Hai, nama saya Cameron Russell dan selama beberapa tahun ini, saya merupakan seorang peragawati. Sebenarnya, untuk 10 tahun. Saya rasa ada sedikit ketegangan dalam dewan ini sekarang kerana saya tak sepatutnya pakai gaun ini. (Ketawa) Nasib baik saya ada bawa baju salin. Pertama kali, ada babak salin baju di pentas TED. Jadi, saya kira anda agak beruntung untuk saksikannya. Jika ada wanita yang takut bila saya tampil, tak perlu cakap sekarang sebab saya akan temuinya nanti di Twitter. (Ketawa) Saya juga sedar yang saya agak bernasib baik kerana dapat mengubah apa yang anda fikirkan terhadap saya dalam masa sesingkat 10 saat. Bukan semua orang dapat lakukannya. Kasut tumit tinggi ini sangat tak selesa, lebih baik saya tanggalkannya. Bahagian paling teruk ialah memakai baju panas ini sebab anda akan gelakkan saya Jadi, jangan buat apa-apa semasa ia di kepala saya. Baik. Jadi, kenapa saya buat begitu? Ia terasa janggal. (Ketawa) Jadi-- (Ketawa) Harapnya tidak sejanggal gambar itu. Imej sangat hebat. Namun, imej juga sekadar luaran. Saya baru sahaja berubah kepada apa yang anda fikirkan dalam masa 6 saat. Dan dalam gambar ini, saya tak pernah ada langsung teman lelaki sebenarnya. Saya sangat tak selesa dan jurugambar tetap suruh saya untuk lentikkan badan dan letakkan tangan pada rambut lelaki itu. Selain pembedahan dan tan palsu yang saya dapatkan dua hari yang lalu untuk kerja, tak banyak dapat kita ubah rupa kita. Walaupun rupa paras itu cumalah luaran dan tidak berubah, tapi ia mempunyai impak yang besar dalam hidup kita. Hari ini bagi saya, jadi tidak takut itu bermaksud menjadi jujur. Dan saya berada di pentas ini kerana saya seorang peragawati. Saya di pentas ini kerana saya orang putih yang cantik. Dalam industri saya, kami gelarnya wanita seksi. Saya akan menjawab persoalan yang sering ditanyakan tapi dengan kejujuran. Soalan pertama adalah bagaimanakah anda menjadi peragawati? Selalunya saya jawab "Oh, saya ditawarkan," tapi itu tak menjelaskan apa-apa. Cara sebenar saya jadi peragawati adalah disebabkan genetik dan warisan. Mungkin anda tertanya-tanya apakah warisan tersebut? Beberapa abad yang lepas, kecantikan ditentukan bukan sekadar sihat atau awet muda atau dilahirkan berwajah simetri yang dikagumi tetapi juga merangkumi tubuh yang tinggi lampai, bersifat kewanitaan dan berkulit putih Inilah warisan yang dibina untuk saya yang saya mendapat keuntungan daripadanya. Saya tahu ada antara audiens yang ragu-ragu dengan kenyataan ini dan mungkin ada sesetengah fesyenista yang berkata "Tapi Naomi, Tyra, Joan Smalls, Liu Wen." Saya memuji pengetahuan anda tentang peragawati. Sangat hebat. (Ketawa) Tapi malangnya, saya perlu maklumkan anda yang pada tahun 2007, seorang pelajar kedoktoran yang hebat dari NYU, telah mengira kesemua model di pentas peragaan. Dalam 677 orang peragawati yang diambil bekerja, hanya 27 orang atau kurang daripada 4% bukan orang putih. Soalan seterusnya yang sering orang tanyakan ialah "Bolehkah saya jadi peragawati bila besar nanti?" Jawapan pertama ialah, "Saya tak tahu. Bukan saya yang menguruskannya." Tapi jawapan kedua, yang saya begitu mahu beritahu kepada gadis-gadis ini ialah "Kenapa? Awak tahu? Awak boleh jadi apa sahaja. Awak boleh jadi Presiden Amerika Syarikat atau pencipta internet seterusnya, atau doktor pakar bedah jantung ninja pemuisi, yang hebat kerana anda yang pertama." (Ketawa) Jika selepas apa yang diberitahu ini, mereka masih berkata "Tidak Cameron. Saya mahu jadi peragawati" Saya akan balas, "Jadilah majikan saya." Sebab bukan saya yang uruskannya. Kamu boleh jadi ketua penyunting bagi American Vogue atau ketua eksekutif H&M atau Steven Meisel seterusnya. Dengan mengatakan yang anda mahu jadi peragawati bila dewasa adalah sama seperti mahu memenangi loteri apabila meningkat dewasa Ia adalah luar kawalan anda dan ianya bagus, dan ianya bukan laluan kerjaya. Saya akan tunjukkan anda, pengalaman 10 tahun saya kerana tidak seperti pakar bedah jantung, ianya boleh dilakukan sekarang. Jadi, jika jurugambar di sana, pencahayaan pula di situ, contohnya HMI dan klien cakap "Kami mahukan syot berjalan," Kaki akan melangkah dulu dan tangan ke belakang dan satu lagi ke depan, kepala dipalingkan dan bergerak ke depan dan ke belakang Buat begini dan pandang ke arah kawan khayalan anda. 300, 400 dan 500 kali. (Ketawa) Ia akan tampak seperti ini. (Ketawa) Harapnya kurang janggal daripada yang di tengah. Saya pun tidak tahu apa yang berlaku di sana. Malangnya, selepas anda habis persekolahan, ada resume,sudah lakukan beberapa pekerjaan anda tiada apa lagi untuk diperkatakan. Jika anda cakap yang anda mahu jadi presiden Amerika Syarikat, tapi di resume tertulis, 'Model Pakaian Dalam: 10 tahun' orang akan mentertawakan anda Soalan seterusnya adalah, "Adakah gambar dicantikkan?" Ya, boleh kata kesemua gambar dicantikkan. Tapi itu cuma komponen kecil daripada apa yang berlaku. Ini gambar saya yang diambil buat pertama kalinya. Juga buat pertama kali, saya pakai pakaian renang Ketika itu juga, saya masih belum datang haid. Saya sedar ianya sedikit peribadi tapi saya masih kecil ketika itu. Inilah rupa saya bersama nenek beberapa bulan sebelumnya Ini saya pada hari yang sama, gambar ini dirakamkan. Kawan saya perlu ikut saya. Ini saya di parti tidur beberapa hari sebelum penggambaran French Vogue Ini pula dalam pasukan bola sepak untuk Majalah V. Dan ini saya sekarang. Saya harap anda nampak yang gambar-gambar ini adalah bukan gambar saya. Ia hanyalah ciptaan, yang dicipta oleh sekumpulan profesional, penggaya rambut, artis solekan, jurugambar, penggaya, dan kesemua pembantu mereka, sebelum dan selepas produksi Mereka buat semua ini. Ini bukan saya. Baik, soalan seterusnya yang selalu orang tanya "Adakah awak dapat barangan percuma?" (Ketawa) Saya ada banyak sangat kasut tumit tinggi tapi tak sempat untuk dipakai semua kecuali yang tadi. Benda percuma yang saya dapat ialah yang benar-benar percuma di realiti sebab itulah kami tidak suka bercakap tentang ini. Saya membesar di Cambridge dan pernah sekali saya pergi ke kedai tapi lupa bawa duit dan mereka beri saya sehelai gaun percuma. Semasa remaja, saya pernah menaiki kereta dengan kawan dia pemandu yang teruk dan telah melanggar lampu merah. Kami diberhentikan. Saya cuma ucapkan "Maaf, encik!" dan serta-merta kami terlepas. Saya dapat benda percuma semata-mata kerana rupa saya, bukan kerana siapa saya dan ada orang menanggung akibat daripada rupa mereka, bukan kerana siapa mereka. Saya tinggal di New York dan pada tahun lepas, seramai 140,000 remaja telah ditahan dan diperiksa. 86% adalah orang kulit hitam dan orang Latin Kebanyakannya para pemuda Hanya seramai 177,00 orang sahaja lelaki kulit hitam dan Latin di New York. Bagi mereka, "Saya akan ditahankah?" adalah bukan soalan tapi "Berapa kali saya akan ditahan? Bilakah saya akan ditahan?" Semasa saya buat kajian untuk syarahan ini, saya menemui gadis berumur 13 tahun di Amerika Syarikat, 53% daripadanya tidak suka badan mereka dan jumlahnya meningkat ke 78% apabila berumur 17 tahun. Baik, soalan terakhir yang orang tanyakan ialah "Apa rasanya jadi peragawati?" Saya rasa jawapan yang mereka mahukan ialah "Kalau kamu kurus dan ada rambut yang berkilau, mesti kamu gembira dan seronok." apabila di belakang pentas, kami bagi jawapan yang lebih kurang begitu. Kami cakap "Ianya sangat hebat dapat melancong dan bekerja dengan orang yang kreatif, bermotivasi dan bersemangat." Perkara itu benar tapi ia cuma separuh daripada kisah kerana perkara yang kami tidak pernah beritahu, yang saya tak pernah beritahu depan kamera ialah "Saya rasa tergugat." Saya tergugat kerana terpaksa fikir tentang rupa saya setiap hari. Jika anda pernah tertanya-tanya "Gembirakah saya, kalau ada paha yang kecil dan rambut yang berkilau?" Anda perlu berjumpa dengan sekumpulan peragawati, kerana mereka ada paha paling kecil, rambut paling berkilau,baju tercantik dan secara fizikal mereka mungkin wanita yang paling tergugat di planet. Semasa menulis syarahan ini, saya rasa sangat susah untuk seimbangkan kejujuran kerana pada masa yang sama, saya berasa sangat tidak selesa untuk berkata "Tengok. Saya dapat semua ini berkat hasil titik peluh saya," Saya juga rasa tidak selesa untuk teruskan berkata "dan Ia tak selalunya buat saya gembira." Tapi selalunya ia susah untuk hapuskan warisan jantina dan penindasan kaum bilamana saya antara pewaris terbesar. Tapi saya juga gembira kerana dapat berada di sini dan saya rasa baguslah yang saya datang sebelum 10,20 atau 30 tahun berlalu di mana saya sudahpun bekerja di banyak agensi kerana saya mungkin tidak dapat ceritakan cara saya dapatkan kerja atau cara saya cari duit untuk belajar yang dianggap sangat penting pada masa kini. Jika syarahan ini sudah selesai, saya harap kita semua lebih selesa untuk akui kesan imej kepada gambaran kejayaan. dan kegagalan kita. Sekian. (Tepukan)