Kali pertama aku berdoa
adalah di gereja dengan gelas berwarna.
Aku masih berlutut selepas
jemaah sudah berdiri,
celupkan tanganku dalam air suci,
surihkan triniti di dada saya,
badan kecilku melabuh
serupa tanda tanya
di bangku kayu gereja.
Aku pohon Jesus selamatkanku,
dan bila Dia tidak jawab
aku berkawan kesenyapan dengan harapan
dosaku akan terbakar
dan melegakan mulutku
akan larut macam gula atas lidah,
tapi rasa malu masih melekat
Dan dalam cubaan memperkenalkan aku
ke kesucian semula,
ibuku memberitahuku keajaibanku,
katanya aku boleh membesar
menjadi apa yang aku nak.
Aku memutuskan untuk
menjadi seorang lelaki.
Ia comel.
Aku senyum tak terjangka, tanpa gigi,
gunakan lutut cedera sebagai
lesen,
mainkan sembunyi-sorok dengan
apa yang tinggal.
Aku adalah 'ia'.
Johan permainan yang lain
tidak dapat main,
aku adalah misteri anatomi,
soalan ditanya tak dijawab,
berseimbang antara lelaki kekok
dan gadis bermaafan,
dan bila aku 12, fasa lelaki
tidak lagi comel.
Ia ditemui dengan makcik yang rindu
penampilanku dengan skirt,
yang mengingatkanku sikap begini
takkan bawakan suami,
bahawa aku wujud untuk perkahwinan
heteroseksual dan melahirkan anak.
Dan aku menelan penghinaan mereka.
Tentu aku tidak keluar
dari almari (mengaku homoseksual).
Kanak-kanak di sekolahku membukanya
tanpa izinku,
memanggilku dengan nama
yang tidak saya iktiraf,
katakan 'lesbian',
tapi aku lebih lelaki dari perempuan,
lebih Ken dari Barbie.
Ia tiada kena mengena dengan benci tubuhku
aku cuma cukup sayangnya untuk
lepaskannya,
aku kendalikannya seperti rumah,
dan bila rumahmu rosak,
kau tidak pindah,
kau menjadikannya cukup selesa
untuk meletakkanmu,
kau menjadikannya cukup cantik
untuk jemput tetamu,
kau jadikan lantainya cukup kukuh
Ibuku takut aku telah namakan aku
mengikut mereka yang telah pudar.
Beliau mengira gemaan yang ditinggalkan
oleh Mya Hall,
Leelah Alcorn, Blake Brockington.
Beliau takut aku akan mati
dengan senyap-sepi,
takut aku akan jadi tema bualan
"sayangnya" di stesen bas.
Beliau dakwa aku telah jadikanku
sebuah makam,
aku sebuah
keranda berjalan,
tajuk berita menjadikan identitiku
menjadi sesuatu pameran,
Bruce Jenner dekat mulut semua orang
sedangkan kekejaman hidup di badan ni
menjadi asterisk pada bawah
muka surat keadilan.
Tiada orang ingatkan kami sebagai manusia
kerana kami lebih hantu
daripada manusia,
kerana orang takut pernyataan jantinaku
sesuatu helah,
ia berada kerana sesat,
ia tertangkap mereka
tanpa persetujuan mereka,
badanku menjadi barang pameran
bagi mereka,
dan selepas mereka cukup dengan pondanku,
mereka akan meluahkan semua bahagian
yang mereka tidak suka.
Mereka akan meletakkanku dalam almari,
dengan semua rangka lain (rahsia).
Aku ialah tarikan yang terbaik.
Bolehkah kamu lihat betapa mudah
mengetuk orang hingga mati,
untuk salah eja nama mereka atas
batu nisan.
Dan orang masih tertanya
kenapa ada budak yang mereput,
mereka pergi di
koridor sekolah,
mereka takut menjadi 'hashtag'
dalam masa sesaat,
takut perbincangan kelas menjadi
hari kiamat
dan kini orang asing lebih menerima
kanak transgender lebih dari ibubapa.
Aku tertanya berapa lama lagi
sebelum nota bunuh diri mula
berasa lewah,
sebelum kita sedar badan kita dijadikan
pelajaran tentang dosa
sebelum kita diajar
untuk sayangkan mereka.
Seperti Tuhan tidak simpan
nafas dan rahmatNya,
seperti darahku bukan arak yang
cucikan kaki Jesus.
Doaku kini semakin terperangkap
di tekakku.
Mungkin aku diselamatkan akihirnya,
mungkin aku hanya tidak peduli lagi,
mungkin Tuhan dengar doaku akhirnya.
Terima kasih.
(Tepukan tangan)