70 ribu tahun dahulu, nenek moyang kita
ialah binatang yang tak ketara
Perkara yang paling penting tentang
manusia prasejarah ialah
mereka tidak penting.
Impak mereka pada dunia tidak lebih
daripada obor-obor
atau kelip-kelip atau burung belatuk.
Kini, sebagai contrast, kita
menguasai planet ini.
Dan soalannya ialah:
Bagaimana kita sampai sini dari sana?
Bagaimana kita tukar kita dari
beruk yang tidak ketara,
menjaga bisnes sendiri di
satu sudut Africa,
menjadi pemerintah di Bumi ini?
Biasanya, kita mencari bezaan kita
dan binatang-binatang lain
dari tahap individu.
Kita ingin percaya -- saya ingin percaya--
saya ada sesuatu yang istimewa,
tentang badan saya, tentang otak saya,
yang menjadikan saya lebih unggul dari
seekor anjing atau babi atau cimpanzi.
Tapi kebenarannya ialah,
pada tahap individu,
saya ialah amat sama
dengan seekor cimpanzi.
Dan jika kamu meletakkan saya dengan
seekor cimpanzi pada satu pulau sepi,
kita perlu berjuang untuk terus hidup
untuk melihat siapa hidup lebih baik,
saya mesti bertaruh pada cimpanzi,
dan bukan saya sendiri.
Dan ini bukan satu masalah
saya secara sendiri.
Saya rasa jika mereka mengambil seorang
daripada kamu dan meletakkan kamu seorang
dengan seekor cimpanzi pada sebuah pulau,
cimpanzi itu akan buat dengan lebih baik.
Perbezaan sebenar antara manusia dan
binatang-binatang lain
bukanlah pada tahap individu;
ia adalah pada tahap kolektif.
Manusia menguasai planet ini kerana
mereka adalah satu-satu binatang yang
boleh bekerjasama secara fleksibel
dan dalam kumpulan besar.
Memang ada binatang lain --
seperti serangga sosial;
lebah-lebah, semut-semut --
yang boleh bekerjasama dalam kumpulan
besar, tetapi tidak begitu fleksibel.
Kerjasama mereka amat ketat.
Pada dasarnya hanya satu cara
sebuah sarang lebah boleh berfungsi.
Dan jika ada peluang baru
atau kebahayaan baru,
lebah-lebah tidak dapat mereka
sistem sosial baru semalaman.
Mereka tidak boleh, sebagai contoh,
menmbunuh ratu mereka
dan munubuhkan sebuah republik lebah,
atau pemerintahan diktator komunis
lebah pekerja.
Binatang lain, seperti mamalia sosial --
serigala, gajah,
ikan lumba-lumba, cimpanzi --
mereka boleh bekerja secara
lebih fleksibel,
tapi hanya boleh buat secara
kumpulan kecil,
kerana kerjasama antara cimpanzi
adalah atas dasar pengetahuan yang
mendalam antara satu sama lain.
Saya seekor cimpanzi dan
kamu seekor cimpanzi,
dan saya ingin bekerjasama dengan kamu.
Saya perlu mengetahui kamu
secara peribadi.
Kamu cimpanzi macam mana?
Adakah kamu cimpanzi yang baik?
Adakah kamu cimpanzi yang jahat?
Adakah kamu boleh dipercayai?
Jika saya tidak tahu kamu, macam mana
saya kerjasama dengan kamu?
Satu-satu binatang yang boleh
campurkan kedua-dua kemampuan itu
dan bekerjasama secara fleksibel
dan dalam kumpulan besar
ialah kita, Homo sapiens.
Satu lawan satu, ataupun 10 lawan 10,
cimpanzi mungkin lebih baik
daripada kita.
Tapi kalau kamu menguji 1000 manusia
dengan 1000 cimpanzi,
manusia akan menang dengan mudah,
kerana satu sebab mudah
1000 cimpanzi tidak dapat bekerjasama
sama sekali.
Dan jika kamu cuba mengasak
100,000 cimpanzi
masuk Oxford Street, atau
masuk Wembley Stadium,
atau Dataran Tiananmen atau Vatican,
kamu akan dapat huru-hara.
Cuba bayangkan Wembley Stadium
dengan 100,000 cimpanzi.
Kegilaan.
Perbezaannya, manusia biasanya berkumpul
di sana dalam kumpulan ribuan orang,
dan apa yang kita dapat biasanya
bukan huru-hara.
Apa yang kita dapat ialah rangkaian
kerjasama yang amat canggih dan berkesan.
Semua pencapaian besar manusia
seluruh sejarah,
sama ada pembinaan piramid,
atau terbang ke bulan,
bukan berdasarkan kemampuan individu,
tetapi pada kemampuan untuk bekerjasama
secara fleksibel dalam kumpulan besar.
Fikirkan tentang ceramah yang saya
sedang buat sekarang:
Saya berdiri di depan para hadirin
kira-kira 300 hingga 400 orang,
kebanyakan daripada kamu adalah
orang yang tidak saya kenali.
Begitu juga, saya tidak begitu kenali
semua orang yang menganjurkan
dan mengkerjakan acara ini.
Saya tidak mengenali juruterbang dan
anak-anak kapal terbang yang
membawa saya ke sini semalam,
ke London.
Saya tidak mengenali orang yang
mereka dan membuat
mikrofon ini dan kamera-kamera yang
sedang merekod apa yang saya cakap.
Saya tidak mengenali orang yang menulis
buku-buku dan artikel-artikel
yang saya baca sebagai persediaan
untuk ceramah ini.
Dan saya pasti tidak kenali semua orang
yang mungkin menonton ceramah ini
melalui Internet,
di Buenos Aires atau di New Delhi.
Namun begitu, walaupun
kita tidak mengenali satu sama lain,
kita boleh bekerjasama untuk mewujudkan
pertukaran idea secara global ini.
Ini adalah sesuatu yang tidak dapat dibuat
oleh cimpanzi.
Mereka sudah tentu berkomunikasi,
tapi kamu tidak akan menangkap seekor
cimpanzi pergi ke kumpulan cimpanzi lain
untuk memberi ceramah tentang pisang
atau gajah,
atau apa-apa yang mungkin cimpanzi minati.
Sudah tentu kerjasama bukannya
sentiasa baik;
perkara-perkara ngeri yang diperbuat oleh
manusia seluruh sejarah --
dan kita telah membuatkan perkara-perkara
yang amat ngeri--
perkara-perkara itu berdasarkan
kerjasama skala besar juga.
Penjara adalah satu sistem kerjasama;
tempat sembelih adalah satu
sistem kerjasama;
kem tahanan adalah satu
sistem kerjasama.
Cimpanzi tiada tempat sembelih dan
penjara dan kem tahanan.
Sekarang rasanya saya telah
menyakinkan kamu bahawa
kita menguasai dunia kerana dapat kerjasama
secara fleksibel dalam kumpulan besar.
Soalan seterusnya yang terus muncul
dalam minda pendengar ingin tahu ialah:
Bagaimana, sebenarnya, kita lakukannya?
Apa yang membolehkan kita sahaja, daripada
semua binatang, kerjasama seperti ini?
Jawapannya ialah imaginasi kita.
Kita boleh kerjasama secara fleksibel
dengan orang tidak dikenali,
kerana kita sahaja, daripada semua
binatang pada planet ini,
boleh membina dan mempercaya fiksyen,
cerita fiksyen.
Dan selagi semua orang percayai
fiksyen yang sama,
semua orang mematuhi dan mengikuti
peraturan yang sama,
norma yang sama, nilai-nilai yang sama.
Semua binatang lain menggunakan
sistem komunikasi mereka
untuk menerangkan realiti sahaja.
Seekor cimpanzi mungkin kata, "Tengok!
Ada seekor singa, mari kita larikan diri!"
Atau, "Tengok! Sana ada sepohon pokok
pisang! Mari kita dapatkan pisang!"
Manusia, sebagai perbezaan, menggunakan bahasa
bukan sahaja untuk menggambarkan realiti,
tapi juga untuk membina realiti baru,
realiti fiskyen.
Seorang manusia mungkin kata, "Tengok! Ada
seorang Tuhan di atas awan!"
Dan jika kamu tidak buat apa
yang saya suruh,
apabila kamu mati, Tuhan akan hukumkan
kamu dan hantar kamu ke neraka.
Dan jika kamu semua percayai cerita
yang saya reka ini,
kamu akan mengikuti norma dan
undang-undang dan nilai-nilai yang sama,
dan kamu akan bekerjasama.
Ini adalah sesuatu yang hanya dibuat
oleh manusia.
Kamu tidak akan dapat menyakinkan seekor
cimpanzi untuk berikan kamu pisang
dengan menjanjikan dia, " selepas
kamu mati, kamu akan ke syurga cimpanzi"
(Keketawaan)
"dan kamu akan dapatkan pisang yang
banyak bagi perbuatan baik kamu.
Jadi bagilah saya pisang ini."
Tiada cimpanzi yang akan percaya
sebuah cerita macam ini.
Hanya manusia yang percayakan
cerita sebegini,
itulah sebabnya kita menguasai dunia,
manakala cimpanzi dikunci dalam zoo
dan makmal penyelidikan.
Sekarang kamu mungkin akan rasa ia benar,
dalam bidang agama, manusia kerjasama
dengan percayai fiksyen sama.
Berjuta-juta orang berkumpul untuk
membina sebuah gereja atau sebuah masjid
atau lawan dalam perang salib atau jihad,
kerana percayai dalam cerita yang sama
tentang Tuhan dan syurga dan neraka.
Tetapi apa yang saya ingin menekankan
ialah mekanisme yang sama sekali
mendasari semua bentuk kerjasama
manusia pada skala besar,
bukan sahaja dalam bidang agama.
Sebagai contoh, bidang undang-undang,
Kebanyakan sistem undang-undang dunia ini
berdasarkan kepercayaan dalam hak manusia.
Tetapi apa itu hak manusia?
Hak manusia, seperti Tuhan dan syurga,
adalah sebuah cerita yang kita cipta.
Mereka bukan realiti objektif;
mereka bukan sesuatu kesan biologi
tentang homo sapiens.
Ambil seorang manusia,
menyembelih dia, lihat dalam,
kamu akan mendapati hati, buah pinggang,
neuron, hormon, DNA,
tapi kamu tidak akan mencari hak.
Kamu hanya akan dapat mencari hak
dalam cerita-cerita
yang telah kita cipta dan menyebarkan
sejak beberapa abad dahulu.
Mereka mungkin cerita yang amat positif,
cerita yang amat baik,
tetapi mereka masih cerita fiksyen
yang kita cipta.
Sama juga dengan bidang politik.
Faktor paling penting dalam politik moden
ialah negeri-negeri dan negara.
Tetapi apa itu negeri dan negara?
Mereka bukan sesuatu realiti objektif.
Sebuah gunung ialah satu realiti objektif.
Kamu dapat lihatnya, kamu dapat sentuhnya,
kamu dapat hidunya.
Tetapi sebuah negara atau sebuah negeri.
seperti Israel atau Iran atau France
atau Germany,
ini adalah salah satu cerita
yang telah kita mencipta
dan menjadi amat sayangkan.
Ini sama juga dengan bidang ekonomi.
Pelakon paling penting dalam
ekonomi global hari ini
ialah syarikat-syarikat.
Kebanyakan kamu hari ini, muungkin,
kerja dengan sebuah syarikat,
seperti Google atau Toyota
atau McDonald's.
Apakah benda-benda ini sebenarnya?
Meraka apa yang peguam memanggilkan
fiksyen undang-undang.
Mereka adalah cerita yang dicipta
dan dikekalkan
oleh ahli-ahli sihir kita panggil peguam.
(Ketawa)
Dan apa yang syarikat-syarikat buat
sepanjang hari?
Kebanyakan masa, mereka cuba
mencari wang.
Namun, apa itu wang?
Sekali lagi, wang bukan satu
realiti objektif, ia tiada nilai objektif.
Ambil kertas hijau ini, bil dolar.
Lihatkan -- ia tiada nilai.
Kamu tak boleh makan ia,
kamu tak boleh minum ia,
Kamu tak boleh pakai ia.
Tapi pencerita-pencerita hebat
ini datang --
pengurus-pengurus bank,
menteri-menteri kewangan,
perdana menteri --
dan mereka menceritakan satu cerita
yang amat menyakinkan:
"Lihat, kau tengok
kertas hijau ini?
Ia sebernarnya bernilai
10 pisang."
Dan sekiranya saya percayakan,
dan kamu percayakan,
dan semua orang percayakan,
ia akan berkesan.
Saya ambil kertas tak bernilai ini,
pergi ke pasar raya,
beri kepada seorang yang saya tidak
kenali, yang saya tidak pernah bertemu,
dan dapat, sebagai pertukaran, pisang
yang saya boleh makan.
Ini adalah sesuatu yang menakjubkan.
Kamu tdak akan dapat buatkannya
dengan cimpanzi.
Sudah tentu cimpanzi berdagang:
"Ya, jika kau bagi saya satu kelapa,
saya akan bagi kau satu pisang"
Ia akan berkesan.
Tapi jika kamu bagi saya sekeping
kertas tidak bernilai
dan kamu mengharapkan saya bagi
kamu satu pisang?
Tidak!
Apa yang kamu fikirkan saya,
seorang manusia?
(Keketawaan)
Wang, sebenarnya, ialah cerita
yang paling berjaya
yang pernah dicipta dan diceritakan
oleh manusia,
kerana ia adalah satu-satu cerita yang
dipercayai oleh semua orang.
Bukannya semua orang percayakan Tuhan,
bukannya semua orang percayakan
hak manusia,
bukannya semua orang percayakan
nasionalisme,
tapi semua orang percayakan wang,
dan bil dolar.
Sebagai contoh, Osama bin Laden juga.
Dia benci politik America dan
agama America
dan budaya America,
tapi dia tidak bantah dolar America.
Dia sebenarnya amat suka mereka.
(Keketawaan)
Kesimpulannya:
Kita, manusia, menguasai dunia ini
kerana kita hidup dalam dua realiti.
Semua binatang lain hidup dalam
realiti objektif.
Realiti mereka terdiri daripada
entiti objektif,
seperti sungai dan pokok
dan singa dan gajah.
Kita manusia, kita juga hidup dalam
realiti objektif.
Dalam dunia kita juga, ada sungai
dan pokok dan singa dan gajah.
Tapi sepanjang abad-abad,
kita telah bina di atas
realiti objektif ini
satu lagi lapisan realiti fiksyen,
satu realiti yang terdiri daripada
entiti fiksyen,
seperti negara, seperti tuhan-tuhan,
seperti wang, seperti syarikat-syarikat.
Dan apa yang menakjubkan ialah
melalui sejarah ini,
realiti fiksyen ini menjadi semakin kuat
sehingga kini, kuasa terhebat
di dunia ini
adalah entiti-entiti fiksyen ini.
Kini, kewujudan sungai
dan pokok dan singa dan gajah
bergantung atas keputusan dan
kehendak entiti fiksyen,
seperti United States, seperti Google,
seperti World Bank --
entiti yang hanya wujud
dalam imaginasi kita.
Terima kasih.
(Tepukan tangan)
Bruno Giussani: Yuval, kamu ada
sebuah buku baru.
Selepas Sapiens, kamu menulis satu lagi,
dan ia diterbitkan dalam Hebrew, tapi
belum diterjemahkan..
Yuval Noah Harari: Saya sedang
menterjemahkannya sekarang.
BG: Dalam buku itu, jika saya faham
dengan betul,
Kamu berhujah penemuan menakjubkan
yang kini kita dapat
bukan saja dapat menjadikan hidup
kita lebih baik,
tapi akan mencipta--dan saya quote
dari kamu--
"...golongan baru dan perjuangan baru,
seperti Revolusi Industri."
Bolehkah kamu mengulas lagi?
YNH: Ya. Dalam Revolusi Industri,
kita lihat penciptaan golongan baru
iaitu proletariat bandar.
Dan kebanyakan sejarah politik
dan sosial 200 tahun lalu menglibatkan
apa yang perlu dilakukan dengan golongan
ini dan masalah dan peluang baru.
Kini, kita lihat penciptaan golongan
orang tak berguna yang besar.
(Keketawaan)
Komputer semakin baik dalam
semakin banyak bidang,
ada kemungkinan besar komputer
akan mengatasi prestasi kita
dalam kebanyakan kerja dan menjadikan
manusia lewah.
Soalan-soalan politik dan ekonomi
yang penting
dalam abad 21 akan jadi,
"Mengapa kita perlukan manusia?"
atau sekurangnya, "Mengapa kita
perlukan begitu banyak manusia?"
BG: Adakah kamu ada jawapan dalam buku ini?
YNH: Pada masa ini, pilihan terbaik kita
ialah menggembirakan mereka
dengan dadah dan permainan komputer..
(Keketawaan)
Tapi ini tidak seperti sesuatu
masa depan yang menarik.
BG: Ok, jadi apa yang kamu cakap dalam
buku ini dan di sini,
ialah, buat semua perbincangan
tentang eviden semakin banyak
tentang ketidaksamaan ekonomi,
kita sebenarnya hanya pada
permulaan proses ini?
YNH: Sekali lagi, ia bukan satu ramalan;
ia adalah melihatkan pelbagai
kemungkinan di hadapan kita.
Satu kemungkinan ialah penciptaan
golongan orang tak berguna yang besar.
Satu lagi kemungkinan ialah
pembahagian manusia
menjadi kasta biologi berbeza,
orang kaya menjadi seperti tuhan,
manakala orang miskin dijadikan
orang tak berguna.
BG: Saya rasa ada lagi TED talk dalam masa
satu atau dua tahun.
Terima kasih, Yuval, kerana datang.
TNH: Terima kasih!
(Tepukan tangan)