Carikan Punca Kuasa Prinsipal atau
Punca Kuasa Positif bagi √45.
Selesaikan tanpa menggunakan kalkulator.
Kita cuba kaedah penghampiran
melalui pengiraan biasa.
√45 bukan suatu bentuk kuasa dua sempurna.
Carikan nombor kuasa dua sempurna
yang hampir kepada √45.
√45 < √49,
√49 = 7
√36 < √45,
√36 = 6
√49 = 7
Maka nilainya diantara 6 dan 7.
45 kurang 4 dari 49,dan
lebih 9 dari 36.
Jarak antara 6² dan 7² ialah 13.
Ini cuma penghampiran saja
tapi yang pasti,
nilainya menghampiri 7 berbanding 6.
Jadi, cuba kira dengan nilai 6.7 kerana nilainya hampir 2/3 dari 7.
Kaedah Penghampiran juga boleh dicuba.
Berapakah nilai 9/13 dalam bentuk perpuluhan?
9 bukan hasil darab 13.
90 ialah hasil darab 13,mungkin sebanyak 6 kali.
Nilainya menghampiri 0.7,
iaitu lebih kurang 0.69
9/13 ialah 0.69 antara 36 dan 49,
maka 0.69 antara 6 dan 7
boleh dianggarkan bernilai
sebanyak 6.7.
Cari nilai bagi 6.7 x 6.7
7 x 7 = 49
7x 6 = 42,
42 + 4 = 46
Letakkan nilai '0' untuk pengiraan sebelah kiri.
6 x 7 = 42
bawa 4 ke atas,
6 x 6 = 36,
36 + 4 = 40
Maka,
9 + 0 = 9,
6 + 2 = 8
4 + 0 = 4,
disini juga 4.
Ada 2 nombor selepas titik perpuluhan.
Jawapannya ialah 44.89
Nilainya menghampiri 45.
Tapi masih kurang dari √45.
Mari cuba dengan nilai 6.71 pula,
kerana jawapan tadi hampir dengan 45.
Kirakan nilainya tanpa menggunakan kalkulator.
Maka jawapannya ialah 450,241
Kita ada 4 nombor selepas titik perpuluhan.
Jadi 6.71² = 45.0241
dan lebih besar dari 45.
6.7 < √45 < 6.71
berdasarkan pengiraan tadi.
Tapi jika diperhatikan,
6.7² kurang 0.11 daripada 45,
6.71² cuma lebih 0.024 dari 45,
maka 6.71 menghampiri nilai √45.