Baru-baru ini, saya berada di atas beribu-ribu orang di Brazil dan memainkan muzik George Frideric Handel. Saya juga berada di atas jalan-jalan di Amsterdam dan memainkan muzik penggubah itu. Mari kita menonton video ini. (Muzik: George Frideric Handel, "Allegro." (Video) Saya tinggal di tingkat ketiga di situ. (Bahasa Belanda) Saya tinggal di situ. Saya tinggal di situ. Saya mengalu-alukan awak. -Ia kedengaran menyeronokkan? -Ya! [(Bahasa Belanda) Konsert muzik Handel] (Tepukan) Semua ini merupakan pengalaman yang indah kerana beratus-ratus sebab. Mungkin anda hairan kenapa saya lakukan semua ini? Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan seharian seorang pemuzik. Saya lakukannya kerana saya suka muzik tersebut dan saya mahu mengongsikannya dengan orang ramai. Ia bermula beberapa tahun dulu. Kerana flu, saya duduk di atas sofa di rumah sambil melayari Internet. Saya mendapati bahawa Handel pernah menggubah muzik piano. Saya agak terkejut. Saya tak tahu tentangnya. Jadi, saya memuat turun lembaran muzik dan mula memainkannya. Apa yang berlaku seterusnya ialah, saya menghayati muzik tersebut dengan penuh kehairanan. Saya berasa amat kagum pada muzik tersebut. Sudah lama saya tak berasa begitu. Mungkin anda dapat mengaitkannya bila anda mendengarnya. Bahagian pertama yang saya mainkan bermula dengan ini. (Muzik) Ia kedengaran amat sedih, bukan? Saya membelek muka surat seterusnya dan inilah muziknya. (Muzik) Ia kedengaran amat ceria, bukan? Jadi, dalam masa beberapa minit, ia cuma sebahagian daripada muzik tersebut, saya mengalami dua perasaan yang berbeza: rasa sedih dan rasa ceria. Saya menganggap kedua-duanya perasaan manusia yang penting. Kesucian muzik menyebabkan anda mendengarnya dengan bersungguh-sungguh. Saya telah memainkan muzik untuk budak-budak yang berusia 7 dan 8 tahun. Semasa saya memainkannya, sama ada muzik Bach, Beethoven, bahkan Stockhausen, atau muzik jaz, mereka mendengarnya dengan bersungguh-sungguh, dan mereka berada dalam keadaan yang selesa. Bila saya ada kelas dengan budak-budak yang lebih berusia, iaitu 11, 12 tahun, kadangkala saya menghadapi masalah menyebabkan mereka berada dalam keadaan tersebut. Kerumitan muzik merupakan sebuah isu, dan pendapat orang lain, iaitu ibu bapa, kawan-kawan, media mempunyai pengaruhnya. Tapi, budak-budak kecil tidak mempersoalkan pendapat sendiri. Mereka sentiasa berasa hairan. Saya amat percaya bahawa kita boleh mendengar muzik seperti budak-budak yang berusia 7 tahun ini, walaupun setelah kita menjadi dewasa. Sebab itulah saya bukan saja bermain piano di dewan konsert, bahkan di atas jalan, secara dalam talian, di atas langit, untuk merasai kehairanan, untuk mendengar dengan bersungguh-sungguh, dan mendengar tanpa prejudis. Saya menjemput anda melakukannya sekarang. (Muzik: George Frideric Handel, "Chaconne dalam G Major") (Tepukan) Terima kasih. (Tepukan)