Baru-baru ini, saya berada di atas
beribu-ribu orang di Brazil
dan memainkan muzik
George Frideric Handel.
Saya juga berada di atas
jalan-jalan di Amsterdam
dan memainkan muzik penggubah itu.
Mari kita menonton video ini.
(Muzik: George Frideric Handel, "Allegro."
(Video) Saya tinggal di
tingkat ketiga di situ.
(Bahasa Belanda) Saya tinggal di situ.
Saya tinggal di situ.
Saya mengalu-alukan awak.
-Ia kedengaran menyeronokkan?
-Ya!
[(Bahasa Belanda)
Konsert muzik Handel]
(Tepukan)
Semua ini merupakan pengalaman yang indah
kerana beratus-ratus sebab.
Mungkin anda hairan
kenapa saya lakukan semua ini?
Ia bukannya perkara biasa dalam
kehidupan seharian seorang pemuzik.
Saya lakukannya kerana
saya suka muzik tersebut
dan saya mahu mengongsikannya
dengan orang ramai.
Ia bermula beberapa tahun dulu.
Kerana flu, saya duduk
di atas sofa di rumah
sambil melayari Internet.
Saya mendapati bahawa Handel
pernah menggubah muzik piano.
Saya agak terkejut.
Saya tak tahu tentangnya.
Jadi, saya memuat turun lembaran muzik
dan mula memainkannya.
Apa yang berlaku seterusnya ialah,
saya menghayati muzik tersebut
dengan penuh kehairanan.
Saya berasa amat kagum
pada muzik tersebut.
Sudah lama saya tak berasa begitu.
Mungkin anda dapat mengaitkannya
bila anda mendengarnya.
Bahagian pertama yang saya mainkan
bermula dengan ini.
(Muzik)
Ia kedengaran amat sedih, bukan?
Saya membelek muka surat seterusnya
dan inilah muziknya.
(Muzik)
Ia kedengaran amat ceria, bukan?
Jadi, dalam masa beberapa minit,
ia cuma sebahagian
daripada muzik tersebut,
saya mengalami dua perasaan yang berbeza:
rasa sedih dan rasa ceria.
Saya menganggap kedua-duanya
perasaan manusia yang penting.
Kesucian muzik menyebabkan anda
mendengarnya dengan bersungguh-sungguh.
Saya telah memainkan muzik untuk
budak-budak yang berusia 7 dan 8 tahun.
Semasa saya memainkannya,
sama ada muzik Bach, Beethoven,
bahkan Stockhausen,
atau muzik jaz,
mereka mendengarnya
dengan bersungguh-sungguh,
dan mereka berada dalam
keadaan yang selesa.
Bila saya ada kelas dengan
budak-budak yang lebih
berusia, iaitu 11, 12 tahun,
kadangkala saya menghadapi masalah
menyebabkan mereka berada
dalam keadaan tersebut.
Kerumitan muzik merupakan sebuah isu,
dan pendapat orang lain, iaitu
ibu bapa, kawan-kawan, media
mempunyai pengaruhnya.
Tapi, budak-budak kecil tidak
mempersoalkan pendapat sendiri.
Mereka sentiasa berasa hairan.
Saya amat percaya bahawa
kita boleh mendengar muzik
seperti budak-budak
yang berusia 7 tahun ini,
walaupun setelah kita menjadi dewasa.
Sebab itulah saya bukan saja
bermain piano di dewan konsert,
bahkan di atas jalan,
secara dalam talian, di atas langit,
untuk merasai kehairanan,
untuk mendengar dengan
bersungguh-sungguh,
dan mendengar tanpa prejudis.
Saya menjemput anda
melakukannya sekarang.
(Muzik: George Frideric Handel,
"Chaconne dalam G Major")
(Tepukan)
Terima kasih.
(Tepukan)