. Jom kita lihat hasil bg bln Jan & Feb. Bln Jan kerugian sebanyak RM15k. Bln Feb untung sebanyak RM26k. Besar beza antara jumlah rugi & untung anda. Adakah ini benar2 menunjukkan prestasi perniagaan anda? Secara amnya anda akan fikir prestasi pd bln Jan sangat teruk & sebaliknya pd bln Feb. Adakah ini menunjukkan keadaan yg sebenarnya? Bolehkah rekod perniagaan anda ditunjukkan begini saja? Tentulah tidak. Rekod ini lebih kpd Sist.Akaun Tunai di mana transaksi hanya direkod bila tunai diterima/dibayar. Jika tiada perpindahan tunai, tiadalah rekod transaksi. Sist.Akaun Tunai memberikan maklumat yg kurang tepat mengenai sesuatu perniagaan. Perhatikan Penyata Pendapatan bg bln Jan yg mencatatkan kerugian RM15k. Bgaimana ia berlaku sedangkan tiada jualan di bawah harga kos. Juga tiada kerugian akibat kecurian/kebakaran. Jadi apakah punca kerugian ini? Jelaslah bahawa sistem ini tak menunjukkan maklumat yg begitu tepat. Kemungkinan anda akan tersalah menilai prestasi pekerja juga berdasarkan laporan ini. Itulah sebabnya Sist.Akaun Tunai tak begitu popular & mungkin tak digunakan secara komersial. Ia mungkin diguna oleh sektor awam cth: sektor kerajaan tapi mungkin dlm peralihan kpd Sist.Akaun Terakru. Nak tau tak bagaimana utk merekod dgn betul? Jika anda masih ingat, dlm Sist.Akaun Terakru: Pendapatan & Perbelanjaan direkod walaupun tanpa perpindahan tunai. Ada Belian sebanyak RM15k tapi Stok mestilah dikira pd hujung bln. Akan didapati Stok berbaki pd hujung Jan bernilai xxx. Jualan=0, Belian - Stok Akhir=Kos Jualan=0. Maka tiadalah Untung/Rugi Bersih. Pd bln Feb pula ada nilai Belian. Jadi Untung Bersih perlu dikira semula. Stok Awal (RM15k) - Belian(0) =Kos Jualan=RM15k. Untung Bersih=RM26k(jualan) - RM15k(kos)=RM11k. Cara ini lebih tepat menggambarkan prestasi perniagaan anda,kan? Tiada untung/rugi pd bln pertama, pd bln ke-2 untung sebanyak RM11k. Penyata Pendapatan ini dah disemak semula, bukan secara tunai tapi dgn Sist.Akaun Terakru. Kita dah menggunakan Konsep Pemadanan dlm Penyata Pendapatan ini. Maksudnya, perbelanjaan dipadankan dgn pendapatan yg berkaitan. Baju yg dibeli dgn harga RM15k bukanlah Perbelanjaan bg bln Jan krn ianya tak dijual. Tiada pendapatan yg berkaitan. Sebaliknya ia berkait dgn Pendapatan RM26k bila ia terjual pd bln Feb. Kos Jualan pd bln Feb itu mesti padan dgn untungnya. Maka Kos itu mesti dimasukkan sekali pd bln Feb utk dpt spt yg tertulis di sini. Konsep ini dinamakan Konsep Pemadanan di mana Perbelanjaan mestilah sesuai dgn Pendapatan yg berkaitan dlm tempoh perakaunan yg sama. Ingat ya, kos Jualan tak boleh terasing dgn Pendapatan nya. Ia mesti direkod dlm tempoh yg sama. Senario 2: anggapkan tempoh perakaunan bermula dari 1/1/x5 - 31/12/x5. 1/4/x5; bayar Insurans utk 12 bln sebanyak RM2400. Jika anda perlu sediakan Penyata Pendapatan bg tahun berakhir 31/12/x5, berapakah Perbelanjaan bg Insurans pd akhir tahun itu? Jom semak tahun perlindungan bg Insurans itu. Ini ialah kalendar bg tahun 2015 & 2016. Tahun perakaunan anda=2015. Utk tahun berapakah perlindungan Insurans itu? Insurans itu mungkin utk mesin, kelengkapan pejabat dsb... Insurans dibayar pd 1/4/x5 utk 12 bln, jadi tempoh 12 bln itu bermula pd 1/4/x5. Maka perlindungan Insurans itu dari 1/4/15 - akhir Mac 2016. Perhatikan: tempoh perlindungan dah lebih 3bln dari tempoh perakaunan anda. Maka, berapakah sebenarnya perbelanjaan bg Insurans utk tahun berakhir 20x5? Apa pendapat anda? Bermula dari 1/4/2015 - 31/12/2015, Insurans ini telah berjalan utk 9bln. Dlm Penyata Pendapatan bg thn 2015, di bawah Kos Kendalian, kos bg Insurans cuma utk 9bln saja. Maka, kos Insurans = (9/12) x RM2400 = RM1800. Apa yg berlaku pd baki bayaran sebanyak RM600 dari jumlah asal? Baki kos Insurans sebanyak RM600 itu boleh diguna utk 3bln lg pd tahun 2016. Maka ia menjadi Aset anda bg tahun 2016 krn ia ada faedah ekonomi kpd perniagaan. Jadi pd Kunci Kira2 bertarikh 31/12/2015, di bawah Aset Semasa, tuliskan RM600 iaitu kos Insurans yg belum diguna bg thn 2016. Kos spt Insurans yg tak bersifat Pendapatan secara langsung, ia dikenali sbg Perbelanjaan bg tempoh perakaunan ia digunakan. Jom lihat acc.T bg Insurans. Sedikit olahan diperlukan dlm akaun ini utk menunjukkan bayaran Insurans (RM1800) & pendahuluan (RM600). Olahan ini dipanggil Pelarasan Hari Imbangan. Kembali kpd proses perakaunan; ia perlu diubah sedikit krn Penyata Kewangan bukanlah langsung slps Imbangan Duga. Slps Imbangan Duga, anda perlu buat samada Pelarasan Hari Imbangan @ Pelarasan Akhir Tahun. Penyata Kewangan boleh dibuat bila akaun dah diselaraskan. Dlm perniagaan, biasanya Pelarasan Imbangan Duga juga dibuat slps akaun diselaraskan. Tapi bhgian ini tak disoal dlm SPM. Maka urutannya ialah dari: Jurnal - Lejar - Imbangan Duga - Pelarasan - Penyata Kewangan. Antara pelarasan yg biasa disoal dlm SPM ialah: 1. Hasil (hasil terakru & terdahulu) 2. Belanja (terakru & terdahulu) 3. Hutang Lapuk, Peruntukan Hutang Ragu & Hutang Lapuk Terpulih 4. Susut Nilai.