Dalam beberapa bulan lepas,
saya merantau untuk beberapa minggu
dengan hanya satu beg berisi pakaian.
Satu hari, saya dijemput
ke majlis penting
dan saya ingin memakai
baju istimewa dan baru untuk itu.
Saya melihat isi kandungan beg saya
dan tiada apa yang boleh dipakai.
Saya bertuah kerana hadir
persidangan teknologi pada hari itu,
dan mempunyai akses kepada mesin pencetak 3D.
Dengan cepat saya mereka
skirt dalam komputer,
dan saya buka fail itu dalam pencetak.
Ia dicetak selama semalaman sahaja.
Keesokan harinya,
saya ambil setiap helai cetakan,
dan menyusunnya dalam bilik hotel saya,
dan inilah skirt
yang saya sedang pakai.
(Tepukan)
Itu bukan kali pertama
saya mencetak pakaian.
Untuk koleksi senior saya
di sekolah fesyen,
saya nekad untuk mencuba dan mencetak 3D
untuk seluruh koleksi fesyen dari rumah.
Masalahnya saya tidak berapa tahu
mengenai percetakan 3D,
dan saya hanya mempunyai sembilan bulan
untuk mencetak lima fesyen yang bergaya.
Saya selalu berasa kreatif
apabila bekerja dari rumah.
Saya suka bereksperimentasi
dengan bahan baru,
dan saya sentiasa cuba
bangunkan teknik baru
untuk membuat tekstil paling unik
untuk projek fesyen saya.
Saya suka pergi ke kilang lama
dan kedai yang pelik
dalam pencarian tinggalan seperti
serbuk bedak ganjil atau bahan yang pelik,
dan membawanya balik
untuk bereksperimentasi.
Seperti kamu dapat bayangkan,
rakan-rakan sebilik saya
tidak menyukainya.
(Gelak ketawa)
Jadi saya mengambil keputusan
untuk berpindah kepada mesin besar,
yang tidak dapat muat
dalam ruang tamu saya.
Saya suka kerja tempahan
yang saya boleh buat
dengan pelbagai teknologi fesyen,
seperti mesin tenunan
dan pemotong laser dan percetakan sutera.
Pada satu cuti musim panas,
saya ke New York untuk latihan amali
di rumah fesyen di Chinatown.
Kami menghasilkan dua gaun
yang dicetak 3D.
Ianya menakjubkan --
seperti kamu lihat di sini.
Namun saya mempunyai
masalah dengannya.
Ianya dibuat daripada plastik keras
dan sebab itu ianya sangat rapuh.
Model sukar duduk dengannya,
malah bawah lengan mereka
tercalar dengan plastik itu
Dengan percetakan 3D, para pereka
mempunyai kebebasan
untuk membuatkan gaun nampak
sepertimana yang mereka mahukan,
tetapi, mereka masih sangat bergantung
pada pencetak yang besar dan mahal
yang berada dalam makmal
jauh dari studio mereka.
Dalam tahun itu juga, rakan saya
memberi saya rantai yang dicetak 3D,
dicetak menggunakan pencetak di rumah.
Saya tahu pencetak itu lebih murah
lebih senang diakses daripada pencetak
kami guna sewaktu latihan amali.
Jadi saya lihat rantai itu,
dan saya fikir,
"Jika saya boleh cetak rantai dari rumah,
kenapa saya tidak cetak
pakaian dari rumah?"
Saya sangat suka idea itu
dan saya tidak perlu pergi ke kedai
dan memilih fabrik yang orang lain
pilih untuk jual --
Saya boleh merekanya
dan mencetak terus dari rumah.
Saya menjumpai ruang komuniti pencipta,
di mana saya belajar
mengenai percetakan 3D.
Mereka terus memberikan
kunci makmal kepada saya,
untuk saya bereksperimentasi
sepanjang malam, setiap malam.
Cabaran utama adalah untuk mendapatkan
filamen sesuai untuk mencetak pakaian.
Jadi apa itu filamen?
Filamen adalah bahan
yang anda isi dalam pencetak.
Saya menghabiskan masa sebulan
bereksperimentasi dengan PLA,
iaitu bahan rapuh yang
keras dan mudah tercalar
Pencapaian saya adalah waktu
saya diperkenalkan Filaflex,
iaitu filamen jenis baru.
Ianya kuat, dan sangat fleksibel.
Dan dengan itu, saya berupaya
untuk mencetak pakaian pertama,
jaket merah yang mempunyai
perkataan "Liberté" --
"bebas" dalam Perancis --
tersulam padanya.
Saya memilih perkataan ini
kerana berasa berkuasa dan bebas
kerana saya boleh mereka
pakaian dari rumah
dan mencetaknya sendiri.
Dan sebenarnya, kamu boleh
memuat turun jaket ini,
dan dengan mudahnya
menukar perkataannya.
Contohnya, nama anda
atau nama kekasih anda.
(Gelak ketawa)
Piring pencetaknya adalah kecil,
jadi saya terpaksa menyambung pakaian
tersebut seperti puzzle.
Dan saya ingin menyelesaikan cabaran lain.
Saya ingin mencetak tekstil
yang saya akan boleh gunakan
seperti fabrik biasa.
Waktu itulah saya
menemui fail open-source
dari seorang arkitek yang mereka
corak yang saya suka.
Dan dengan itu, saya dapat mencetak
tekstil yang cantik
yang saya boleh gunakan
seperti fabrik biasa.
Dan sebenarnya
rupanya pun seperti sulaman.
Saya mengambil failnya dan mengubahsuai,
menukar, dan bermain --
pelbagai versi daripada fail asal.
Dan saya memerlukan 1,500 jam lebih
untuk mencetaknya
untuk menyiapkan koleksi percetakan saya.
Jadi, saya membawa balik enam pencetak
ke rumah saya dan mencetak selama 24 jam.
Dan sebenarnya proses ini sangat lembab,
tetapi jangan lupa Internet juga
sangat lembab 20 tahun dulu,
jadi percetakan 3D juga akan semakin laju
tidak lama lagi, anda boleh mencetak
kemeja T dari rumah anda
dalam masa beberapa jam,
ataupun beberapa minit sahaja.
Jadi anda semua ingin melihat
bagaimana rupanya?
Penonton: Yeah!
(Tepukan)
Rebecca sedang memakai
salah satu daripada lima pakaian saya.
Hampir kesemua yang beliau pakai,
adalah dicetak dari rumah saya.
Kasutnya juga dicetak.
Penonton: Wow!
Penonton: Cool!
(Tepukan)
Terima kasih, Rebecca.
(Kepada penonton) Terima kasih, semua.
Pada masa akan datang,
bahan-bahan akan berkembang,
dan rupa dan rasanya sama
seperti fabrik yang kita tahu kini,
seperti kapas atau sutera.
Bayangkan pakaian yang dibuat khas
mengikut ukuran anda.
Muzik dahulu adalah perkara yang fizikal.
Anda perlu ke kedai rekod dan membeli CD,
tetapi sekarang anda boleh muat turun --
muzik digital --
terus ke telefon anda.
Fesyen juga adalah perkara yang fizikal.
Dan saya bayangkan bagaimana
jika satu hari nanti
apabila pakaian kita menjadi digital,
seperti skirt ini.
Terima kasih.
(Tepukan)
[Terima Kasih]
(Tepukan)