Hai, nama saya Cameron Russell
dan selama beberapa tahun ini,
saya merupakan seorang peragawati.
Sebenarnya, untuk 10 tahun.
Saya rasa ada sedikit
ketegangan dalam dewan ini
sekarang
kerana saya tak sepatutnya pakai
gaun ini.
(Ketawa)
Nasib baik saya ada
bawa baju salin.
Pertama kali, ada babak salin baju
di pentas TED.
Jadi, saya kira anda agak beruntung
untuk saksikannya.
Jika ada wanita yang takut
bila saya tampil,
tak perlu cakap sekarang sebab
saya akan temuinya nanti di Twitter.
(Ketawa)
Saya juga sedar yang saya agak
bernasib baik
kerana dapat mengubah apa
yang anda fikirkan terhadap saya
dalam masa sesingkat 10 saat.
Bukan semua orang dapat lakukannya.
Kasut tumit tinggi ini sangat tak selesa,
lebih baik saya tanggalkannya.
Bahagian paling teruk ialah
memakai baju panas ini
sebab anda akan gelakkan saya
Jadi, jangan buat apa-apa
semasa ia di kepala saya.
Baik.
Jadi, kenapa saya buat begitu?
Ia terasa janggal.
(Ketawa)
Jadi--
(Ketawa)
Harapnya tidak sejanggal
gambar itu.
Imej sangat hebat.
Namun, imej juga sekadar luaran.
Saya baru sahaja berubah kepada
apa yang anda fikirkan dalam masa 6 saat.
Dan dalam gambar ini,
saya tak pernah ada langsung
teman lelaki sebenarnya.
Saya sangat tak selesa
dan jurugambar tetap suruh saya
untuk lentikkan badan
dan letakkan tangan pada
rambut lelaki itu.
Selain pembedahan
dan tan palsu yang saya dapatkan
dua hari yang lalu untuk kerja,
tak banyak dapat kita ubah rupa kita.
Walaupun rupa paras itu cumalah
luaran dan tidak berubah,
tapi ia mempunyai impak
yang besar dalam hidup kita.
Hari ini bagi saya, jadi tidak takut itu
bermaksud menjadi jujur.
Dan saya berada di pentas ini
kerana saya seorang peragawati.
Saya di pentas ini kerana
saya orang putih yang cantik.
Dalam industri saya,
kami gelarnya wanita seksi.
Saya akan menjawab persoalan
yang sering ditanyakan
tapi dengan kejujuran.
Soalan pertama adalah bagaimanakah
anda menjadi peragawati?
Selalunya saya jawab
"Oh, saya ditawarkan,"
tapi itu tak menjelaskan
apa-apa.
Cara sebenar saya jadi peragawati
adalah disebabkan
genetik dan warisan.
Mungkin anda tertanya-tanya
apakah warisan tersebut?
Beberapa abad yang lepas,
kecantikan ditentukan bukan sekadar
sihat atau awet muda
atau dilahirkan berwajah simetri
yang dikagumi
tetapi juga merangkumi tubuh
yang tinggi lampai,
bersifat kewanitaan
dan berkulit putih
Inilah warisan yang dibina
untuk saya
yang saya mendapat keuntungan
daripadanya.
Saya tahu ada antara audiens
yang ragu-ragu dengan
kenyataan ini
dan mungkin ada sesetengah
fesyenista yang berkata
"Tapi Naomi, Tyra,
Joan Smalls, Liu Wen."
Saya memuji pengetahuan anda
tentang peragawati. Sangat hebat.
(Ketawa)
Tapi malangnya, saya perlu
maklumkan anda yang pada tahun 2007,
seorang pelajar kedoktoran
yang hebat dari NYU,
telah mengira kesemua model
di pentas peragaan.
Dalam 677 orang peragawati
yang diambil bekerja,
hanya 27 orang atau kurang daripada 4%
bukan orang putih.
Soalan seterusnya yang sering
orang tanyakan ialah
"Bolehkah saya jadi peragawati
bila besar nanti?"
Jawapan pertama ialah, "Saya tak tahu.
Bukan saya yang menguruskannya."
Tapi jawapan kedua,
yang saya begitu mahu beritahu
kepada gadis-gadis ini ialah
"Kenapa? Awak tahu?
Awak boleh jadi apa sahaja.
Awak boleh jadi Presiden
Amerika Syarikat
atau pencipta internet seterusnya,
atau doktor pakar bedah jantung ninja
pemuisi,
yang hebat kerana
anda yang pertama."
(Ketawa)
Jika selepas apa yang diberitahu ini,
mereka masih berkata
"Tidak Cameron. Saya mahu
jadi peragawati"
Saya akan balas,
"Jadilah majikan saya."
Sebab bukan saya
yang uruskannya.
Kamu boleh jadi ketua penyunting
bagi American Vogue
atau ketua eksekutif H&M
atau Steven Meisel seterusnya.
Dengan mengatakan yang anda
mahu jadi peragawati bila dewasa
adalah sama seperti mahu memenangi
loteri apabila meningkat dewasa
Ia adalah luar kawalan anda
dan ianya bagus,
dan ianya bukan laluan kerjaya.
Saya akan tunjukkan anda,
pengalaman 10 tahun saya
kerana tidak seperti pakar bedah jantung,
ianya boleh dilakukan sekarang.
Jadi, jika jurugambar di sana,
pencahayaan pula di situ,
contohnya HMI
dan klien cakap
"Kami mahukan syot berjalan,"
Kaki akan melangkah dulu dan
tangan ke belakang dan satu lagi ke depan,
kepala dipalingkan dan bergerak
ke depan dan ke belakang
Buat begini dan pandang ke arah
kawan khayalan anda.
300, 400 dan 500 kali.
(Ketawa)
Ia akan tampak seperti ini.
(Ketawa)
Harapnya kurang janggal
daripada yang di tengah.
Saya pun tidak tahu
apa yang berlaku di sana.
Malangnya, selepas anda
habis persekolahan,
ada resume,sudah lakukan
beberapa pekerjaan
anda tiada apa lagi
untuk diperkatakan.
Jika anda cakap yang anda mahu
jadi presiden Amerika Syarikat,
tapi di resume tertulis,
'Model Pakaian Dalam: 10 tahun'
orang akan mentertawakan anda
Soalan seterusnya adalah,
"Adakah gambar dicantikkan?"
Ya, boleh kata kesemua
gambar dicantikkan.
Tapi itu cuma komponen kecil
daripada apa yang berlaku.
Ini gambar saya yang diambil
buat pertama kalinya.
Juga buat pertama kali,
saya pakai pakaian renang
Ketika itu juga, saya masih belum
datang haid.
Saya sedar ianya sedikit peribadi
tapi saya masih kecil ketika itu.
Inilah rupa saya bersama nenek
beberapa bulan sebelumnya
Ini saya pada hari yang sama,
gambar ini dirakamkan.
Kawan saya perlu ikut saya.
Ini saya di parti tidur beberapa hari
sebelum penggambaran French Vogue
Ini pula dalam pasukan bola sepak
untuk Majalah V.
Dan ini saya sekarang.
Saya harap anda nampak yang
gambar-gambar ini adalah
bukan gambar saya.
Ia hanyalah ciptaan,
yang dicipta oleh sekumpulan
profesional,
penggaya rambut, artis solekan,
jurugambar, penggaya,
dan kesemua pembantu mereka,
sebelum dan selepas produksi
Mereka buat semua ini.
Ini bukan saya.
Baik, soalan seterusnya yang
selalu orang tanya
"Adakah awak dapat barangan percuma?"
(Ketawa)
Saya ada banyak sangat kasut tumit tinggi
tapi tak sempat untuk dipakai semua
kecuali yang tadi.
Benda percuma yang saya dapat ialah
yang benar-benar percuma di realiti
sebab itulah kami tidak suka
bercakap tentang ini.
Saya membesar di Cambridge
dan pernah sekali saya pergi ke kedai
tapi lupa bawa duit
dan mereka beri saya
sehelai gaun percuma.
Semasa remaja, saya pernah
menaiki kereta dengan kawan
dia pemandu yang teruk dan
telah melanggar lampu merah.
Kami diberhentikan.
Saya cuma ucapkan "Maaf, encik!"
dan serta-merta kami terlepas.
Saya dapat benda percuma
semata-mata kerana rupa saya,
bukan kerana siapa saya dan ada
orang menanggung akibat
daripada rupa mereka,
bukan kerana siapa mereka.
Saya tinggal di New York
dan pada tahun lepas,
seramai 140,000 remaja telah
ditahan dan diperiksa.
86% adalah orang kulit hitam
dan orang Latin
Kebanyakannya para pemuda
Hanya seramai 177,00 orang sahaja
lelaki kulit hitam dan Latin di New York.
Bagi mereka, "Saya akan ditahankah?"
adalah bukan soalan
tapi "Berapa kali saya akan ditahan?
Bilakah saya akan ditahan?"
Semasa saya buat kajian
untuk syarahan ini,
saya menemui gadis berumur
13 tahun di Amerika Syarikat,
53% daripadanya tidak suka
badan mereka
dan jumlahnya meningkat ke 78%
apabila berumur 17 tahun.
Baik, soalan terakhir yang
orang tanyakan ialah
"Apa rasanya jadi peragawati?"
Saya rasa jawapan yang
mereka mahukan ialah
"Kalau kamu kurus dan
ada rambut yang berkilau,
mesti kamu gembira dan seronok."
apabila di belakang pentas,
kami bagi jawapan yang
lebih kurang begitu.
Kami cakap "Ianya sangat hebat
dapat melancong dan bekerja
dengan orang yang kreatif,
bermotivasi dan bersemangat."
Perkara itu benar tapi ia cuma
separuh daripada kisah
kerana perkara yang kami tidak
pernah beritahu,
yang saya tak pernah beritahu
depan kamera ialah
"Saya rasa tergugat."
Saya tergugat kerana terpaksa
fikir tentang rupa saya setiap hari.
Jika anda pernah tertanya-tanya
"Gembirakah saya, kalau ada paha
yang kecil dan rambut yang berkilau?"
Anda perlu berjumpa dengan
sekumpulan peragawati,
kerana mereka ada paha paling kecil,
rambut paling berkilau,baju tercantik
dan secara fizikal mereka mungkin
wanita yang paling tergugat di planet.
Semasa menulis syarahan ini,
saya rasa sangat susah untuk
seimbangkan kejujuran
kerana pada masa yang sama,
saya berasa sangat tidak selesa
untuk berkata
"Tengok. Saya dapat semua ini
berkat hasil titik peluh saya,"
Saya juga rasa tidak selesa untuk
teruskan berkata
"dan Ia tak selalunya buat saya gembira."
Tapi selalunya ia susah untuk hapuskan
warisan jantina dan penindasan kaum
bilamana saya antara
pewaris terbesar.
Tapi saya juga gembira
kerana dapat berada di sini
dan saya rasa baguslah
yang saya datang sebelum
10,20 atau 30 tahun berlalu di mana
saya sudahpun bekerja di banyak agensi
kerana saya mungkin tidak dapat
ceritakan cara saya dapatkan kerja
atau cara saya cari duit
untuk belajar
yang dianggap sangat penting
pada masa kini.
Jika syarahan ini sudah selesai,
saya harap kita semua
lebih selesa untuk akui
kesan imej kepada gambaran kejayaan.
dan kegagalan kita.
Sekian.
(Tepukan)