Hai, anak-anak.
(Ketawa)
Saya berusia 71 tahun.
(Tepukan)
Suami saya berusia 76 tahun.
Ibu bapa saya berusia lewat 90-an,
dan Olivia, anjing saya berusia 16 tahun.
Ayuh bincang tentang penuaan.
Saya beritahu
perasaan saya
apabila melihat kedutan
wajah pada cermin
dan menyedari sebahagian
badan saya telah jatuh
dan saya tidak dapat
menemuinya di bawah sana.
(Ketawa)
Di dalam salah satu puisinya
Mary Oliver berkata
"Beritahu aku, apa yang kau
rancang lakukan
dengan hidupmu yang
liar dan berharga?"
Saya, saya mahu hidup
dengan penuh semangat.
Bilakah kita mula menua?
Masyarakat memutuskan ketika
kita menjadi tua,
biasanya sekitar 65, atau apabila
mendapat Medicare,
hakikatnya kita mula menua
pada saat kelahiran.
Kita sedang menua sekarang,
dan kita mengalaminya secara berbeza.
Kita semua rasa lebih muda
dari usia sebenar,
kerana semangat tidak pernah tua.
Saya masih berusia 17 tahun.
Sophia Loren. Tengoklah dia.
Katanya semua yang anda lihat
disebabkan oleh spageti.
Saya mencubanya dan naik 10 paun
di tempat yang salah.
Namun sikap,
penuaan juga adalah sikap dan kesihatan
Mentor sebenar saya dalam perjalanan
meniti usia
adalah Olga Murray.
Wanita California ini
pada usia 60 tahun
mula bekerja di Nepal
untuk menyelamatkan gadis muda
dari perhambaan domestik.
Pada usia 88 tahun,
beliau telah selamatkan 12,000 gadis,
dan beliau mengubah budaya
negara itu.
(Tepukan)
Sekarang menjadi kesalahan
bagi bapa
menjual anak mereka
untuk perhambaan.
Beliau juga mengasaskan rumah anak yatim
dan klinik nutrisi.
Beliau sentiasa gembira
dan selamanya awet muda.
Apa yang telah saya hilang
pada dekad lalu?
Tentulah orang,
tempat, dan tenaga muda
yang tidak terbatas,
saya juga mula hilang berdikari,
dan ia menakutkan saya.
Kata Ram Dass
kebergantungan menyakitkan,
namun jika anda menerimanya,
ia kurang menyiksakan.
Selepas diserang strok yang teruk,
jiwanya yang tidak tua
memerhati perubahan
dalam badan dengan kelembutan,
dan beliau bersyukur kepada
orang yang membantunya.
Apa yang saya perolehi?
Kebebasan: Saya tidak perlu buktikan
apa-apa lagi.
Saya tidak lagi tersekat
dengan siapa diri saya,
siapa saya mahu jadi,
atau apa harapan orang terhadap saya.
Saya tidak perlu memuaskan hati
lelaki lagi,
hanya binatang.
Saya kerap beritahu ego besar saya
untuk ke tepi
dan biar saya nikmati
apa yang saya miliki.
Badan saya mungkin
semakin tidak berfungsi,
namun otak saya masih belum lagi.
Saya sayang otak saya.
Saya rasa lebih ringan.
Saya tidak menyimpan dendam,
cita-cita, rasa megah diri,
dosa-dosa besar yang langsung tidak
bernilai untuk bersusah payah.
Rasa hebat untuk lepaskannya.
Saya patut mula lebih awal.
Saya juga lebih lembut
kerana saya tidak takut
menjadi mudah terasa.
Saya tidak lagi melihatnya
sebagai kelemahan.
Saya memperoleh kekuatan
kerohanian.
Saya sedar dahulu,
kematian terjadi di kejiranan.
Kini, di rumah sebelah
atau di rumah saya.
Saya cuba hidup secara sedar
dan hadapi masa sekarang.
Tahu tak, Dalai Lama
adalah seseorang yang
tua tanpa dimamah usia,
namun siapa mahu jadi vegetarian
dan membujang?
(Ketawa)
Meditasi membantu.
(Video) Kanak-kanak: Ommm. Ommm. Ommm.
Isabel Allende: Ommm. Ommm. Macam itu.
Bermula awal juga bagus.
Tahu tak, bagi seorang wanita
yang megah seperti saya,
susah untuk menjadi tua
dalam budaya ini.
Di dalam, saya rasa bagus,
menarik, menggoda dan seksi.
Tiada yang lihat begitu. (Ketawa)
Saya tidak kelihatan.
Saya mahu menjadi
pusat perhatian.
Saya benci jadi halimunan.
(Ketawa) (Tepukan)
Ini Grace Dammann.
Beliau berkerusi roda
selama enam tahun
selepas kemalangan kereta yang ngeri.
Katanya tiada yang lebih mengghairahkan
selain dari air panas,
setiap titisan air
adalah nikmat kepada deria.
Beliau tidak melihat dirinya
sebagai kurang upaya.
Dalam fikirannya, beliau
masih lagi meluncur air.
Ethel Seiderman, seorang aktivis
yang bersemangat dan disayangi
di tempat yang saya tinggal di
Calfornia.
Beliau memakai kasut paten merah,
dan mantranya adalah
sehelai skarf canatik
tetapi dua helai menarik.
Beliau sudah menjanda selama
sembilan tahun,
namun beliau tidak mencari
pasangan lagi.
Katanya, ada jumlah yang terhad
cara kamu boleh bersama —
beliau berkata dengan cara lain —
dan beliau sudah cuba semuanya.
(Ketawa)
Sebaliknya, saya,
saya masih ada khayalan erotik
dengan Antonio Banderas —
(Ketawa) —
dan kasihan suami saya
perlu melayannya.
Jadi bagaimana saya
boleh kekal bersemangat?
Saya tidak boleh paksa diri
bersemangat pada usia 71.
Saya sudah melatih sejak beberapa lama,
dan bila saya rasa penat dan bosan,
saya berpura-pura.
Sikap, sikap.
Bagaimana saya latih?
Saya berlatih dengan bercakap ya
kepada perkara yang
datang pada saya:
drama, komedi, tragedi,
cinta, kematian, kehilangan.
Ya kepada kehidupan.
Saya juga berlatih untuk
kekal bercinta.
Ia tidaklah selalu berkesan,
namun anda tidak boleh salahkan
saya untuk mencuba.
Akhir kata,
persaraan dalam bahasa Sepanyol
adalah jubilación.
Kegembiraan. Perayaan.
Kami telah tunai tanggungjawab.
Kami telah menyumbang kepada masyarakat.
Sekarang giliran kami dan
ia waktu menyeronokkan.
Kecuali anda sakit atau sangat miskin,
anda mempunyai pilihan.
Saya memilih untuk kekal bersemangat,
hadapinya dengan hati terbuka.
Saya melakukannya setiap hari.
Mahu sertai saya?
Terima kasih.
(Tepukan)
June Cohen: Isabel —
IA: Terima kasih.
JC: Pertama sekali,
saya tak suka memandai
bercakap bagi pihak komuniti TED,
namun saya nak beritahu
yang saya dapat rasa
kami semua setuju
awak masih menarik,
menggoda dan seksi. Betul tak?
IA: Oh, terima kasih.
(Tepukan)
JC: Tabik.
IA: Bukanlah. Sebab solekan.
Moderator: Adakah janggal
jika saya tanya soalan
tentang khayalan erotik anda?
IA: Oh, tentulah. Tentang apa?
(Ketawa)
Moderator: Khayalan erotik anda.
IA: Dengan Antonio Banderas.
Moderator: Saya ingin tahu
jika ada sebarang perkongsian
IA: Salah satu daripadanya adalah —
(Ketawa)
Antaranya, letak Antonio
Banderas tanpa baju
pada sekeping tortilla Mexico,
saya lumur dengan guacamole dan salsa,
saya gulung dan makan dia.
(Ketawa)
Terima kasih.
(Tepukan)