1 00:00:00,628 --> 00:00:03,544 Salaam alaikum. 2 00:00:03,544 --> 00:00:05,230 Selamat datang ke Doha. 3 00:00:05,230 --> 00:00:08,632 Saya bertanggungjawab terhadap keselamatan makanan di negara ini. 4 00:00:08,632 --> 00:00:10,683 Inilah kerja saya untuk 2 tahun akan datang, 5 00:00:10,683 --> 00:00:13,099 untuk mereka sebuah pelan induk, 6 00:00:13,099 --> 00:00:16,632 dan saya mempunyai 10 tahun untuk melaksanakannya -- 7 00:00:16,632 --> 00:00:18,652 Semestinya, dengan bantuan ramai yang lain. 8 00:00:18,652 --> 00:00:23,299 Tapi pertama sekali, saya nak ceritakan 9 00:00:23,299 --> 00:00:27,167 tentang negara ini. 10 00:00:27,167 --> 00:00:30,717 Semestinya, anda sudah makan 3 kali hari ini, 11 00:00:30,717 --> 00:00:35,250 dan mungkin juga sekali lagi selepas majlis ini. 12 00:00:35,250 --> 00:00:39,683 Mari kita teruskan. Apakah keadaan Qatar pada tahun 1940-an? 13 00:00:39,683 --> 00:00:43,883 Hanya 11,000 orang yang tinggal di sini. 14 00:00:43,883 --> 00:00:50,899 Tempat ini tiada air, tenaga, minyak, dan kereta. 15 00:00:50,899 --> 00:00:52,294 Kebanyakan orang yang tinggal di sini 16 00:00:52,294 --> 00:00:54,766 tinggal di kawasan persisiran pantai dan menangkap ikan 17 00:00:54,766 --> 00:01:00,716 atau merupakan nomad yang merayau merata untuk mencari sumber air 18 00:01:00,716 --> 00:01:04,118 Tidak pernah ada semua kemewahan yang anda dapat lihat pada hari ini. 19 00:01:04,118 --> 00:01:09,266 Tiada bandar seperti Doha, Dubai, Abu Dhabi, Kuwait atau Riyadh. 20 00:01:09,266 --> 00:01:11,883 Bukan disebabkan mereka tidak mampu membinanya, 21 00:01:11,883 --> 00:01:13,982 tapi mereka tiada sumber yang mencukupi. 22 00:01:13,982 --> 00:01:16,815 Jangka hayat rakyat negara ini pendek. 23 00:01:16,815 --> 00:01:18,717 Kebanyakannya meninggal dunia di sekitar usia 50 tahun. 24 00:01:18,717 --> 00:01:22,516 Mari kita teruskan: Zaman minyak. 25 00:01:22,516 --> 00:01:25,733 Mereka menemui punca minyak pada tahun 1939. 26 00:01:25,733 --> 00:01:30,533 Tapi ia tidak digunakan secara komersial sepenuhnya 27 00:01:30,533 --> 00:01:32,983 sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua. 28 00:01:32,983 --> 00:01:35,117 Apakah kesan penemuan minyak? 29 00:01:35,117 --> 00:01:38,417 Ia mengubah wajah negara ini, seperti yang anda dapat lihat kini. 30 00:01:38,417 --> 00:01:42,149 Ia juga menyebabkan nomad di padang pasir -- 31 00:01:42,149 --> 00:01:45,433 mencari air dan makanan, 32 00:01:45,433 --> 00:01:49,536 dan menjaga ternakan mereka -- pembandaran. 33 00:01:49,536 --> 00:01:51,500 Mungkin anda merasakan bahawa ini pelik, 34 00:01:51,500 --> 00:01:55,349 tetapi ahli keluarga saya berbahasa dengan pelbagai loghat. 35 00:01:55,349 --> 00:01:59,349 Loghat ibu saya begitu berbeza dengan loghat ayah saya. 36 00:01:59,349 --> 00:02:04,383 Rakyat negara ini hanyalah dalam 300,000 orang. 37 00:02:04,383 --> 00:02:07,917 Tetapi ada 5 atau 6 loghat bahasa negara saya. 38 00:02:07,917 --> 00:02:11,733 Ada orang tanya saya, "Bagaimana ini boleh terjadi?" 39 00:02:11,733 --> 00:02:13,516 Jawapannya, kami hidup di tempat yang berbeza. 40 00:02:13,516 --> 00:02:18,668 Kami tidak bertumpu di sesebuah kawasan kerana ketiadaan sumber. 41 00:02:18,668 --> 00:02:22,479 Apabila terdapatnya sumber, yakni minyak, 42 00:02:22,479 --> 00:02:25,533 kami mula mereka pelbagai teknologi canggih 43 00:02:25,533 --> 00:02:29,183 dan menumpukan penduduk di sesebuh kawasan. 44 00:02:29,183 --> 00:02:31,567 Mereka mula mengenali antara satu sama lain. 45 00:02:31,567 --> 00:02:35,516 Kami tahu tentang kepelbagaian loghat bahasa kami. 46 00:02:35,516 --> 00:02:38,451 Itulah zaman penemuan minyak. 47 00:02:38,451 --> 00:02:40,566 Mari kita lihat zaman sekarang. 48 00:02:40,566 --> 00:02:45,292 Inilah pemandangan Doha yang anda semua kenali. 49 00:02:45,292 --> 00:02:46,683 Berapakah jumlah penduduk? 50 00:02:46,683 --> 00:02:48,933 Seramai 1.7 juta orang. 51 00:02:48,933 --> 00:02:51,632 Ia dicapai dalam masa kurang daripada 60 tahun. 52 00:02:51,632 --> 00:02:57,534 Kadar purata pertumbuhan ekonomi ialah 15% selama 5 tahun yang lalu. 53 00:02:57,534 --> 00:03:00,367 Kadar hayat meningkat kepada 78 tahun. 54 00:03:00,367 --> 00:03:05,176 Penggunaan air meningkat kepada 430 liter. 55 00:03:05,176 --> 00:03:08,583 Ia adalah antara yang tertinggi di dunia. 56 00:03:08,583 --> 00:03:10,750 Daripada tidak mempunyai sumber air 57 00:03:10,750 --> 00:03:16,234 hinggalah menggunakan air dengan kadar yang amat tinggi. 58 00:03:16,234 --> 00:03:20,000 Entah ini merupakan reaksi terhadap ketiadaan air. 59 00:03:20,000 --> 00:03:26,200 Apakah yang menariknya tentang cerita saya? 60 00:03:26,200 --> 00:03:29,383 Yang menarik ialah, berlakunya pertumbuhan ekonomi 61 00:03:29,383 --> 00:03:35,983 15% selama 5 tahun tanpa sumber air. 62 00:03:35,983 --> 00:03:40,933 Ia sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. 63 00:03:40,933 --> 00:03:44,866 Banyak bandar musnah kerana ketiadaan air. 64 00:03:44,866 --> 00:03:47,382 Sejarah ini tercipta di rantau ini. 65 00:03:47,382 --> 00:03:49,299 Bukan sahaja bandar semata-mata yang kami bina, 66 00:03:49,299 --> 00:03:54,452 tetapi bandar-bandar yang penuh dengan impian dan orang yang mahu menjadi ahli sains dan doktor. 67 00:03:54,452 --> 00:03:57,601 Bina rumah yang mewah, pilih seorang jurubina dan reka rumah saya. 68 00:03:57,601 --> 00:04:03,800 Mereka percaya tempat ini sesuai didiami walhal ia sebaliknya. 69 00:04:03,800 --> 00:04:05,769 Semestinya, mereka perlukan teknologi. 70 00:04:05,769 --> 00:04:12,283 Kadar pemendapan air hujan di Brazil ialah 1,782 mm setahun. 71 00:04:12,283 --> 00:04:15,134 Di Qatar ialah 74 mm, walhal kadar pertumbuhan kami adalah tinggi. 72 00:04:15,134 --> 00:04:17,150 Jadi soalannya, bagaimana? 73 00:04:17,150 --> 00:04:20,416 Bagaimana kami boleh hidup sebegini? 74 00:04:20,416 --> 00:04:22,500 Kami tidak mempunyai air. 75 00:04:22,500 --> 00:04:28,799 Jawapannya, mesin penyahgaraman yang besar ini. 76 00:04:28,799 --> 00:04:32,967 Sumber tenaga ialah faktor utama. Ia mengubah segalanya. 77 00:04:32,967 --> 00:04:37,466 Ia benda yang kami gali dari bawah tanah, kami gunakannya dalam kadar yang tinggi. 78 00:04:37,466 --> 00:04:40,466 Mungkin anda gunakannya untuk datang ke Doha. 79 00:04:40,466 --> 00:04:43,367 Itulah tasik kami, jika anda boleh lihat. 80 00:04:43,367 --> 00:04:45,216 Itulah sungai kami. 81 00:04:45,216 --> 00:04:50,558 Dengan itulah anda dapat menggunakan air. 82 00:04:50,558 --> 00:04:57,184 Inilah teknologi terbaik yang terdapat di rantau ini: penyahgaraman. 83 00:04:57,184 --> 00:04:59,452 Apakah risikonya? 84 00:04:59,452 --> 00:05:01,002 Anda risaukah? 85 00:05:01,002 --> 00:05:04,918 Jika anda lihat fakta global, 86 00:05:04,918 --> 00:05:07,509 anda akan sedar, semestinya anda perlu risau. 87 00:05:07,509 --> 00:05:10,018 Kadar permintaan dan pertumbuhan jumlah penduduk telah meningkat. 88 00:05:10,018 --> 00:05:13,267 Jumlah penduduk mencecah 7 bilion beberapa bulan lalu. 89 00:05:13,267 --> 00:05:16,759 Kami semua memerlukan makanan. 90 00:05:16,759 --> 00:05:19,967 Diramalkan kami akan mencecah 9 bilion menjelang tahun 2050. 91 00:05:19,967 --> 00:05:22,823 Jadi, negara yang tiada air 92 00:05:22,823 --> 00:05:26,474 perlu risaukan apa yang akan terjadi di luar rantaunya. 93 00:05:26,474 --> 00:05:28,806 Cara pemakanan juga berubah. 94 00:05:28,806 --> 00:05:32,872 Dengan peningkatan kadar sosioekonomi, 95 00:05:32,872 --> 00:05:35,055 rakyatnya mengubah cara pemakanannya. 96 00:05:35,055 --> 00:05:38,055 Mereka mula makan lebih banyak daging dan sebagainya. 97 00:05:38,055 --> 00:05:40,408 Selain itu, kadar hasil tanaman menurun 98 00:05:40,408 --> 00:05:43,106 kerana perubahan cuaca dan pelbagai faktor lain. 99 00:05:43,106 --> 00:05:48,274 Jadi, seseorang kena sedar bila akan terjadinya sesuatu krisis. 100 00:05:48,274 --> 00:05:52,089 Inilah situasinya di Qatar, bagi mereka yang tidak tahu. 101 00:05:52,089 --> 00:05:55,439 Kami hanya mempunyai simpanan air untuk 2 hari sahaja. 102 00:05:55,439 --> 00:05:57,723 Kami mengimport 90% daripada makanan kami, 103 00:05:57,723 --> 00:06:01,423 Kami mengerjakan 1% daripada tanah kami. 104 00:06:01,423 --> 00:06:03,872 Jumlah petani kami yang rendah 105 00:06:03,872 --> 00:06:07,406 tersingkir daripada bidang pertanian 106 00:06:07,406 --> 00:06:12,955 kerana dasar perdagangan terbuka yang membawa masuk persaingan sengit dan sebagainya. 107 00:06:12,955 --> 00:06:16,206 Jadi, kami menghadapi risikonya. 108 00:06:16,206 --> 00:06:23,389 Ia mempengaruhi kelestarian dan kesinambungan negara ini secara langsung. 109 00:06:23,389 --> 00:06:25,907 Soalannya, adakah terdapat penyelesaian? 110 00:06:25,907 --> 00:06:28,089 Adakah terdapat penyelesaian yang lestari? 111 00:06:28,089 --> 00:06:30,073 Sebenarnya ada. 112 00:06:30,073 --> 00:06:34,106 Slaid ini menyimpulkan dokumen teknikal 113 00:06:34,106 --> 00:06:36,790 yang kami usahakan selama 2 tahun yang lalu. 114 00:06:36,790 --> 00:06:38,222 Mari kita mulakan dengan isu air. 115 00:06:38,222 --> 00:06:41,991 Kita sudah tahu -- saya tunjukkan awal tadi -- kami perlukan sumber tenaga ini. 116 00:06:41,991 --> 00:06:45,089 Kami perlukan sumber tenaga, tetapi jenis apa? 117 00:06:45,089 --> 00:06:47,388 Sumber tenaga boleh habis? Bahan bakar fosil? 118 00:06:47,388 --> 00:06:49,783 Atau sumber lain? 119 00:06:49,783 --> 00:06:53,122 Mampukah kami menggunakan sumber tenaga yang lain? 120 00:06:53,122 --> 00:06:57,256 Saya rasa, anda tahu jawapannya, ya: Kami ada cahaya matahari sebanyak 300 hari. 121 00:06:57,256 --> 00:07:02,588 Kami akan menggunakan tenaga yang boleh dibaharui untuk menghasilkan air yang diperlukan. 122 00:07:02,588 --> 00:07:07,989 Kami perlukan 1,800 megawatt tenaga suria 123 00:07:07,989 --> 00:07:10,598 untuk menghasilkan 3.5 juta meter padu air. 124 00:07:10,598 --> 00:07:12,622 Jumlah itu sungguh banyak. 125 00:07:12,622 --> 00:07:14,890 Air tersebut akan disalurkan kepada petani. 126 00:07:14,890 --> 00:07:17,127 Mereka boleh mengendalikan pertanian mereka 127 00:07:17,127 --> 00:07:21,257 dan membekalkan hasil kepada masyarakat. 128 00:07:21,257 --> 00:07:23,374 Tetapi untuk melestarikan bahagian melintang ini -- 129 00:07:23,374 --> 00:07:26,705 kerana inilah sistem yang kami akan hasilkan -- 130 00:07:26,705 --> 00:07:29,339 kami juga perlu membangunkan bahagian menegak ini: 131 00:07:29,339 --> 00:07:34,657 penyelenggaraan sistem, pendidikan bertaraf tinggi, penyelidikan dan pembangunan, 132 00:07:34,657 --> 00:07:39,719 industri, teknologi, menghasilkan teknologi untuk digunakan, dan pasaran. 133 00:07:39,719 --> 00:07:45,852 Tetapi apa yang membolehkannya berlaku ialah undang-undang, polisi dan peraturan. 134 00:07:45,852 --> 00:07:48,085 Tanpanya, kami tak mampu lakukan apa-apa. 135 00:07:48,085 --> 00:07:49,637 Jadi, itulah yang kami mahu lakukan. 136 00:07:49,637 --> 00:07:53,168 Harap-harap kami dapat siapkan pelan ini dalam masa 2 tahun 137 00:07:53,168 --> 00:07:55,135 dan laksanakannya. 138 00:07:55,135 --> 00:08:01,835 Objektif kami adalah untuk menjadi sebuah kota alaf baru, seperti kota-kota yang kita dapat lihat hari ini: 139 00:08:01,835 --> 00:08:08,970 Istanbul, Rom, London, Paris, Damsyik, Kaherah. 140 00:08:08,970 --> 00:08:13,065 Kami hanya berumur 60 tahun, tetapi kami mahu hidup selama-lamanya 141 00:08:13,065 --> 00:08:17,626 sebagai sebuah kota, untuk hidup dalam kesejahteraan. 142 00:08:17,626 --> 00:08:19,571 Terima kasih banyak-banyak. 143 00:08:19,571 --> 00:08:23,650 (Tepukan)