WEBVTT 00:00:00.306 --> 00:00:02.926 Hai, nama saya Cameron Russell 00:00:02.950 --> 00:00:08.979 dan selama beberapa tahun ini, saya merupakan seorang peragawati. 00:00:09.003 --> 00:00:11.344 Sebenarnya, untuk 10 tahun. 00:00:12.990 --> 00:00:15.146 Saya rasa ada sedikit 00:00:15.170 --> 00:00:17.970 ketegangan dalam dewan ini sekarang 00:00:17.994 --> 00:00:20.017 kerana saya tak sepatutnya pakai gaun ini. NOTE Paragraph 00:00:20.041 --> 00:00:21.799 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:00:21.823 --> 00:00:24.297 Nasib baik saya ada bawa baju salin. 00:00:24.321 --> 00:00:27.946 Pertama kali, ada babak salin baju di pentas TED. 00:00:27.970 --> 00:00:30.992 Jadi, saya kira anda agak beruntung untuk saksikannya. 00:00:31.016 --> 00:00:33.933 Jika ada wanita yang takut bila saya tampil, 00:00:33.957 --> 00:00:37.124 tak perlu cakap sekarang sebab saya akan temuinya nanti di Twitter. NOTE Paragraph 00:00:37.124 --> 00:00:40.344 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:00:42.235 --> 00:00:44.173 Saya juga sedar yang saya agak bernasib baik 00:00:44.197 --> 00:00:47.251 kerana dapat mengubah apa yang anda fikirkan terhadap saya 00:00:47.275 --> 00:00:49.914 dalam masa sesingkat 10 saat. 00:00:49.938 --> 00:00:51.683 Bukan semua orang dapat lakukannya. 00:00:53.400 --> 00:00:57.234 Kasut tumit tinggi ini sangat tak selesa, lebih baik saya tanggalkannya. 00:00:59.239 --> 00:01:01.760 Bahagian paling teruk ialah memakai baju panas ini 00:01:01.784 --> 00:01:03.833 sebab anda akan gelakkan saya 00:01:03.857 --> 00:01:05.965 Jadi, jangan buat apa-apa semasa ia di kepala saya. 00:01:07.745 --> 00:01:08.762 Baik. NOTE Paragraph 00:01:10.983 --> 00:01:13.690 Jadi, kenapa saya buat begitu? 00:01:13.714 --> 00:01:14.920 Ia terasa janggal. NOTE Paragraph 00:01:14.944 --> 00:01:16.872 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:01:16.896 --> 00:01:18.007 Jadi-- NOTE Paragraph 00:01:18.031 --> 00:01:20.397 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:01:20.421 --> 00:01:24.112 Harapnya tidak sejanggal gambar itu. 00:01:25.306 --> 00:01:28.064 Imej sangat hebat. 00:01:28.088 --> 00:01:31.489 Namun, imej juga sekadar luaran. 00:01:33.036 --> 00:01:37.455 Saya baru sahaja berubah kepada apa yang anda fikirkan dalam masa 6 saat. 00:01:37.479 --> 00:01:39.294 Dan dalam gambar ini, 00:01:39.318 --> 00:01:42.045 saya tak pernah ada langsung teman lelaki sebenarnya. 00:01:42.643 --> 00:01:44.436 Saya sangat tak selesa 00:01:44.460 --> 00:01:46.938 dan jurugambar tetap suruh saya untuk lentikkan badan 00:01:46.938 --> 00:01:49.047 dan letakkan tangan pada rambut lelaki itu. 00:01:51.013 --> 00:01:52.989 Selain pembedahan 00:01:53.013 --> 00:01:56.430 dan tan palsu yang saya dapatkan dua hari yang lalu untuk kerja, 00:01:56.454 --> 00:02:00.191 tak banyak dapat kita ubah rupa kita. 00:02:00.215 --> 00:02:03.647 Walaupun rupa paras itu cumalah luaran dan tidak berubah, 00:02:03.647 --> 00:02:05.981 tapi ia mempunyai impak yang besar dalam hidup kita. NOTE Paragraph 00:02:08.034 --> 00:02:12.638 Hari ini bagi saya, jadi tidak takut itu bermaksud menjadi jujur. 00:02:12.662 --> 00:02:15.523 Dan saya berada di pentas ini kerana saya seorang peragawati. 00:02:15.547 --> 00:02:19.250 Saya di pentas ini kerana saya orang putih yang cantik. 00:02:19.274 --> 00:02:22.015 Dalam industri saya, kami gelarnya wanita seksi. 00:02:22.039 --> 00:02:24.886 Saya akan menjawab persoalan yang sering ditanyakan 00:02:24.910 --> 00:02:26.208 tapi dengan kejujuran. NOTE Paragraph 00:02:26.232 --> 00:02:29.110 Soalan pertama adalah bagaimanakah anda menjadi peragawati? 00:02:29.110 --> 00:02:31.003 Selalunya saya jawab "Oh, saya ditawarkan," 00:02:31.003 --> 00:02:32.349 tapi itu tak menjelaskan apa-apa. 00:02:32.349 --> 00:02:35.430 Cara sebenar saya jadi peragawati 00:02:35.454 --> 00:02:38.917 adalah disebabkan genetik dan warisan. 00:02:38.941 --> 00:02:41.037 Mungkin anda tertanya-tanya apakah warisan tersebut? 00:02:41.061 --> 00:02:43.783 Beberapa abad yang lepas, 00:02:43.807 --> 00:02:49.301 kecantikan ditentukan bukan sekadar sihat atau awet muda 00:02:49.325 --> 00:02:53.087 atau dilahirkan berwajah simetri yang dikagumi 00:02:53.111 --> 00:02:56.623 tetapi juga merangkumi tubuh yang tinggi lampai, 00:02:56.647 --> 00:02:59.870 bersifat kewanitaan dan berkulit putih 00:02:59.894 --> 00:03:01.942 Inilah warisan yang dibina untuk saya 00:03:01.966 --> 00:03:04.416 yang saya mendapat keuntungan daripadanya. 00:03:04.440 --> 00:03:06.470 Saya tahu ada antara audiens 00:03:06.494 --> 00:03:08.186 yang ragu-ragu dengan kenyataan ini 00:03:08.210 --> 00:03:10.687 dan mungkin ada sesetengah fesyenista yang berkata 00:03:10.711 --> 00:03:13.230 "Tapi Naomi, Tyra, Joan Smalls, Liu Wen." 00:03:13.254 --> 00:03:16.397 Saya memuji pengetahuan anda tentang peragawati. Sangat hebat. NOTE Paragraph 00:03:16.421 --> 00:03:18.053 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:03:18.077 --> 00:03:21.606 Tapi malangnya, saya perlu maklumkan anda yang pada tahun 2007, 00:03:21.630 --> 00:03:24.116 seorang pelajar kedoktoran yang hebat dari NYU, 00:03:24.140 --> 00:03:27.742 telah mengira kesemua model di pentas peragaan. 00:03:27.766 --> 00:03:30.870 Dalam 677 orang peragawati yang diambil bekerja, 00:03:30.894 --> 00:03:34.387 hanya 27 orang atau kurang daripada 4% bukan orang putih. NOTE Paragraph 00:03:35.637 --> 00:03:37.570 Soalan seterusnya yang sering orang tanyakan ialah 00:03:37.594 --> 00:03:39.219 "Bolehkah saya jadi peragawati bila besar nanti?" 00:03:39.243 --> 00:03:42.877 Jawapan pertama ialah, "Saya tak tahu. Bukan saya yang menguruskannya." 00:03:42.901 --> 00:03:44.294 Tapi jawapan kedua, 00:03:44.318 --> 00:03:47.072 yang saya begitu mahu beritahu kepada gadis-gadis ini ialah 00:03:47.096 --> 00:03:49.086 "Kenapa? Awak tahu? Awak boleh jadi apa sahaja. 00:03:49.110 --> 00:03:51.356 Awak boleh jadi Presiden Amerika Syarikat 00:03:51.380 --> 00:03:53.157 atau pencipta internet seterusnya, 00:03:53.181 --> 00:03:55.139 atau doktor pakar bedah jantung ninja pemuisi, 00:03:55.163 --> 00:03:57.830 yang hebat kerana anda yang pertama." NOTE Paragraph 00:03:57.854 --> 00:04:00.016 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:04:00.040 --> 00:04:02.374 Jika selepas apa yang diberitahu ini, mereka masih berkata 00:04:02.398 --> 00:04:04.303 "Tidak Cameron. Saya mahu jadi peragawati" 00:04:04.327 --> 00:04:05.941 Saya akan balas, "Jadilah majikan saya." 00:04:05.965 --> 00:04:07.541 Sebab bukan saya yang uruskannya. 00:04:07.541 --> 00:04:09.722 Kamu boleh jadi ketua penyunting bagi American Vogue 00:04:09.722 --> 00:04:12.542 atau ketua eksekutif H&M atau Steven Meisel seterusnya. 00:04:13.031 --> 00:04:15.412 Dengan mengatakan yang anda mahu jadi peragawati bila dewasa 00:04:15.436 --> 00:04:18.770 adalah sama seperti mahu memenangi loteri apabila meningkat dewasa 00:04:18.794 --> 00:04:22.214 Ia adalah luar kawalan anda dan ianya bagus, 00:04:22.238 --> 00:04:23.790 dan ianya bukan laluan kerjaya. NOTE Paragraph 00:04:24.316 --> 00:04:28.283 Saya akan tunjukkan anda, pengalaman 10 tahun saya 00:04:28.307 --> 00:04:30.212 kerana tidak seperti pakar bedah jantung, 00:04:30.236 --> 00:04:32.938 ianya boleh dilakukan sekarang. 00:04:32.962 --> 00:04:36.022 Jadi, jika jurugambar di sana, 00:04:36.046 --> 00:04:38.103 pencahayaan pula di situ, contohnya HMI 00:04:38.127 --> 00:04:40.274 dan klien cakap "Kami mahukan syot berjalan," 00:04:40.298 --> 00:04:43.982 Kaki akan melangkah dulu dan tangan ke belakang dan satu lagi ke depan, 00:04:43.982 --> 00:04:46.344 kepala dipalingkan dan bergerak ke depan dan ke belakang 00:04:46.344 --> 00:04:49.448 Buat begini dan pandang ke arah kawan khayalan anda. 00:04:49.448 --> 00:04:51.691 300, 400 dan 500 kali. NOTE Paragraph 00:04:51.715 --> 00:04:53.395 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:04:53.419 --> 00:04:55.206 Ia akan tampak seperti ini. NOTE Paragraph 00:04:55.230 --> 00:04:57.417 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:04:57.441 --> 00:05:00.369 Harapnya kurang janggal daripada yang di tengah. 00:05:00.393 --> 00:05:02.944 Saya pun tidak tahu apa yang berlaku di sana. NOTE Paragraph 00:05:02.968 --> 00:05:05.075 Malangnya, selepas anda habis persekolahan, 00:05:05.075 --> 00:05:06.699 ada resume,sudah lakukan beberapa pekerjaan 00:05:06.699 --> 00:05:08.945 anda tiada apa lagi untuk diperkatakan. 00:05:08.945 --> 00:05:12.016 Jika anda cakap yang anda mahu jadi presiden Amerika Syarikat, 00:05:12.040 --> 00:05:14.446 tapi di resume tertulis, 'Model Pakaian Dalam: 10 tahun' 00:05:14.470 --> 00:05:15.876 orang akan mentertawakan anda NOTE Paragraph 00:05:15.900 --> 00:05:18.488 Soalan seterusnya adalah, "Adakah gambar dicantikkan?" 00:05:18.512 --> 00:05:20.463 Ya, boleh kata kesemua gambar dicantikkan. 00:05:20.463 --> 00:05:23.526 Tapi itu cuma komponen kecil daripada apa yang berlaku. 00:05:24.006 --> 00:05:26.724 Ini gambar saya yang diambil buat pertama kalinya. 00:05:26.748 --> 00:05:29.197 Juga buat pertama kali, saya pakai pakaian renang 00:05:29.197 --> 00:05:31.385 Ketika itu juga, saya masih belum datang haid. 00:05:31.385 --> 00:05:34.536 Saya sedar ianya sedikit peribadi tapi saya masih kecil ketika itu. 00:05:34.536 --> 00:05:37.786 Inilah rupa saya bersama nenek beberapa bulan sebelumnya 00:05:39.016 --> 00:05:41.192 Ini saya pada hari yang sama, gambar ini dirakamkan. 00:05:41.216 --> 00:05:42.560 Kawan saya perlu ikut saya. 00:05:43.431 --> 00:05:46.679 Ini saya di parti tidur beberapa hari sebelum penggambaran French Vogue 00:05:46.679 --> 00:05:49.293 Ini pula dalam pasukan bola sepak untuk Majalah V. 00:05:50.787 --> 00:05:52.223 Dan ini saya sekarang. 00:05:52.247 --> 00:05:54.283 Saya harap anda nampak yang 00:05:54.307 --> 00:05:56.481 gambar-gambar ini adalah bukan gambar saya. 00:05:56.505 --> 00:05:57.919 Ia hanyalah ciptaan, 00:05:57.943 --> 00:06:00.847 yang dicipta oleh sekumpulan profesional, 00:06:00.871 --> 00:06:03.967 penggaya rambut, artis solekan, jurugambar, penggaya, 00:06:03.991 --> 00:06:07.183 dan kesemua pembantu mereka, sebelum dan selepas produksi 00:06:07.207 --> 00:06:08.215 Mereka buat semua ini. 00:06:08.239 --> 00:06:09.309 Ini bukan saya. NOTE Paragraph 00:06:09.333 --> 00:06:11.730 Baik, soalan seterusnya yang selalu orang tanya 00:06:11.754 --> 00:06:13.080 "Adakah awak dapat barangan percuma?" NOTE Paragraph 00:06:13.104 --> 00:06:14.150 (Ketawa) NOTE Paragraph 00:06:14.174 --> 00:06:17.421 Saya ada banyak sangat kasut tumit tinggi tapi tak sempat untuk dipakai semua 00:06:17.445 --> 00:06:19.040 kecuali yang tadi. 00:06:19.064 --> 00:06:22.525 Benda percuma yang saya dapat ialah yang benar-benar percuma di realiti 00:06:22.549 --> 00:06:24.779 sebab itulah kami tidak suka bercakap tentang ini. NOTE Paragraph 00:06:24.803 --> 00:06:26.070 Saya membesar di Cambridge 00:06:26.094 --> 00:06:28.666 dan pernah sekali saya pergi ke kedai tapi lupa bawa duit 00:06:28.690 --> 00:06:30.798 dan mereka beri saya sehelai gaun percuma. 00:06:30.822 --> 00:06:33.318 Semasa remaja, saya pernah menaiki kereta dengan kawan 00:06:33.318 --> 00:06:36.033 dia pemandu yang teruk dan telah melanggar lampu merah. 00:06:36.033 --> 00:06:37.222 Kami diberhentikan. 00:06:37.246 --> 00:06:41.053 Saya cuma ucapkan "Maaf, encik!" dan serta-merta kami terlepas. 00:06:42.363 --> 00:06:45.545 Saya dapat benda percuma semata-mata kerana rupa saya, 00:06:45.569 --> 00:06:48.364 bukan kerana siapa saya dan ada orang menanggung akibat 00:06:48.364 --> 00:06:50.647 daripada rupa mereka, bukan kerana siapa mereka. NOTE Paragraph 00:06:50.647 --> 00:06:52.274 Saya tinggal di New York dan pada tahun lepas, 00:06:52.274 --> 00:06:56.033 seramai 140,000 remaja telah ditahan dan diperiksa. 00:06:56.033 --> 00:06:58.916 86% adalah orang kulit hitam dan orang Latin 00:06:58.916 --> 00:07:00.116 Kebanyakannya para pemuda 00:07:00.116 --> 00:07:04.578 Hanya seramai 177,00 orang sahaja lelaki kulit hitam dan Latin di New York. 00:07:04.602 --> 00:07:07.341 Bagi mereka, "Saya akan ditahankah?" adalah bukan soalan 00:07:07.341 --> 00:07:10.399 tapi "Berapa kali saya akan ditahan? Bilakah saya akan ditahan?" 00:07:10.399 --> 00:07:12.019 Semasa saya buat kajian untuk syarahan ini, 00:07:12.019 --> 00:07:15.174 saya menemui gadis berumur 13 tahun di Amerika Syarikat, 00:07:15.198 --> 00:07:17.861 53% daripadanya tidak suka badan mereka 00:07:17.885 --> 00:07:20.854 dan jumlahnya meningkat ke 78% apabila berumur 17 tahun. NOTE Paragraph 00:07:21.981 --> 00:07:24.879 Baik, soalan terakhir yang orang tanyakan ialah 00:07:24.903 --> 00:07:26.503 "Apa rasanya jadi peragawati?" 00:07:26.527 --> 00:07:28.910 Saya rasa jawapan yang mereka mahukan ialah 00:07:28.934 --> 00:07:31.854 "Kalau kamu kurus dan ada rambut yang berkilau, 00:07:31.878 --> 00:07:34.651 mesti kamu gembira dan seronok." 00:07:34.675 --> 00:07:36.210 apabila di belakang pentas, 00:07:36.234 --> 00:07:38.757 kami bagi jawapan yang lebih kurang begitu. 00:07:38.781 --> 00:07:42.261 Kami cakap "Ianya sangat hebat dapat melancong dan bekerja 00:07:42.261 --> 00:07:44.909 dengan orang yang kreatif, bermotivasi dan bersemangat." 00:07:44.909 --> 00:07:48.052 Perkara itu benar tapi ia cuma separuh daripada kisah 00:07:48.076 --> 00:07:50.654 kerana perkara yang kami tidak pernah beritahu, 00:07:50.678 --> 00:07:52.750 yang saya tak pernah beritahu depan kamera ialah 00:07:52.774 --> 00:07:54.146 "Saya rasa tergugat." 00:07:55.158 --> 00:07:59.306 Saya tergugat kerana terpaksa fikir tentang rupa saya setiap hari. 00:08:00.600 --> 00:08:03.572 Jika anda pernah tertanya-tanya 00:08:03.596 --> 00:08:07.526 "Gembirakah saya, kalau ada paha yang kecil dan rambut yang berkilau?" 00:08:07.526 --> 00:08:09.479 Anda perlu berjumpa dengan sekumpulan peragawati, 00:08:09.479 --> 00:08:12.254 kerana mereka ada paha paling kecil, rambut paling berkilau,baju tercantik 00:08:12.254 --> 00:08:16.872 dan secara fizikal mereka mungkin wanita yang paling tergugat di planet. NOTE Paragraph 00:08:16.896 --> 00:08:18.278 Semasa menulis syarahan ini, 00:08:18.302 --> 00:08:21.271 saya rasa sangat susah untuk seimbangkan kejujuran 00:08:21.295 --> 00:08:22.729 kerana pada masa yang sama, 00:08:22.753 --> 00:08:25.165 saya berasa sangat tidak selesa untuk berkata 00:08:25.189 --> 00:08:28.784 "Tengok. Saya dapat semua ini berkat hasil titik peluh saya," 00:08:28.808 --> 00:08:31.999 Saya juga rasa tidak selesa untuk teruskan berkata 00:08:32.023 --> 00:08:34.387 "dan Ia tak selalunya buat saya gembira." 00:08:34.411 --> 00:08:40.286 Tapi selalunya ia susah untuk hapuskan warisan jantina dan penindasan kaum 00:08:40.310 --> 00:08:42.418 bilamana saya antara pewaris terbesar. NOTE Paragraph 00:08:43.822 --> 00:08:46.279 Tapi saya juga gembira kerana dapat berada di sini 00:08:46.303 --> 00:08:49.515 dan saya rasa baguslah yang saya datang sebelum 00:08:49.539 --> 00:08:53.212 10,20 atau 30 tahun berlalu di mana saya sudahpun bekerja di banyak agensi 00:08:53.236 --> 00:08:56.710 kerana saya mungkin tidak dapat ceritakan cara saya dapatkan kerja 00:08:56.734 --> 00:08:59.341 atau cara saya cari duit untuk belajar 00:08:59.341 --> 00:09:01.304 yang dianggap sangat penting pada masa kini. NOTE Paragraph 00:09:02.074 --> 00:09:03.972 Jika syarahan ini sudah selesai, 00:09:03.996 --> 00:09:07.599 saya harap kita semua lebih selesa untuk akui 00:09:07.623 --> 00:09:11.566 kesan imej kepada gambaran kejayaan. 00:09:11.590 --> 00:09:13.466 dan kegagalan kita. NOTE Paragraph 00:09:13.490 --> 00:09:14.842 Sekian. NOTE Paragraph 00:09:14.866 --> 00:09:16.970 (Tepukan)