Bab 11: Syarikat Berhad. Kita akan
belajar tentang penubuhannya.
Kita dah belajar ciri2 syarikat ini
dlm Bab 1.3: Syarikat Bhd & Koperasi.
Sila rujuk video itu sebelum anda
teruskan dgn topik ini.
Bgaimanakah syarikat di Malaysia
ditubuhkan?
Di Malaysia, anda perlu isi borang 13A +
yuran RM30 & perlu usulkan nama syarikat.
Jika nama itu lulus, dokumen2 berikut
perlu diberi 3 bln dari tarikh kelulusan:
1) Borang 6 - Akuan Pematuhan oleh S/usaha
Syarikat yg mematuhi akta syarikat 1965.
S/usaha Syarikat ini bukan dari syarikat
anda tapi org yg bertauliah & arif tentang
akta syarikat 1965.
2) Borang 48A - Akuan Berkanun Sebelum
Dilantik sbg Pengarah/Pengasas Syarikat.
(min.2 org)
3) Tatawujud Syarikat.
4) Yuran.
Berapa lama tempoh sijil penubuhan syarikat
diproses? Jika semua dokumen tadi lengkap,
sijil penubuhan akan siap dlm masa 1 hari
bekerja.
Dokumen2 ini agak susah utk difahami
oleh org biasa spt kita.
Utk menubuhkan syarikat, biasanya kita
akan mengambil khidmat S/usaha Syarikat.
Mereka akan menasihatkan perkara2 yg
diperlukan & mematuhi akta syarikat 1965.
Jom perhatikan perkara bergaris ini:
Tatawujud Syarikat.
Apakah yg terdapat dlm Tatawujud Syarikat?
Ia menerangkan susunan syarikat anda.
Antara maklumatnya: nama syarikat, lokasi
alamat berdaftar, klausa objek(syarikat);
iaitu tujuan penubuhan syarikat & apakah
aktiviti yg dijalankannya.
kemudian ada pernyataan yg Liabiliti ahli2
terhad krn ini ialah syarikat berhad,
juga jenis modal yg dibenarkan,
jumlah & nilai taranya,
& kuasa syarikat utk
menambah/kurangkan modal.
Ini ialah cth Tatawujud Syarikat. Anda
boleh layari laman web ini
jika ingin membaca kandungan penuhnya.
Ini ialah Tatawujud Syarikat
bg IJM Corp.Berhad.
No.1: nama syarikat; IJM Corp.Berhad
No.2: lokasi alamat berdaftar iaitu
di Malaysia.
Tak perlu alamat penuh,
tuliskan kawasan saja.
No.3: klausa objek. Ada banyak subseksyen
di bawahnya. Objek merujuk pd tujuan asal
syarikat itu, cth (1): memegang saham &
melabur & mengambil alih, memajak,
promosi/menjual apa2 urusniaga, syarikat,
perbadanan, firma, perusahaan,
usaha sama dlm apa jua bentuk,dsb.. diikuti
objek2 yg lain. Ini m/surat 1 klausa itu.
Bg syarikat ini, klausanya berterusan
hingga m/surat 10.
Setiap syarikat mempunyai panjang klausa
objek yg berbeza.
N0.4: Liabiliti setiap ahli adalah terhad.
Cuma 1 pernyataan saja utk makluman
bahawa Liabiliti ahli2 adalah terhad.
No.5: Jenis modal yg dibenarkan,
jumlah & nilai tara bg syarikat ini.
Modal syarikat ini = RM3b, dibahagi kpd
3bil saham biasa pd harga RM1.
No.6: Kuasa syarikat - syarikat berhak
menambah @ mengurangkan modalnya
dari masa ke semasa.
Inilah kadungan Tatawujud Syarikat.
Perhatikan ianya berada pd m/surat 11.
Klausa objek tadi berakhir pd m/surat 10,
bermaksud syarikat ini ada 10 klaus.objek.
M/surat 11 pula utk beberapa
maklumat lain.
Tatawujud Syarikat sebenarnya menerangkan
asas sesuatu syarikat iaitu
nama, lokasi, tujuan syarikat,
liabiliti yg terhad,
modal & kuasa utk tambah/kurangkan modal.
Ini ialah m/surat 11. Kita teruskan dgn
Tataurus Syarikat.
Apa itu Tataurus Syarikat? Ia mengandungi
peraturan dalaman syarikat itu.
Apakah jenis peraturannya? Adakah tentang
cara2 memecat/mengambil pekerja?
Atau tentang bil.jabatan dlm syarikat?
Bukan. Ia berkenaan perkara spt
saham - terbitan, perubahan hak,pindaan dll.
mesyuarat agung - notis, aturan, undi dsb.
pengarah - perlantikan/persaraan, kelayakan,
mesyuarat pengarah2, kuasa & t/gungjawab.
juga tentang dividen, rizab syarikat,
minit mesyuarat & akaun.
Jom kita lihat cth Tataurus Syarikat bg
syarikat IJM tadi.
Di atasnya ialah m/surat 11 iaitu yg
terakhir bg Tatawujud Syarikat.
Lazimnya, Tataurus Syarikat ditulis
sejurus selepasnya.
Tataurus Syarikat bermula dgn Tafsiran
sehingga ke m/surat 40.
Maksudnya ada 30 m/surat tentang p'aturan
dalaman. Jom lihat salah satu darinya.
Peraturan berkaitan Modal Kongsi - N0.4,
modal syarikat berjumlah RM3b dibahagi kpd
3bil saham bernilai RM1. Mengikut akta 55,
saham2 dikawal oleh Pengarah yg boleh
memperuntukkan atau melepaskan
kpd seseorang dsb...
Terdapat subseksyen di bawahnya.
Cth (i): saham tak boleh diberi
tanpa kebenaran pemegang2 saham
dari mesyuarat agung.
Inilah cth2 peraturan yg anda dapati
dlm Tataurus Syarikat.
Ia tak berkait dgn urusan harian dlm
syarikat, jabatan2 & pekerja.
Sebaliknya ia tentang hal2 syarikat spt
modal kongsi,
mesyuarat agung pemegang2 saham,
pengarah, dividen, rizab dll.