Sarah ada $48.
Dia hendak simpan 1/3 daripada duitnya untuk bercuti.
Berapa dolar dia patut simpan?
Jadi kita nak tahu berapa 1/3 daripada 48.
Gunakan 48 sebagai penyebut dan cari nilai
yang sama dengan 1/3.
Soalan ini mahu kita cari,
OK, kita nak 1/3 daripada duit dia, tapi kita nak tulis
ini sebagai pecahan setara dimana kita ada 48
sebagai penyebut.
Ini bersamaan dengan sesuatu, kosongkan ini.
Ini bersamaan sesuatu per 48.
Bagaimana untuk mendapatkan sesuatu per 48?
Mari fikir apa maksud ini sebentar.
Jadi, jika kita lukis 1/3, ini seperti ini.
Anda boleh bayangkan ia adalah sekotak pai.
Katakan ini ialah pai saya, dan saya bahagikan kepada
tiga keping.
Mari saya bahagikan ia kepada 3 bahagian yang sama.
Ini adalah satu 1/3 daripada 3 keping itu.
Ini adalah 1/3.
Bagaimana hendak katakan ini sebagai
pecahan per 48?
Kita perlu bahagikan ini kepada
48 keping.
Bagaimana nak bahagikan sesuatu kepada 48?
3 x 16 = 48, jika kita bahagikan ini kepada 16 keping,
susah nak lukis ini disini,
mungkin anda boleh membayangkannya.
Bahagi kepada 2, bahagi lagi kepada 4,
dan sekarang 8.
Ia akan dipenuhi dengan banyak garis disini,
anda boleh bayangkan, hanya bahagi semua ini.
Jika anda boleh lakukannya, anda akan dapat 16 keping,
ini akan jadi 16.
Anda ada 16 disini dan juga 16 disini.
Saya boleh lukis lagi.
Saya gunakan warna hijau disini.
Jika kita teruskan ini, kita akan dapat 48,
sebab suku yang pertama ada 16 keping,
yang kedua ada 16, dan yang ketiga
juga ada 16 keping.
Jumlah kesemua ada 48 keping.
Sekarang, 1/3 itu mewakili apa?
Ia mewakili 16 daripada 48.
Ia mewakili 16 ini disini.
Ia mewakili 16 ini disini,
jadi ia bersamaan dengan 1/3.
1/3 adalah sama dengan 16/48.
Kita boleh lakukannya secara gerak hati
berapa 1/3 daripada 48, tapi satu cara untuk lakukannya
atau proses untuk lakukannya,
untuk mendapatkan penyebutnya, daripada 3 kepada 48,
kita darab dengan 16.
3 x 16 = 48.
Itu cara untuk mendapatkan 48 keping
daripada 3 keping.
Kita perlu darabkan dengan 16.
Kita perlu tukar setiap keping kepada 16 keping.
Itu apa yang kita telah lakukan.
Anda tak boleh hanya darab penyebutnya dengan 16.
Anda harus darab pengangka dengan jumlah yang sama.
Jika setiap keping menjadi 16 keping,
jadi sekeping menjadi 16
Anda boleh katakan, 3 x 16 = 48,
jadi 1 x 16 akan jadi pengangka, jadi ia adalah 16.
Jadi 1/3 bersamaan 16/48.
Cara lain untuk anda fikir, dimana anda akan
belajar kemudian ialah, kita nak 1/3 daripada 48 bukan?
Itu yang dia hendak simpan. 1/3 daripada 48 bersamaan
1/3 darab 48.
Bila anda mendarab-- mari saya tuliskan begini--
1/3 x 48, anda boleh tulis pecahan 48 ialah 48/1.
Ia bermaksud 48 penuh.
Dan bila anda darabkan pecahan,
anda boleh darabkan pengangkanya.
Jadi ini sama dengan 48 per-- anda darabkan
penyebutnya.
48/3, 1 x 48 = 48.
Kita akan belajar ini lebih mendalam dimasa akan datang.
Jangan risau jika ia mengelirukan.
Penyebutnya, 3 x 1 = 3, dan 48 bahagi 3, atau
48/3 = 16.
Jadi 1/3 daripada 48ialah 16, atau 16/48 ialah 1/3.
Diharap anda faham.