1 00:00:00,306 --> 00:00:02,926 Hai, nama saya Cameron Russell 2 00:00:02,950 --> 00:00:08,979 dan selama beberapa tahun ini, saya merupakan seorang peragawati. 3 00:00:09,003 --> 00:00:11,344 Sebenarnya, untuk 10 tahun. 4 00:00:12,990 --> 00:00:15,146 Saya rasa ada sedikit 5 00:00:15,170 --> 00:00:17,970 ketegangan dalam dewan ini sekarang 6 00:00:17,994 --> 00:00:20,017 kerana saya tak sepatutnya pakai gaun ini. 7 00:00:20,041 --> 00:00:21,799 (Ketawa) 8 00:00:21,823 --> 00:00:24,297 Nasib baik saya ada bawa baju salin. 9 00:00:24,321 --> 00:00:27,946 Pertama kali, ada babak salin baju di pentas TED. 10 00:00:27,970 --> 00:00:30,992 Jadi, saya kira anda agak beruntung untuk saksikannya. 11 00:00:31,016 --> 00:00:33,933 Jika ada wanita yang takut bila saya tampil, 12 00:00:33,957 --> 00:00:37,124 tak perlu cakap sekarang sebab saya akan temuinya nanti di Twitter. 13 00:00:37,124 --> 00:00:40,344 (Ketawa) 14 00:00:42,235 --> 00:00:44,173 Saya juga sedar yang saya agak bernasib baik 15 00:00:44,197 --> 00:00:47,251 kerana dapat mengubah apa yang anda fikirkan terhadap saya 16 00:00:47,275 --> 00:00:49,914 dalam masa sesingkat 10 saat. 17 00:00:49,938 --> 00:00:51,683 Bukan semua orang dapat lakukannya. 18 00:00:53,400 --> 00:00:57,234 Kasut tumit tinggi ini sangat tak selesa, lebih baik saya tanggalkannya. 19 00:00:59,239 --> 00:01:01,760 Bahagian paling teruk ialah memakai baju panas ini 20 00:01:01,784 --> 00:01:03,833 sebab anda akan gelakkan saya 21 00:01:03,857 --> 00:01:05,965 Jadi, jangan buat apa-apa semasa ia di kepala saya. 22 00:01:07,745 --> 00:01:08,762 Baik. 23 00:01:10,983 --> 00:01:13,690 Jadi, kenapa saya buat begitu? 24 00:01:13,714 --> 00:01:14,920 Ia terasa janggal. 25 00:01:14,944 --> 00:01:16,872 (Ketawa) 26 00:01:16,896 --> 00:01:18,007 Jadi-- 27 00:01:18,031 --> 00:01:20,397 (Ketawa) 28 00:01:20,421 --> 00:01:24,112 Harapnya tidak sejanggal gambar itu. 29 00:01:25,306 --> 00:01:28,064 Imej sangat hebat. 30 00:01:28,088 --> 00:01:31,489 Namun, imej juga sekadar luaran. 31 00:01:33,036 --> 00:01:37,455 Saya baru sahaja berubah kepada apa yang anda fikirkan dalam masa 6 saat. 32 00:01:37,479 --> 00:01:39,294 Dan dalam gambar ini, 33 00:01:39,318 --> 00:01:42,045 saya tak pernah ada langsung teman lelaki sebenarnya. 34 00:01:42,643 --> 00:01:44,436 Saya sangat tak selesa 35 00:01:44,460 --> 00:01:46,938 dan jurugambar tetap suruh saya untuk lentikkan badan 36 00:01:46,938 --> 00:01:49,047 dan letakkan tangan pada rambut lelaki itu. 37 00:01:51,013 --> 00:01:52,989 Selain pembedahan 38 00:01:53,013 --> 00:01:56,430 dan tan palsu yang saya dapatkan dua hari yang lalu untuk kerja, 39 00:01:56,454 --> 00:02:00,191 tak banyak dapat kita ubah rupa kita. 40 00:02:00,215 --> 00:02:03,647 Walaupun rupa paras itu cumalah luaran dan tidak berubah, 41 00:02:03,647 --> 00:02:05,981 tapi ia mempunyai impak yang besar dalam hidup kita. 42 00:02:08,034 --> 00:02:12,638 Hari ini bagi saya, jadi tidak takut itu bermaksud menjadi jujur. 43 00:02:12,662 --> 00:02:15,523 Dan saya berada di pentas ini kerana saya seorang peragawati. 44 00:02:15,547 --> 00:02:19,250 Saya di pentas ini kerana saya orang putih yang cantik. 45 00:02:19,274 --> 00:02:22,015 Dalam industri saya, kami gelarnya wanita seksi. 46 00:02:22,039 --> 00:02:24,886 Saya akan menjawab persoalan yang sering ditanyakan 47 00:02:24,910 --> 00:02:26,208 tapi dengan kejujuran. 48 00:02:26,232 --> 00:02:29,110 Soalan pertama adalah bagaimanakah anda menjadi peragawati? 49 00:02:29,110 --> 00:02:31,003 Selalunya saya jawab "Oh, saya ditawarkan," 50 00:02:31,003 --> 00:02:32,349 tapi itu tak menjelaskan apa-apa. 51 00:02:32,349 --> 00:02:35,430 Cara sebenar saya jadi peragawati 52 00:02:35,454 --> 00:02:38,917 adalah disebabkan genetik dan warisan. 53 00:02:38,941 --> 00:02:41,037 Mungkin anda tertanya-tanya apakah warisan tersebut? 54 00:02:41,061 --> 00:02:43,783 Beberapa abad yang lepas, 55 00:02:43,807 --> 00:02:49,301 kecantikan ditentukan bukan sekadar sihat atau awet muda 56 00:02:49,325 --> 00:02:53,087 atau dilahirkan berwajah simetri yang dikagumi 57 00:02:53,111 --> 00:02:56,623 tetapi juga merangkumi tubuh yang tinggi lampai, 58 00:02:56,647 --> 00:02:59,870 bersifat kewanitaan dan berkulit putih 59 00:02:59,894 --> 00:03:01,942 Inilah warisan yang dibina untuk saya 60 00:03:01,966 --> 00:03:04,416 yang saya mendapat keuntungan daripadanya. 61 00:03:04,440 --> 00:03:06,470 Saya tahu ada antara audiens 62 00:03:06,494 --> 00:03:08,186 yang ragu-ragu dengan kenyataan ini 63 00:03:08,210 --> 00:03:10,687 dan mungkin ada sesetengah fesyenista yang berkata 64 00:03:10,711 --> 00:03:13,230 "Tapi Naomi, Tyra, Joan Smalls, Liu Wen." 65 00:03:13,254 --> 00:03:16,397 Saya memuji pengetahuan anda tentang peragawati. Sangat hebat. 66 00:03:16,421 --> 00:03:18,053 (Ketawa) 67 00:03:18,077 --> 00:03:21,606 Tapi malangnya, saya perlu maklumkan anda yang pada tahun 2007, 68 00:03:21,630 --> 00:03:24,116 seorang pelajar kedoktoran yang hebat dari NYU, 69 00:03:24,140 --> 00:03:27,742 telah mengira kesemua model di pentas peragaan. 70 00:03:27,766 --> 00:03:30,870 Dalam 677 orang peragawati yang diambil bekerja, 71 00:03:30,894 --> 00:03:34,387 hanya 27 orang atau kurang daripada 4% bukan orang putih. 72 00:03:35,637 --> 00:03:37,570 Soalan seterusnya yang sering orang tanyakan ialah 73 00:03:37,594 --> 00:03:39,219 "Bolehkah saya jadi peragawati bila besar nanti?" 74 00:03:39,243 --> 00:03:42,877 Jawapan pertama ialah, "Saya tak tahu. Bukan saya yang menguruskannya." 75 00:03:42,901 --> 00:03:44,294 Tapi jawapan kedua, 76 00:03:44,318 --> 00:03:47,072 yang saya begitu mahu beritahu kepada gadis-gadis ini ialah 77 00:03:47,096 --> 00:03:49,086 "Kenapa? Awak tahu? Awak boleh jadi apa sahaja. 78 00:03:49,110 --> 00:03:51,356 Awak boleh jadi Presiden Amerika Syarikat 79 00:03:51,380 --> 00:03:53,157 atau pencipta internet seterusnya, 80 00:03:53,181 --> 00:03:55,139 atau doktor pakar bedah jantung ninja pemuisi, 81 00:03:55,163 --> 00:03:57,830 yang hebat kerana anda yang pertama." 82 00:03:57,854 --> 00:04:00,016 (Ketawa) 83 00:04:00,040 --> 00:04:02,374 Jika selepas apa yang diberitahu ini, mereka masih berkata 84 00:04:02,398 --> 00:04:04,303 "Tidak Cameron. Saya mahu jadi peragawati" 85 00:04:04,327 --> 00:04:05,941 Saya akan balas, "Jadilah majikan saya." 86 00:04:05,965 --> 00:04:07,541 Sebab bukan saya yang uruskannya. 87 00:04:07,541 --> 00:04:09,722 Kamu boleh jadi ketua penyunting bagi American Vogue 88 00:04:09,722 --> 00:04:12,542 atau ketua eksekutif H&M atau Steven Meisel seterusnya. 89 00:04:13,031 --> 00:04:15,412 Dengan mengatakan yang anda mahu jadi peragawati bila dewasa 90 00:04:15,436 --> 00:04:18,770 adalah sama seperti mahu memenangi loteri apabila meningkat dewasa 91 00:04:18,794 --> 00:04:22,214 Ia adalah luar kawalan anda dan ianya bagus, 92 00:04:22,238 --> 00:04:23,790 dan ianya bukan laluan kerjaya. 93 00:04:24,316 --> 00:04:28,283 Saya akan tunjukkan anda, pengalaman 10 tahun saya 94 00:04:28,307 --> 00:04:30,212 kerana tidak seperti pakar bedah jantung, 95 00:04:30,236 --> 00:04:32,938 ianya boleh dilakukan sekarang. 96 00:04:32,962 --> 00:04:36,022 Jadi, jika jurugambar di sana, 97 00:04:36,046 --> 00:04:38,103 pencahayaan pula di situ, contohnya HMI 98 00:04:38,127 --> 00:04:40,274 dan klien cakap "Kami mahukan syot berjalan," 99 00:04:40,298 --> 00:04:43,982 Kaki akan melangkah dulu dan tangan ke belakang dan satu lagi ke depan, 100 00:04:43,982 --> 00:04:46,344 kepala dipalingkan dan bergerak ke depan dan ke belakang 101 00:04:46,344 --> 00:04:49,448 Buat begini dan pandang ke arah kawan khayalan anda. 102 00:04:49,448 --> 00:04:51,691 300, 400 dan 500 kali. 103 00:04:51,715 --> 00:04:53,395 (Ketawa) 104 00:04:53,419 --> 00:04:55,206 Ia akan tampak seperti ini. 105 00:04:55,230 --> 00:04:57,417 (Ketawa) 106 00:04:57,441 --> 00:05:00,369 Harapnya kurang janggal daripada yang di tengah. 107 00:05:00,393 --> 00:05:02,944 Saya pun tidak tahu apa yang berlaku di sana. 108 00:05:02,968 --> 00:05:05,075 Malangnya, selepas anda habis persekolahan, 109 00:05:05,075 --> 00:05:06,699 ada resume,sudah lakukan beberapa pekerjaan 110 00:05:06,699 --> 00:05:08,945 anda tiada apa lagi untuk diperkatakan. 111 00:05:08,945 --> 00:05:12,016 Jika anda cakap yang anda mahu jadi presiden Amerika Syarikat, 112 00:05:12,040 --> 00:05:14,446 tapi di resume tertulis, 'Model Pakaian Dalam: 10 tahun' 113 00:05:14,470 --> 00:05:15,876 orang akan mentertawakan anda 114 00:05:15,900 --> 00:05:18,488 Soalan seterusnya adalah, "Adakah gambar dicantikkan?" 115 00:05:18,512 --> 00:05:20,463 Ya, boleh kata kesemua gambar dicantikkan. 116 00:05:20,463 --> 00:05:23,526 Tapi itu cuma komponen kecil daripada apa yang berlaku. 117 00:05:24,006 --> 00:05:26,724 Ini gambar saya yang diambil buat pertama kalinya. 118 00:05:26,748 --> 00:05:29,197 Juga buat pertama kali, saya pakai pakaian renang 119 00:05:29,197 --> 00:05:31,385 Ketika itu juga, saya masih belum datang haid. 120 00:05:31,385 --> 00:05:34,536 Saya sedar ianya sedikit peribadi tapi saya masih kecil ketika itu. 121 00:05:34,536 --> 00:05:37,786 Inilah rupa saya bersama nenek beberapa bulan sebelumnya 122 00:05:39,016 --> 00:05:41,192 Ini saya pada hari yang sama, gambar ini dirakamkan. 123 00:05:41,216 --> 00:05:42,560 Kawan saya perlu ikut saya. 124 00:05:43,431 --> 00:05:46,679 Ini saya di parti tidur beberapa hari sebelum penggambaran French Vogue 125 00:05:46,679 --> 00:05:49,293 Ini pula dalam pasukan bola sepak untuk Majalah V. 126 00:05:50,787 --> 00:05:52,223 Dan ini saya sekarang. 127 00:05:52,247 --> 00:05:54,283 Saya harap anda nampak yang 128 00:05:54,307 --> 00:05:56,481 gambar-gambar ini adalah bukan gambar saya. 129 00:05:56,505 --> 00:05:57,919 Ia hanyalah ciptaan, 130 00:05:57,943 --> 00:06:00,847 yang dicipta oleh sekumpulan profesional, 131 00:06:00,871 --> 00:06:03,967 penggaya rambut, artis solekan, jurugambar, penggaya, 132 00:06:03,991 --> 00:06:07,183 dan kesemua pembantu mereka, sebelum dan selepas produksi 133 00:06:07,207 --> 00:06:08,215 Mereka buat semua ini. 134 00:06:08,239 --> 00:06:09,309 Ini bukan saya. 135 00:06:09,333 --> 00:06:11,730 Baik, soalan seterusnya yang selalu orang tanya 136 00:06:11,754 --> 00:06:13,080 "Adakah awak dapat barangan percuma?" 137 00:06:13,104 --> 00:06:14,150 (Ketawa) 138 00:06:14,174 --> 00:06:17,421 Saya ada banyak sangat kasut tumit tinggi tapi tak sempat untuk dipakai semua 139 00:06:17,445 --> 00:06:19,040 kecuali yang tadi. 140 00:06:19,064 --> 00:06:22,525 Benda percuma yang saya dapat ialah yang benar-benar percuma di realiti 141 00:06:22,549 --> 00:06:24,779 sebab itulah kami tidak suka bercakap tentang ini. 142 00:06:24,803 --> 00:06:26,070 Saya membesar di Cambridge 143 00:06:26,094 --> 00:06:28,666 dan pernah sekali saya pergi ke kedai tapi lupa bawa duit 144 00:06:28,690 --> 00:06:30,798 dan mereka beri saya sehelai gaun percuma. 145 00:06:30,822 --> 00:06:33,318 Semasa remaja, saya pernah menaiki kereta dengan kawan 146 00:06:33,318 --> 00:06:36,033 dia pemandu yang teruk dan telah melanggar lampu merah. 147 00:06:36,033 --> 00:06:37,222 Kami diberhentikan. 148 00:06:37,246 --> 00:06:41,053 Saya cuma ucapkan "Maaf, encik!" dan serta-merta kami terlepas. 149 00:06:42,363 --> 00:06:45,545 Saya dapat benda percuma semata-mata kerana rupa saya, 150 00:06:45,569 --> 00:06:48,364 bukan kerana siapa saya dan ada orang menanggung akibat 151 00:06:48,364 --> 00:06:50,647 daripada rupa mereka, bukan kerana siapa mereka. 152 00:06:50,647 --> 00:06:52,274 Saya tinggal di New York dan pada tahun lepas, 153 00:06:52,274 --> 00:06:56,033 seramai 140,000 remaja telah ditahan dan diperiksa. 154 00:06:56,033 --> 00:06:58,916 86% adalah orang kulit hitam dan orang Latin 155 00:06:58,916 --> 00:07:00,116 Kebanyakannya para pemuda 156 00:07:00,116 --> 00:07:04,578 Hanya seramai 177,00 orang sahaja lelaki kulit hitam dan Latin di New York. 157 00:07:04,602 --> 00:07:07,341 Bagi mereka, "Saya akan ditahankah?" adalah bukan soalan 158 00:07:07,341 --> 00:07:10,399 tapi "Berapa kali saya akan ditahan? Bilakah saya akan ditahan?" 159 00:07:10,399 --> 00:07:12,019 Semasa saya buat kajian untuk syarahan ini, 160 00:07:12,019 --> 00:07:15,174 saya menemui gadis berumur 13 tahun di Amerika Syarikat, 161 00:07:15,198 --> 00:07:17,861 53% daripadanya tidak suka badan mereka 162 00:07:17,885 --> 00:07:20,854 dan jumlahnya meningkat ke 78% apabila berumur 17 tahun. 163 00:07:21,981 --> 00:07:24,879 Baik, soalan terakhir yang orang tanyakan ialah 164 00:07:24,903 --> 00:07:26,503 "Apa rasanya jadi peragawati?" 165 00:07:26,527 --> 00:07:28,910 Saya rasa jawapan yang mereka mahukan ialah 166 00:07:28,934 --> 00:07:31,854 "Kalau kamu kurus dan ada rambut yang berkilau, 167 00:07:31,878 --> 00:07:34,651 mesti kamu gembira dan seronok." 168 00:07:34,675 --> 00:07:36,210 apabila di belakang pentas, 169 00:07:36,234 --> 00:07:38,757 kami bagi jawapan yang lebih kurang begitu. 170 00:07:38,781 --> 00:07:42,261 Kami cakap "Ianya sangat hebat dapat melancong dan bekerja 171 00:07:42,261 --> 00:07:44,909 dengan orang yang kreatif, bermotivasi dan bersemangat." 172 00:07:44,909 --> 00:07:48,052 Perkara itu benar tapi ia cuma separuh daripada kisah 173 00:07:48,076 --> 00:07:50,654 kerana perkara yang kami tidak pernah beritahu, 174 00:07:50,678 --> 00:07:52,750 yang saya tak pernah beritahu depan kamera ialah 175 00:07:52,774 --> 00:07:54,146 "Saya rasa tergugat." 176 00:07:55,158 --> 00:07:59,306 Saya tergugat kerana terpaksa fikir tentang rupa saya setiap hari. 177 00:08:00,600 --> 00:08:03,572 Jika anda pernah tertanya-tanya 178 00:08:03,596 --> 00:08:07,526 "Gembirakah saya, kalau ada paha yang kecil dan rambut yang berkilau?" 179 00:08:07,526 --> 00:08:09,479 Anda perlu berjumpa dengan sekumpulan peragawati, 180 00:08:09,479 --> 00:08:12,254 kerana mereka ada paha paling kecil, rambut paling berkilau,baju tercantik 181 00:08:12,254 --> 00:08:16,872 dan secara fizikal mereka mungkin wanita yang paling tergugat di planet. 182 00:08:16,896 --> 00:08:18,278 Semasa menulis syarahan ini, 183 00:08:18,302 --> 00:08:21,271 saya rasa sangat susah untuk seimbangkan kejujuran 184 00:08:21,295 --> 00:08:22,729 kerana pada masa yang sama, 185 00:08:22,753 --> 00:08:25,165 saya berasa sangat tidak selesa untuk berkata 186 00:08:25,189 --> 00:08:28,784 "Tengok. Saya dapat semua ini berkat hasil titik peluh saya," 187 00:08:28,808 --> 00:08:31,999 Saya juga rasa tidak selesa untuk teruskan berkata 188 00:08:32,023 --> 00:08:34,387 "dan Ia tak selalunya buat saya gembira." 189 00:08:34,411 --> 00:08:40,286 Tapi selalunya ia susah untuk hapuskan warisan jantina dan penindasan kaum 190 00:08:40,310 --> 00:08:42,418 bilamana saya antara pewaris terbesar. 191 00:08:43,822 --> 00:08:46,279 Tapi saya juga gembira kerana dapat berada di sini 192 00:08:46,303 --> 00:08:49,515 dan saya rasa baguslah yang saya datang sebelum 193 00:08:49,539 --> 00:08:53,212 10,20 atau 30 tahun berlalu di mana saya sudahpun bekerja di banyak agensi 194 00:08:53,236 --> 00:08:56,710 kerana saya mungkin tidak dapat ceritakan cara saya dapatkan kerja 195 00:08:56,734 --> 00:08:59,341 atau cara saya cari duit untuk belajar 196 00:08:59,341 --> 00:09:01,304 yang dianggap sangat penting pada masa kini. 197 00:09:02,074 --> 00:09:03,972 Jika syarahan ini sudah selesai, 198 00:09:03,996 --> 00:09:07,599 saya harap kita semua lebih selesa untuk akui 199 00:09:07,623 --> 00:09:11,566 kesan imej kepada gambaran kejayaan. 200 00:09:11,590 --> 00:09:13,466 dan kegagalan kita. 201 00:09:13,490 --> 00:09:14,842 Sekian. 202 00:09:14,866 --> 00:09:16,970 (Tepukan)