Sekarang kita dah masuk Bab 7 bg Prinsip
Perakaunan dgn tajuknya
Penyata Pendapatan bg Pemilikan Tunggal.
Jom semak proses2 perakaunan yg dah
dipelajari hingga ke
penyediaan Penyata Pendapatan.
Awalnya kita terima pelbagai dokumen dari
pelbagai jabatan & juga pihak ke-3.
Kemudian, transaksi2 itu direkod ke dlm
Buku Catatan Pertama yg dikenali sbg Jurnal.
Dari Jurnal, ia dimasukkan ke akaun
dlm Lejar
Bila berakhirnya tahun perakaunan,kita
imbangkan akaun & semak jumlahnya
bg acc.Penyata Pendapatan.
Imbangan Duga pula disediakan berdasarkan
baki/jumlah tadi.
Setelah baki akaun yg disemak seimbang &
bebas ralat,kita teruskan dgn
Penyata Kewangan yg mengandungi
Penyata Pendapatan & Kunci Kira2.
1 langkah tambahan akan dimasukkan dlm
kitaran ini. Biasanya ada 1 langkah di antara
Imbangan Duga & Penyata Kewangan, yg mana
sedikit pelarasan pd nilai dlm akaun.
Ia dipanggil Pelarasan Hari Imbangan @
Pelarasan Akhir Tahun/Bulan.
Apakah bentuk pelarasan yg dibuat?
Apakah yg perlu dibetulkan?
Berikut ialah cth utk pemahaman anda.
Senario 1: Tempoh Perakaunan: 1 bln.
3 Jan 20x5: baju2 dibeli sebanyak RM15k
tunai. Pd 18 Feb 20x5, semua baju terjual
pd harga RM26k tunai.
Kita sediakan acc. "T".
Anggapkan anda depositkan modal RM50k ke
dlm bank utk memulakan perniagaan.
Jadi inilah yg modal anda sebelum memulakan
jual/beli baju.
Pd 3 Jan 20x5, anda beli baju sebanyak
RM15k tunai. Maka, rekod dlm catatan beregu
anda ialah; debit acc.Belian & kredit
acc.Bank sebanyak RM15k.
Dlm Penyata Pendapatan bln Jan; Jualan=0.
Belian=RM15k, Kerugian Bersih=RM15k.
Apa yg berlaku dlm bln Feb?Pd 18 Feb, semua
baju dijual sebanyak RM26k tunai.
Akaun anda pd 18 Feb akan kelihatan begini;
Acc.Modal kekal sebanyak RM50k.
Acc.Bank susut kpd RM35k setelah
ditolak Belian.
Anda kini ada acc.Jualan utk hasil jualan
sebanyak RM26k. Pendapatan akan
dikreditkan. Maka RM26k dikredit ke dlm
acc.Jualan pd 18 Feb.
Acc.Bank didebit; debit dari Jualan RM26k.
Jadi dlm Penyata Pendapatan bg bln Feb;
Jualan=RM26k,Belian = 0, Untung RM26k.
Jom kita lihat hasil bg bln Jan & Feb.
Bln Jan kerugian sebanyak RM15k.
Bln Feb untung sebanyak RM26k.
Besar beza antara jumlah rugi & untung anda.
Adakah ini benar2 menunjukkan prestasi
perniagaan anda?
Secara amnya anda akan fikir prestasi pd
bln Jan sangat teruk & sebaliknya pd bln Feb.
Adakah ini menunjukkan keadaan yg sebenarnya?
Bolehkah rekod perniagaan anda
ditunjukkan begini saja?
Tentulah tidak. Rekod ini lebih kpd
Sist.Akaun Tunai di mana transaksi hanya
direkod bila tunai diterima/dibayar.
Jika tiada perpindahan tunai,
tiadalah rekod transaksi.
Sist.Akaun Tunai memberikan maklumat yg
kurang tepat mengenai sesuatu perniagaan.
Perhatikan Penyata Pendapatan bg bln Jan yg
mencatatkan kerugian RM15k.
Bgaimana ia berlaku sedangkan tiada jualan
di bawah harga kos. Juga tiada kerugian
akibat kecurian/kebakaran.
Jadi apakah punca kerugian ini? Jelaslah
bahawa sistem ini tak menunjukkan
maklumat yg begitu tepat.
Kemungkinan anda akan tersalah menilai
prestasi pekerja juga berdasarkan laporan ini.
Itulah sebabnya Sist.Akaun Tunai tak begitu
popular & mungkin tak digunakan
secara komersial.
Ia mungkin diguna oleh sektor awam cth:
sektor kerajaan tapi mungkin dlm peralihan
kpd Sist.Akaun Terakru. Nak tau tak
bagaimana utk merekod dgn betul?
Jika anda masih ingat, dlm Sist.Akaun
Terakru: Pendapatan & Perbelanjaan
direkod walaupun tanpa perpindahan tunai.
Ada Belian sebanyak RM15k tapi Stok
mestilah dikira pd hujung bln.
Akan didapati Stok berbaki pd hujung Jan
bernilai xxx. Jualan=0,
Belian - Stok Akhir=Kos Jualan=0.
Maka tiadalah Untung/Rugi Bersih.
Pd bln Feb pula ada nilai Belian. Jadi
Untung Bersih perlu dikira semula.
Stok Awal (RM15k) - Belian(0)
=Kos Jualan=RM15k.
Untung Bersih=RM26k(jualan) -
RM15k(kos)=RM11k.
Cara ini lebih tepat menggambarkan prestasi
perniagaan anda,kan? Tiada untung/rugi
pd bln pertama, pd bln ke-2 untung
sebanyak RM11k.
Penyata Pendapatan ini dah disemak semula,
bukan secara tunai tapi dgn Sist.Akaun Terakru.
Kita dah menggunakan Konsep Pemadanan dlm
Penyata Pendapatan ini. Maksudnya,
perbelanjaan dipadankan dgn pendapatan
yg berkaitan.
Baju yg dibeli dgn harga RM15k bukanlah
Perbelanjaan bg bln Jan krn ianya tak dijual.
Tiada pendapatan yg berkaitan.
Sebaliknya ia berkait dgn Pendapatan RM26k
bila ia terjual pd bln Feb.
Kos Jualan pd bln Feb itu mesti padan dgn
untungnya. Maka Kos itu mesti dimasukkan sekali
pd bln Feb utk dpt spt yg tertulis di sini.
Konsep ini dinamakan Konsep Pemadanan
di mana Perbelanjaan mestilah sesuai dgn
Pendapatan yg berkaitan dlm tempoh
perakaunan yg sama.
Ingat ya, kos Jualan tak boleh terasing dgn
Pendapatan nya.
Ia mesti direkod dlm tempoh yg sama.
Senario 2: anggapkan tempoh perakaunan
bermula dari 1/1/x5 - 31/12/x5.
1/4/x5; bayar Insurans utk 12 bln
sebanyak RM2400.
Jika anda perlu sediakan Penyata Pendapatan
bg tahun berakhir 31/12/x5,
berapakah Perbelanjaan bg Insurans
pd akhir tahun itu?
Jom semak tahun perlindungan bg Insurans itu.
Ini ialah kalendar bg tahun 2015 & 2016.
Tahun perakaunan anda=2015. Utk tahun
berapakah perlindungan Insurans itu?
Insurans itu mungkin utk mesin,
kelengkapan pejabat dsb...
Insurans dibayar pd 1/4/x5 utk 12 bln,
jadi tempoh 12 bln itu bermula pd 1/4/x5.
Maka perlindungan Insurans itu dari
1/4/15 - akhir Mac 2016.
Perhatikan: tempoh perlindungan dah lebih
3bln dari tempoh perakaunan anda.
Maka, berapakah sebenarnya perbelanjaan bg
Insurans utk tahun berakhir 20x5?
Apa pendapat anda?
Bermula dari 1/4/2015 - 31/12/2015,
Insurans ini telah berjalan utk 9bln.
Dlm Penyata Pendapatan bg thn 2015,
di bawah Kos Kendalian,
kos bg Insurans cuma utk 9bln saja.
Maka,
kos Insurans = (9/12) x RM2400 = RM1800.
Apa yg berlaku pd baki bayaran sebanyak
RM600 dari jumlah asal?
Baki kos Insurans sebanyak RM600 itu boleh
diguna utk 3bln lg pd tahun 2016.
Maka ia menjadi Aset anda bg tahun 2016
krn ia ada faedah ekonomi kpd perniagaan.
Jadi pd Kunci Kira2 bertarikh 31/12/2015,
di bawah Aset Semasa, tuliskan RM600 iaitu
kos Insurans yg belum diguna bg thn 2016.
Kos spt Insurans yg tak bersifat Pendapatan
secara langsung, ia dikenali sbg
Perbelanjaan bg tempoh perakaunan
ia digunakan.
Jom lihat acc.T bg Insurans.
Sedikit olahan diperlukan dlm akaun
ini utk menunjukkan
bayaran Insurans (RM1800) &
pendahuluan (RM600).
Olahan ini dipanggil
Pelarasan Hari Imbangan.
Kembali kpd proses perakaunan; ia perlu
diubah sedikit krn Penyata Kewangan
bukanlah langsung slps Imbangan Duga.
Slps Imbangan Duga, anda perlu buat samada
Pelarasan Hari Imbangan @
Pelarasan Akhir Tahun.
Penyata Kewangan boleh dibuat bila akaun
dah diselaraskan. Dlm perniagaan,
biasanya Pelarasan Imbangan Duga juga
dibuat slps akaun diselaraskan.
Tapi bhgian ini tak disoal dlm SPM.
Maka urutannya ialah dari:
Jurnal - Lejar - Imbangan Duga -
Pelarasan - Penyata Kewangan.
Antara pelarasan yg biasa disoal dlm
SPM ialah:
1. Hasil (hasil terakru & terdahulu)
2. Belanja (terakru & terdahulu)
3. Hutang Lapuk, Peruntukan Hutang Ragu &
Hutang Lapuk Terpulih
4. Susut Nilai.