0:00:00.628,0:00:03.544 Salaam alaikum. 0:00:03.544,0:00:05.230 Selamat datang ke Doha. 0:00:05.230,0:00:08.632 Saya bertanggungjawab terhadap [br]keselamatan makanan di negara ini. 0:00:08.632,0:00:10.683 Inilah kerja saya untuk [br]2 tahun akan datang, 0:00:10.683,0:00:13.099 untuk mereka sebuah pelan induk, 0:00:13.099,0:00:16.632 dan saya mempunyai 10 tahun [br]untuk melaksanakannya -- 0:00:16.632,0:00:18.652 Semestinya, [br]dengan bantuan ramai yang lain. 0:00:18.652,0:00:23.299 Tapi pertama sekali, [br]saya nak ceritakan 0:00:23.299,0:00:27.167 tentang negara ini. 0:00:27.167,0:00:30.717 Semestinya, [br]anda sudah makan 3 kali hari ini, 0:00:30.717,0:00:35.250 dan mungkin juga sekali lagi [br]selepas majlis ini. 0:00:35.250,0:00:39.683 Mari kita teruskan. [br]Apakah keadaan Qatar pada tahun 1940-an? 0:00:39.683,0:00:43.883 Hanya 11,000 orang [br]yang tinggal di sini. 0:00:43.883,0:00:50.899 Tempat ini tiada air, tenaga, [br]minyak, dan kereta. 0:00:50.899,0:00:52.294 Kebanyakan orang [br]yang tinggal di sini 0:00:52.294,0:00:54.766 tinggal di kawasan persisiran pantai [br]dan menangkap ikan 0:00:54.766,0:01:00.716 atau merupakan nomad yang merayau merata [br]untuk mencari sumber air 0:01:00.716,0:01:04.118 Tidak pernah ada semua kemewahan [br]yang anda dapat lihat pada hari ini. 0:01:04.118,0:01:09.266 Tiada bandar seperti Doha, Dubai, [br]Abu Dhabi, Kuwait atau Riyadh. 0:01:09.266,0:01:11.883 Bukan disebabkan mereka [br]tidak mampu membinanya, 0:01:11.883,0:01:13.982 tapi mereka tiada sumber [br]yang mencukupi. 0:01:13.982,0:01:16.815 Jangka hayat rakyat negara ini pendek. 0:01:16.815,0:01:18.717 Kebanyakannya meninggal dunia [br]di sekitar usia 50 tahun. 0:01:18.717,0:01:22.516 Mari kita teruskan: [br]Zaman minyak. 0:01:22.516,0:01:25.733 Mereka menemui punca minyak [br]pada tahun 1939. 0:01:25.733,0:01:30.533 Tapi ia tidak digunakan [br]secara komersial sepenuhnya 0:01:30.533,0:01:32.983 sehinggalah selepas [br]Perang Dunia Kedua. 0:01:32.983,0:01:35.117 Apakah kesan penemuan minyak? 0:01:35.117,0:01:38.417 Ia mengubah wajah negara ini, [br]seperti yang anda dapat lihat kini. 0:01:38.417,0:01:42.149 Ia juga menyebabkan nomad [br]di padang pasir -- 0:01:42.149,0:01:45.433 mencari air dan makanan, 0:01:45.433,0:01:49.536 dan menjaga ternakan mereka -- [br]pembandaran. 0:01:49.536,0:01:51.500 Mungkin anda merasakan bahawa ini pelik, 0:01:51.500,0:01:55.349 tetapi ahli keluarga saya [br]berbahasa dengan pelbagai loghat. 0:01:55.349,0:01:59.349 Loghat ibu saya begitu berbeza dengan [br]loghat ayah saya. 0:01:59.349,0:02:04.383 Rakyat negara ini hanyalah [br]dalam 300,000 orang. 0:02:04.383,0:02:07.917 Tetapi ada 5 atau 6 [br]loghat bahasa negara saya. 0:02:07.917,0:02:11.733 Ada orang tanya saya, [br]"Bagaimana ini boleh terjadi?" 0:02:11.733,0:02:13.516 Jawapannya, kami hidup di tempat [br]yang berbeza. 0:02:13.516,0:02:18.668 Kami tidak bertumpu di sesebuah kawasan [br]kerana ketiadaan sumber. 0:02:18.668,0:02:22.479 Apabila terdapatnya sumber, [br]yakni minyak, 0:02:22.479,0:02:25.533 kami mula mereka [br]pelbagai teknologi canggih 0:02:25.533,0:02:29.183 dan menumpukan penduduk [br]di sesebuh kawasan. 0:02:29.183,0:02:31.567 Mereka mula mengenali [br]antara satu sama lain. 0:02:31.567,0:02:35.516 Kami tahu tentang kepelbagaian [br]loghat bahasa kami. 0:02:35.516,0:02:38.451 Itulah zaman penemuan minyak. 0:02:38.451,0:02:40.566 Mari kita lihat zaman sekarang. 0:02:40.566,0:02:45.292 Inilah pemandangan Doha [br]yang anda semua kenali. 0:02:45.292,0:02:46.683 Berapakah jumlah penduduk? 0:02:46.683,0:02:48.933 Seramai 1.7 juta orang. 0:02:48.933,0:02:51.632 Ia dicapai dalam masa [br]kurang daripada 60 tahun. 0:02:51.632,0:02:57.534 Kadar purata pertumbuhan ekonomi ialah 15% [br]selama 5 tahun yang lalu. 0:02:57.534,0:03:00.367 Kadar hayat meningkat [br]kepada 78 tahun. 0:03:00.367,0:03:05.176 Penggunaan air meningkat [br]kepada 430 liter. 0:03:05.176,0:03:08.583 Ia adalah antara yang tertinggi [br]di dunia. 0:03:08.583,0:03:10.750 Daripada tidak mempunyai [br]sumber air 0:03:10.750,0:03:16.234 hinggalah menggunakan air [br]dengan kadar yang amat tinggi. 0:03:16.234,0:03:20.000 Entah ini merupakan reaksi [br]terhadap ketiadaan air. 0:03:20.000,0:03:26.200 Apakah yang menariknya [br]tentang cerita saya? 0:03:26.200,0:03:29.383 Yang menarik ialah, [br]berlakunya pertumbuhan ekonomi 0:03:29.383,0:03:35.983 15% selama 5 tahun [br]tanpa sumber air. 0:03:35.983,0:03:40.933 Ia sesuatu yang tidak pernah berlaku [br]dalam sejarah. 0:03:40.933,0:03:44.866 Banyak bandar musnah [br]kerana ketiadaan air. 0:03:44.866,0:03:47.382 Sejarah ini tercipta [br]di rantau ini. 0:03:47.382,0:03:49.299 Bukan sahaja bandar semata-mata [br]yang kami bina, 0:03:49.299,0:03:54.452 tetapi bandar-bandar yang penuh dengan impian [br]dan orang yang mahu menjadi ahli sains dan doktor. 0:03:54.452,0:03:57.601 Bina rumah yang mewah, pilih seorang jurubina[br]dan reka rumah saya. 0:03:57.601,0:04:03.800 Mereka percaya tempat ini [br]sesuai didiami walhal ia sebaliknya. 0:04:03.800,0:04:05.769 Semestinya, [br]mereka perlukan teknologi. 0:04:05.769,0:04:12.283 Kadar pemendapan air hujan di Brazil [br]ialah 1,782 mm setahun. 0:04:12.283,0:04:15.134 Di Qatar ialah 74 mm, [br]walhal kadar pertumbuhan kami adalah tinggi. 0:04:15.134,0:04:17.150 Jadi soalannya, [br]bagaimana? 0:04:17.150,0:04:20.416 Bagaimana kami boleh hidup sebegini? 0:04:20.416,0:04:22.500 Kami tidak mempunyai air. 0:04:22.500,0:04:28.799 Jawapannya, [br]mesin penyahgaraman yang besar ini. 0:04:28.799,0:04:32.967 Sumber tenaga ialah faktor utama. [br]Ia mengubah segalanya. 0:04:32.967,0:04:37.466 Ia benda yang kami gali dari bawah tanah, [br]kami gunakannya dalam kadar yang tinggi. 0:04:37.466,0:04:40.466 Mungkin anda gunakannya [br]untuk datang ke Doha. 0:04:40.466,0:04:43.367 Itulah tasik kami, [br]jika anda boleh lihat. 0:04:43.367,0:04:45.216 Itulah sungai kami. 0:04:45.216,0:04:50.558 Dengan itulah [br]anda dapat menggunakan air. 0:04:50.558,0:04:57.184 Inilah teknologi terbaik yang terdapat di rantau ini: penyahgaraman. 0:04:57.184,0:04:59.452 Apakah risikonya? 0:04:59.452,0:05:01.002 Anda risaukah? 0:05:01.002,0:05:04.918 Jika anda lihat fakta global, 0:05:04.918,0:05:07.509 anda akan sedar, [br]semestinya anda perlu risau. 0:05:07.509,0:05:10.018 Kadar permintaan dan pertumbuhan [br]jumlah penduduk telah meningkat. 0:05:10.018,0:05:13.267 Jumlah penduduk mencecah [br]7 bilion beberapa bulan lalu. 0:05:13.267,0:05:16.759 Kami semua memerlukan makanan. 0:05:16.759,0:05:19.967 Diramalkan kami akan mencecah [br]9 bilion menjelang tahun 2050. 0:05:19.967,0:05:22.823 Jadi, negara yang tiada air 0:05:22.823,0:05:26.474 perlu risaukan apa yang akan [br]terjadi di luar rantaunya. 0:05:26.474,0:05:28.806 Cara pemakanan juga berubah. 0:05:28.806,0:05:32.872 Dengan peningkatan [br]kadar sosioekonomi, 0:05:32.872,0:05:35.055 rakyatnya mengubah [br]cara pemakanannya. 0:05:35.055,0:05:38.055 Mereka mula makan lebih banyak [br]daging dan sebagainya. 0:05:38.055,0:05:40.408 Selain itu, [br]kadar hasil tanaman menurun 0:05:40.408,0:05:43.106 kerana perubahan cuaca [br]dan pelbagai faktor lain. 0:05:43.106,0:05:48.274 Jadi, seseorang kena sedar [br]bila akan terjadinya sesuatu krisis. 0:05:48.274,0:05:52.089 Inilah situasinya di Qatar, [br]bagi mereka yang tidak tahu. 0:05:52.089,0:05:55.439 Kami hanya mempunyai [br]simpanan air untuk 2 hari sahaja. 0:05:55.439,0:05:57.723 Kami mengimport 90% [br]daripada makanan kami, 0:05:57.723,0:06:01.423 Kami mengerjakan [br]1% daripada tanah kami. 0:06:01.423,0:06:03.872 Jumlah petani kami yang rendah 0:06:03.872,0:06:07.406 tersingkir daripada bidang pertanian 0:06:07.406,0:06:12.955 kerana dasar perdagangan terbuka yang membawa masuk persaingan sengit dan sebagainya. 0:06:12.955,0:06:16.206 Jadi, kami menghadapi risikonya. 0:06:16.206,0:06:23.389 Ia mempengaruhi kelestarian [br]dan kesinambungan negara ini secara langsung. 0:06:23.389,0:06:25.907 Soalannya, [br]adakah terdapat penyelesaian? 0:06:25.907,0:06:28.089 Adakah terdapat penyelesaian [br]yang lestari? 0:06:28.089,0:06:30.073 Sebenarnya ada. 0:06:30.073,0:06:34.106 Slaid ini menyimpulkan [br]dokumen teknikal 0:06:34.106,0:06:36.790 yang kami usahakan [br]selama 2 tahun yang lalu. 0:06:36.790,0:06:38.222 Mari kita mulakan dengan isu air. 0:06:38.222,0:06:41.991 Kita sudah tahu -- saya tunjukkan awal tadi -- [br]kami perlukan sumber tenaga ini. 0:06:41.991,0:06:45.089 Kami perlukan sumber tenaga, [br]tetapi jenis apa? 0:06:45.089,0:06:47.388 Sumber tenaga boleh habis? [br]Bahan bakar fosil? 0:06:47.388,0:06:49.783 Atau sumber lain? 0:06:49.783,0:06:53.122 Mampukah kami menggunakan [br]sumber tenaga yang lain? 0:06:53.122,0:06:57.256 Saya rasa, anda tahu jawapannya, ya: [br]Kami ada cahaya matahari sebanyak 300 hari. 0:06:57.256,0:07:02.588 Kami akan menggunakan tenaga yang boleh dibaharui [br]untuk menghasilkan air yang diperlukan. 0:07:02.588,0:07:07.989 Kami perlukan 1,800 megawatt [br]tenaga suria 0:07:07.989,0:07:10.598 untuk menghasilkan [br]3.5 juta meter padu air. 0:07:10.598,0:07:12.622 Jumlah itu sungguh banyak. 0:07:12.622,0:07:14.890 Air tersebut akan disalurkan [br]kepada petani. 0:07:14.890,0:07:17.127 Mereka boleh mengendalikan [br]pertanian mereka 0:07:17.127,0:07:21.257 dan membekalkan hasil [br]kepada masyarakat. 0:07:21.257,0:07:23.374 Tetapi untuk melestarikan [br]bahagian melintang ini -- 0:07:23.374,0:07:26.705 kerana inilah sistem yang [br]kami akan hasilkan -- 0:07:26.705,0:07:29.339 kami juga perlu membangunkan [br]bahagian menegak ini: 0:07:29.339,0:07:34.657 penyelenggaraan sistem, pendidikan bertaraf tinggi, [br]penyelidikan dan pembangunan, 0:07:34.657,0:07:39.719 industri, teknologi, menghasilkan teknologi [br]untuk digunakan, dan pasaran. 0:07:39.719,0:07:45.852 Tetapi apa yang membolehkannya berlaku ialah [br]undang-undang, polisi dan peraturan. 0:07:45.852,0:07:48.085 Tanpanya, kami tak mampu [br]lakukan apa-apa. 0:07:48.085,0:07:49.637 Jadi, itulah yang [br]kami mahu lakukan. 0:07:49.637,0:07:53.168 Harap-harap kami dapat siapkan pelan ini [br]dalam masa 2 tahun 0:07:53.168,0:07:55.135 dan laksanakannya. 0:07:55.135,0:08:01.835 Objektif kami adalah untuk menjadi sebuah kota alaf baru, seperti kota-kota yang kita dapat lihat hari ini: 0:08:01.835,0:08:08.970 Istanbul, Rom, London, [br]Paris, Damsyik, Kaherah. 0:08:08.970,0:08:13.065 Kami hanya berumur 60 tahun, [br]tetapi kami mahu hidup selama-lamanya 0:08:13.065,0:08:17.626 sebagai sebuah kota, [br]untuk hidup dalam kesejahteraan. 0:08:17.626,0:08:19.571 Terima kasih banyak-banyak. 0:08:19.571,0:08:23.650 (Tepukan)