Kali pertama aku berdoa adalah di gereja dengan gelas berwarna. Aku masih berlutut selepas jemaah sudah berdiri, celupkan tanganku dalam air suci, surihkan triniti di dada saya, badan kecilku melabuh serupa tanda tanya di bangku kayu gereja. Aku pohon Jesus selamatkanku, dan bila Dia tidak jawab aku berkawan kesenyapan dengan harapan dosaku akan terbakar dan melegakan mulutku akan larut macam gula atas lidah, tapi rasa malu masih melekat Dan dalam cubaan memperkenalkan aku ke kesucian semula, ibuku memberitahuku keajaibanku, katanya aku boleh membesar menjadi apa yang aku nak. Aku memutuskan untuk menjadi seorang lelaki. Ia comel. Aku senyum tak terjangka, tanpa gigi, gunakan lutut cedera sebagai lesen, mainkan sembunyi-sorok dengan apa yang tinggal. Aku adalah 'ia'. Johan permainan yang lain tidak dapat main, aku adalah misteri anatomi, soalan ditanya tak dijawab, berseimbang antara lelaki kekok dan gadis bermaafan, dan bila aku 12, fasa lelaki tidak lagi comel. Ia ditemui dengan makcik yang rindu penampilanku dengan skirt, yang mengingatkanku sikap begini takkan bawakan suami, bahawa aku wujud untuk perkahwinan heteroseksual dan melahirkan anak. Dan aku menelan penghinaan mereka. Tentu aku tidak keluar dari almari (mengaku homoseksual). Kanak-kanak di sekolahku membukanya tanpa izinku, memanggilku dengan nama yang tidak saya iktiraf, katakan 'lesbian', tapi aku lebih lelaki dari perempuan, lebih Ken dari Barbie. Ia tiada kena mengena dengan benci tubuhku aku cuma cukup sayangnya untuk lepaskannya, aku kendalikannya seperti rumah, dan bila rumahmu rosak, kau tidak pindah, kau menjadikannya cukup selesa untuk meletakkanmu, kau menjadikannya cukup cantik untuk jemput tetamu, kau jadikan lantainya cukup kukuh Ibuku takut aku telah namakan aku mengikut mereka yang telah pudar. Beliau mengira gemaan yang ditinggalkan oleh Mya Hall, Leelah Alcorn, Blake Brockington. Beliau takut aku akan mati dengan senyap-sepi, takut aku akan jadi tema bualan "sayangnya" di stesen bas. Beliau dakwa aku telah jadikanku sebuah makam, aku sebuah keranda berjalan, tajuk berita menjadikan identitiku menjadi sesuatu pameran, Bruce Jenner dekat mulut semua orang sedangkan kekejaman hidup di badan ni menjadi asterisk pada bawah muka surat keadilan. Tiada orang ingatkan kami sebagai manusia kerana kami lebih hantu daripada manusia, kerana orang takut pernyataan jantinaku sesuatu helah, ia berada kerana sesat, ia tertangkap mereka tanpa persetujuan mereka, badanku menjadi barang pameran bagi mereka, dan selepas mereka cukup dengan pondanku, mereka akan meluahkan semua bahagian yang mereka tidak suka. Mereka akan meletakkanku dalam almari, dengan semua rangka lain (rahsia). Aku ialah tarikan yang terbaik. Bolehkah kamu lihat betapa mudah mengetuk orang hingga mati, untuk salah eja nama mereka atas batu nisan. Dan orang masih tertanya kenapa ada budak yang mereput, mereka pergi di koridor sekolah, mereka takut menjadi 'hashtag' dalam masa sesaat, takut perbincangan kelas menjadi hari kiamat dan kini orang asing lebih menerima kanak transgender lebih dari ibubapa. Aku tertanya berapa lama lagi sebelum nota bunuh diri mula berasa lewah, sebelum kita sedar badan kita dijadikan pelajaran tentang dosa sebelum kita diajar untuk sayangkan mereka. Seperti Tuhan tidak simpan nafas dan rahmatNya, seperti darahku bukan arak yang cucikan kaki Jesus. Doaku kini semakin terperangkap di tekakku. Mungkin aku diselamatkan akihirnya, mungkin aku hanya tidak peduli lagi, mungkin Tuhan dengar doaku akhirnya. Terima kasih. (Tepukan tangan)