Carikan Punca Kuasa Prinsipal atau Punca Kuasa Positif bagi √45. Selesaikan tanpa menggunakan kalkulator. Kita cuba kaedah penghampiran melalui pengiraan biasa. √45 bukan suatu bentuk kuasa dua sempurna. Carikan nombor kuasa dua sempurna yang hampir kepada √45. √45 < √49, √49 = 7 √36 < √45, √36 = 6 √49 = 7 Maka nilainya diantara 6 dan 7. 45 kurang 4 dari 49,dan lebih 9 dari 36. Jarak antara 6² dan 7² ialah 13. Ini cuma penghampiran saja tapi yang pasti, nilainya menghampiri 7 berbanding 6. Jadi, cuba kira dengan nilai 6.7 kerana nilainya hampir 2/3 dari 7. Kaedah Penghampiran juga boleh dicuba. Berapakah nilai 9/13 dalam bentuk perpuluhan? 9 bukan hasil darab 13. 90 ialah hasil darab 13,mungkin sebanyak 6 kali. Nilainya menghampiri 0.7, iaitu lebih kurang 0.69 9/13 ialah 0.69 antara 36 dan 49, maka 0.69 antara 6 dan 7 boleh dianggarkan bernilai sebanyak 6.7. Cari nilai bagi 6.7 x 6.7 7 x 7 = 49 7x 6 = 42, 42 + 4 = 46 Letakkan nilai '0' untuk pengiraan sebelah kiri. 6 x 7 = 42 bawa 4 ke atas, 6 x 6 = 36, 36 + 4 = 40 Maka, 9 + 0 = 9, 6 + 2 = 8 4 + 0 = 4, disini juga 4. Ada 2 nombor selepas titik perpuluhan. Jawapannya ialah 44.89 Nilainya menghampiri 45. Tapi masih kurang dari √45. Mari cuba dengan nilai 6.71 pula, kerana jawapan tadi hampir dengan 45. Kirakan nilainya tanpa menggunakan kalkulator. Maka jawapannya ialah 450,241 Kita ada 4 nombor selepas titik perpuluhan. Jadi 6.71² = 45.0241 dan lebih besar dari 45. 6.7 < √45 < 6.71 berdasarkan pengiraan tadi. Tapi jika diperhatikan, 6.7² kurang 0.11 daripada 45, 6.71² cuma lebih 0.024 dari 45, maka 6.71 menghampiri nilai √45.