Dan 1 berada di nilai tempat 'sepuluh ribu'. Nombor 7 di sini adalah dalam nilai tempat 'sa'. Nombor 8 berada di nilai tempat 'ratus'. Nombor 9 dalam nilai tempat 'puluh' Kembangkan 14,897 Biar saya menulis semula nombor-nombor ini dengan warna yang berlainan supaya kita boleh menjejaki digit kita. Jadi, kita ada 14,000 Saya tak perlu tulis-biar saya tulisnya dengan besar 14,000, 800 dan 97--saya sudah menggunakan warna biru, mungkin saya patut menggunakan warna kuning--dalam bentuk kembang. Jadi, mari kita memikirkan apakah nilai tempat untuk setiap digit ini. Nombor 7 di sini adalah dalam nilai tempat 'sa'. Nombor 9 dalam nilai tempat 'puluh' Ini mewakili 9 'puluh', dan kita akan nampak ini dalam masa yang singkat. Ini melambangkan 7 'sa'. Nombor 8 berada di nilai tempat 'ratus'. Nombor 4 berada di nilai tempat 'ribu' dan mewakili 4,000. Dan 1 berada di nilai tempat 'sepuluh ribu'. Kamu akan lihat, setiap kali kamu bergerak ke kiri, kamu gerak satu tempat ke kiri, kamu sedang mendarab dengan 10. Nilai tempat 'sa', 'puluh', 'ratus', 'ribu' 'sepuluh ribu'. Sekarang, mari kita fikirkan maksud sebenarnya. Jika 1 berada di nilai tempat 'sepuluh ribu', ini bermaksud--saya mahu buat ini dalam cara anak-anak panah ini tidak bercampur Biar saya mula dari belakang. Biar saya mula dengan maksud nombor 7. 7 maksudnya 7 'sa'. Satu cara lagi untuk memikirkannya ialah kamu boleh katakan ia mewakili 7 darab 1. Semua ini adalah sama, mereka mewakili 7 'sa'. Sekarang, mari fikirkan tentang nombor 9. Itulah sebabnya saya mulakan dari kanan, jadi anak panah tidak perlu bertemu antara satu sama lain. Jadi, apakah yang diwakili oleh 9? Ia mewakili 9 'puluh'. Kamu boleh bayangkan bahawa kamu ada 9 puluh yang sebenar. Kamu ada 10, campur 10, campur 10. Buat itu 9 kali. Maksudnya, 9 'puluh' yang sebenar. 9 puluh, atau kamu boleh samakan dengan 9 darab 10, atau 90, dalam cara yang kamu mahu fikirkan tentangnya, Jadi, biar saya tulis semua cara yang berlainan untuk memikirkannya. Ia mewakili semua ini : 9 'puluh', atau 9 darab 10, atau 90. Jadi, kita ada 8, 8 kita mewakili--kita nampaknya di nilai tempat 'ratus'. Ia melambangkan 8 'ratus', atau kita boleh melihatnya sabagai 8 darab 100--seratus, bukan seribu--8 darab 100, atau 800. 8 maksudnya 8 ratus, 800. Dan 4, saya rasa kamu sudah dapat ideanya, Ini mewakili nilai tempat 'ribu'. Ini mewakili 4 ribu, iaitu sama dengan 4 darab 1000, yang sama dengan 4000. 4000 sama dengan 4 'ribu'. Campurkan semua. Dan akhirnya, kita ada 1, yang menduduki nilai tempat 'sepuluh ribu', maksudnya 1 sepuluh ribu. Kamu boleh bayangkan jika semua ini adalah cip poker, cip yang berwarna biru melambangkan 10,000. Saya tak pasti ini menolong kamu atau tidak. Dan 1 sepuluh ribu maksudnya sama dengan 1 darab 10,000 sama dengan 10,000. Jadi, bila mereka suruh kita tuliskan dalam bentuk kembang, kami boleh menulis 14,897 sebagai hasil tambah semua nombor-nombor ini atau kita boleh tulisnya sebagai hasil tambah nombor-nombor ini. Biar saya tulis ini. Ini sama dengan 7. Jadi, 14,897 ialah sama dengan 10,000 tambah 4,000, tambah 800 tambah 90 tambah 7 Jadi kamu boleh anggap ini sebagai bentuk kembang, atau kamu boleh guna versi ini, atau kamu boleh katakan ia sama dengan 1 darab 10,000, bergantung kepada apa yang orang anggap sebagai bentuk kembang--tambah 4 darab 1,000 tambah 8 darab 100 tambah 9 darab 10 tambah 7 darab 1. Saya skrol sikit ke kanan. Jadi, mana-mana ini boleh dianggap sebagai bentuk kembang.