WEBVTT 00:00:00.628 --> 00:00:03.544 Salaam alaikum. 00:00:03.544 --> 00:00:05.230 Selamat datang ke Doha. 00:00:05.230 --> 00:00:08.632 Saya bertanggungjawab terhadap keselamatan makanan di negara ini. 00:00:08.632 --> 00:00:10.683 Inilah kerja saya untuk 2 tahun akan datang, 00:00:10.683 --> 00:00:13.099 untuk mereka sebuah pelan induk, 00:00:13.099 --> 00:00:16.632 dan saya mempunyai 10 tahun untuk melaksanakannya -- 00:00:16.632 --> 00:00:18.652 Semestinya, dengan bantuan ramai yang lain. 00:00:18.652 --> 00:00:23.299 Tapi pertama sekali, saya nak ceritakan 00:00:23.299 --> 00:00:27.167 tentang negara ini. 00:00:27.167 --> 00:00:30.717 Semestinya, anda sudah makan 3 kali hari ini, 00:00:30.717 --> 00:00:35.250 dan mungkin juga sekali lagi selepas majlis ini. NOTE Paragraph 00:00:35.250 --> 00:00:39.683 Mari kita teruskan. Apakah keadaan Qatar pada tahun 1940-an? 00:00:39.683 --> 00:00:43.883 Hanya 11,000 orang yang tinggal di sini. 00:00:43.883 --> 00:00:50.899 Tempat ini tiada air, tenaga, minyak, dan kereta. 00:00:50.899 --> 00:00:52.294 Kebanyakan orang yang tinggal di sini 00:00:52.294 --> 00:00:54.766 tinggal di kawasan persisiran pantai dan menangkap ikan 00:00:54.766 --> 00:01:00.716 atau merupakan nomad yang merayau merata untuk mencari sumber air 00:01:00.716 --> 00:01:04.118 Tidak pernah ada semua kemewahan yang anda dapat lihat pada hari ini. 00:01:04.118 --> 00:01:09.266 Tiada bandar seperti Doha, Dubai, Abu Dhabi, Kuwait atau Riyadh. 00:01:09.266 --> 00:01:11.883 Bukan disebabkan mereka tidak mampu membinanya, 00:01:11.883 --> 00:01:13.982 tapi mereka tiada sumber yang mencukupi. 00:01:13.982 --> 00:01:16.815 Jangka hayat rakyat negara ini pendek. 00:01:16.815 --> 00:01:18.717 Kebanyakannya meninggal dunia di sekitar usia 50 tahun. NOTE Paragraph 00:01:18.717 --> 00:01:22.516 Mari kita teruskan: Zaman minyak. 00:01:22.516 --> 00:01:25.733 Mereka menemui punca minyak pada tahun 1939. 00:01:25.733 --> 00:01:30.533 Tapi ia tidak digunakan secara komersial sepenuhnya 00:01:30.533 --> 00:01:32.983 sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua. 00:01:32.983 --> 00:01:35.117 Apakah kesan penemuan minyak? 00:01:35.117 --> 00:01:38.417 Ia mengubah wajah negara ini, seperti yang anda dapat lihat kini. 00:01:38.417 --> 00:01:42.149 Ia juga menyebabkan nomad di padang pasir -- 00:01:42.149 --> 00:01:45.433 mencari air dan makanan, 00:01:45.433 --> 00:01:49.536 dan menjaga ternakan mereka -- pembandaran. NOTE Paragraph 00:01:49.536 --> 00:01:51.500 Mungkin anda merasakan bahawa ini pelik, 00:01:51.500 --> 00:01:55.349 tetapi ahli keluarga saya berbahasa dengan pelbagai loghat. 00:01:55.349 --> 00:01:59.349 Loghat ibu saya begitu berbeza dengan loghat ayah saya. 00:01:59.349 --> 00:02:04.383 Rakyat negara ini hanyalah dalam 300,000 orang. 00:02:04.383 --> 00:02:07.917 Tetapi ada 5 atau 6 loghat bahasa negara saya. 00:02:07.917 --> 00:02:11.733 Ada orang tanya saya, "Bagaimana ini boleh terjadi?" 00:02:11.733 --> 00:02:13.516 Jawapannya, kami hidup di tempat yang berbeza. 00:02:13.516 --> 00:02:18.668 Kami tidak bertumpu di sesebuah kawasan kerana ketiadaan sumber. 00:02:18.668 --> 00:02:22.479 Apabila terdapatnya sumber, yakni minyak, 00:02:22.479 --> 00:02:25.533 kami mula mereka pelbagai teknologi canggih 00:02:25.533 --> 00:02:29.183 dan menumpukan penduduk di sesebuh kawasan. 00:02:29.183 --> 00:02:31.567 Mereka mula mengenali antara satu sama lain. 00:02:31.567 --> 00:02:35.516 Kami tahu tentang kepelbagaian loghat bahasa kami. NOTE Paragraph 00:02:35.516 --> 00:02:38.451 Itulah zaman penemuan minyak. 00:02:38.451 --> 00:02:40.566 Mari kita lihat zaman sekarang. 00:02:40.566 --> 00:02:45.292 Inilah pemandangan Doha yang anda semua kenali. 00:02:45.292 --> 00:02:46.683 Berapakah jumlah penduduk? 00:02:46.683 --> 00:02:48.933 Seramai 1.7 juta orang. 00:02:48.933 --> 00:02:51.632 Ia dicapai dalam masa kurang daripada 60 tahun. 00:02:51.632 --> 00:02:57.534 Kadar purata pertumbuhan ekonomi ialah 15% selama 5 tahun yang lalu. 00:02:57.534 --> 00:03:00.367 Kadar hayat meningkat kepada 78 tahun. 00:03:00.367 --> 00:03:05.176 Penggunaan air meningkat kepada 430 liter. 00:03:05.176 --> 00:03:08.583 Ia adalah antara yang tertinggi di dunia. 00:03:08.583 --> 00:03:10.750 Daripada tidak mempunyai sumber air 00:03:10.750 --> 00:03:16.234 hinggalah menggunakan air dengan kadar yang amat tinggi. 00:03:16.234 --> 00:03:20.000 Entah ini merupakan reaksi terhadap ketiadaan air. NOTE Paragraph 00:03:20.000 --> 00:03:26.200 Apakah yang menariknya tentang cerita saya? 00:03:26.200 --> 00:03:29.383 Yang menarik ialah, berlakunya pertumbuhan ekonomi 00:03:29.383 --> 00:03:35.983 15% selama 5 tahun tanpa sumber air. 00:03:35.983 --> 00:03:40.933 Ia sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. 00:03:40.933 --> 00:03:44.866 Banyak bandar musnah kerana ketiadaan air. 00:03:44.866 --> 00:03:47.382 Sejarah ini tercipta di rantau ini. 00:03:47.382 --> 00:03:49.299 Bukan sahaja bandar semata-mata yang kami bina, 00:03:49.299 --> 00:03:54.452 tetapi bandar-bandar yang penuh dengan impian dan orang yang mahu menjadi ahli sains dan doktor. 00:03:54.452 --> 00:03:57.601 Bina rumah yang mewah, pilih seorang jurubina dan reka rumah saya. 00:03:57.601 --> 00:04:03.800 Mereka percaya tempat ini sesuai didiami walhal ia sebaliknya. 00:04:03.800 --> 00:04:05.769 Semestinya, mereka perlukan teknologi. 00:04:05.769 --> 00:04:12.283 Kadar pemendapan air hujan di Brazil ialah 1,782 mm setahun. 00:04:12.283 --> 00:04:15.134 Di Qatar ialah 74 mm, walhal kadar pertumbuhan kami adalah tinggi. NOTE Paragraph 00:04:15.134 --> 00:04:17.150 Jadi soalannya, bagaimana? 00:04:17.150 --> 00:04:20.416 Bagaimana kami boleh hidup sebegini? 00:04:20.416 --> 00:04:22.500 Kami tidak mempunyai air. 00:04:22.500 --> 00:04:28.799 Jawapannya, mesin penyahgaraman yang besar ini. 00:04:28.799 --> 00:04:32.967 Sumber tenaga ialah faktor utama. Ia mengubah segalanya. 00:04:32.967 --> 00:04:37.466 Ia benda yang kami gali dari bawah tanah, kami gunakannya dalam kadar yang tinggi. 00:04:37.466 --> 00:04:40.466 Mungkin anda gunakannya untuk datang ke Doha. 00:04:40.466 --> 00:04:43.367 Itulah tasik kami, jika anda boleh lihat. 00:04:43.367 --> 00:04:45.216 Itulah sungai kami. 00:04:45.216 --> 00:04:50.558 Dengan itulah anda dapat menggunakan air. 00:04:50.558 --> 00:04:57.184 Inilah teknologi terbaik yang terdapat di rantau ini: penyahgaraman. NOTE Paragraph 00:04:57.184 --> 00:04:59.452 Apakah risikonya? 00:04:59.452 --> 00:05:01.002 Anda risaukah? 00:05:01.002 --> 00:05:04.918 Jika anda lihat fakta global, 00:05:04.918 --> 00:05:07.509 anda akan sedar, semestinya anda perlu risau. 00:05:07.509 --> 00:05:10.018 Kadar permintaan dan pertumbuhan jumlah penduduk telah meningkat. 00:05:10.018 --> 00:05:13.267 Jumlah penduduk mencecah 7 bilion beberapa bulan lalu. 00:05:13.267 --> 00:05:16.759 Kami semua memerlukan makanan. 00:05:16.759 --> 00:05:19.967 Diramalkan kami akan mencecah 9 bilion menjelang tahun 2050. NOTE Paragraph 00:05:19.967 --> 00:05:22.823 Jadi, negara yang tiada air 00:05:22.823 --> 00:05:26.474 perlu risaukan apa yang akan terjadi di luar rantaunya. 00:05:26.474 --> 00:05:28.806 Cara pemakanan juga berubah. 00:05:28.806 --> 00:05:32.872 Dengan peningkatan kadar sosioekonomi, 00:05:32.872 --> 00:05:35.055 rakyatnya mengubah cara pemakanannya. 00:05:35.055 --> 00:05:38.055 Mereka mula makan lebih banyak daging dan sebagainya. 00:05:38.055 --> 00:05:40.408 Selain itu, kadar hasil tanaman menurun 00:05:40.408 --> 00:05:43.106 kerana perubahan cuaca dan pelbagai faktor lain. 00:05:43.106 --> 00:05:48.274 Jadi, seseorang kena sedar bila akan terjadinya sesuatu krisis. NOTE Paragraph 00:05:48.274 --> 00:05:52.089 Inilah situasinya di Qatar, bagi mereka yang tidak tahu. 00:05:52.089 --> 00:05:55.439 Kami hanya mempunyai simpanan air untuk 2 hari sahaja. 00:05:55.439 --> 00:05:57.723 Kami mengimport 90% daripada makanan kami, 00:05:57.723 --> 00:06:01.423 Kami mengerjakan 1% daripada tanah kami. 00:06:01.423 --> 00:06:03.872 Jumlah petani kami yang rendah 00:06:03.872 --> 00:06:07.406 tersingkir daripada bidang pertanian 00:06:07.406 --> 00:06:12.955 kerana dasar perdagangan terbuka yang membawa masuk persaingan sengit dan sebagainya. 00:06:12.955 --> 00:06:16.206 Jadi, kami menghadapi risikonya. 00:06:16.206 --> 00:06:23.389 Ia mempengaruhi kelestarian dan kesinambungan negara ini secara langsung. NOTE Paragraph 00:06:23.389 --> 00:06:25.907 Soalannya, adakah terdapat penyelesaian? 00:06:25.907 --> 00:06:28.089 Adakah terdapat penyelesaian yang lestari? 00:06:28.089 --> 00:06:30.073 Sebenarnya ada. 00:06:30.073 --> 00:06:34.106 Slaid ini menyimpulkan dokumen teknikal 00:06:34.106 --> 00:06:36.790 yang kami usahakan selama 2 tahun yang lalu. 00:06:36.790 --> 00:06:38.222 Mari kita mulakan dengan isu air. 00:06:38.222 --> 00:06:41.991 Kita sudah tahu -- saya tunjukkan awal tadi -- kami perlukan sumber tenaga ini. 00:06:41.991 --> 00:06:45.089 Kami perlukan sumber tenaga, tetapi jenis apa? 00:06:45.089 --> 00:06:47.388 Sumber tenaga boleh habis? Bahan bakar fosil? 00:06:47.388 --> 00:06:49.783 Atau sumber lain? 00:06:49.783 --> 00:06:53.122 Mampukah kami menggunakan sumber tenaga yang lain? 00:06:53.122 --> 00:06:57.256 Saya rasa, anda tahu jawapannya, ya: Kami ada cahaya matahari sebanyak 300 hari. 00:06:57.256 --> 00:07:02.588 Kami akan menggunakan tenaga yang boleh dibaharui untuk menghasilkan air yang diperlukan. 00:07:02.588 --> 00:07:07.989 Kami perlukan 1,800 megawatt tenaga suria 00:07:07.989 --> 00:07:10.598 untuk menghasilkan 3.5 juta meter padu air. 00:07:10.598 --> 00:07:12.622 Jumlah itu sungguh banyak. NOTE Paragraph 00:07:12.622 --> 00:07:14.890 Air tersebut akan disalurkan kepada petani. 00:07:14.890 --> 00:07:17.127 Mereka boleh mengendalikan pertanian mereka 00:07:17.127 --> 00:07:21.257 dan membekalkan hasil kepada masyarakat. 00:07:21.257 --> 00:07:23.374 Tetapi untuk melestarikan bahagian melintang ini -- 00:07:23.374 --> 00:07:26.705 kerana inilah sistem yang kami akan hasilkan -- 00:07:26.705 --> 00:07:29.339 kami juga perlu membangunkan bahagian menegak ini: 00:07:29.339 --> 00:07:34.657 penyelenggaraan sistem, pendidikan bertaraf tinggi, penyelidikan dan pembangunan, 00:07:34.657 --> 00:07:39.719 industri, teknologi, menghasilkan teknologi untuk digunakan, dan pasaran. 00:07:39.719 --> 00:07:45.852 Tetapi apa yang membolehkannya berlaku ialah undang-undang, polisi dan peraturan. 00:07:45.852 --> 00:07:48.085 Tanpanya, kami tak mampu lakukan apa-apa. NOTE Paragraph 00:07:48.085 --> 00:07:49.637 Jadi, itulah yang kami mahu lakukan. 00:07:49.637 --> 00:07:53.168 Harap-harap kami dapat siapkan pelan ini dalam masa 2 tahun 00:07:53.168 --> 00:07:55.135 dan laksanakannya. 00:07:55.135 --> 00:08:01.835 Objektif kami adalah untuk menjadi sebuah kota alaf baru, seperti kota-kota yang kita dapat lihat hari ini: 00:08:01.835 --> 00:08:08.970 Istanbul, Rom, London, Paris, Damsyik, Kaherah. 00:08:08.970 --> 00:08:13.065 Kami hanya berumur 60 tahun, tetapi kami mahu hidup selama-lamanya 00:08:13.065 --> 00:08:17.626 sebagai sebuah kota, untuk hidup dalam kesejahteraan. NOTE Paragraph 00:08:17.626 --> 00:08:19.571 Terima kasih banyak-banyak. NOTE Paragraph 00:08:19.571 --> 00:08:23.650 (Tepukan)