Salaam alaikum.
Selamat datang ke Doha.
Saya bertanggungjawab terhadap
keselamatan makanan di negara ini.
Inilah kerja saya untuk
2 tahun akan datang,
untuk mereka sebuah pelan induk,
dan saya mempunyai 10 tahun
untuk melaksanakannya --
Semestinya,
dengan bantuan ramai yang lain.
Tapi pertama sekali,
saya nak ceritakan
tentang negara ini.
Semestinya,
anda sudah makan 3 kali hari ini,
dan mungkin juga sekali lagi
selepas majlis ini.
Mari kita teruskan.
Apakah keadaan Qatar pada tahun 1940-an?
Hanya 11,000 orang
yang tinggal di sini.
Tempat ini tiada air, tenaga,
minyak, dan kereta.
Kebanyakan orang
yang tinggal di sini
tinggal di kawasan persisiran pantai
dan menangkap ikan
atau merupakan nomad yang merayau merata
untuk mencari sumber air
Tidak pernah ada semua kemewahan
yang anda dapat lihat pada hari ini.
Tiada bandar seperti Doha, Dubai,
Abu Dhabi, Kuwait atau Riyadh.
Bukan disebabkan mereka
tidak mampu membinanya,
tapi mereka tiada sumber
yang mencukupi.
Jangka hayat rakyat negara ini pendek.
Kebanyakannya meninggal dunia
di sekitar usia 50 tahun.
Mari kita teruskan:
Zaman minyak.
Mereka menemui punca minyak
pada tahun 1939.
Tapi ia tidak digunakan
secara komersial sepenuhnya
sehinggalah selepas
Perang Dunia Kedua.
Apakah kesan penemuan minyak?
Ia mengubah wajah negara ini,
seperti yang anda dapat lihat kini.
Ia juga menyebabkan nomad
di padang pasir --
mencari air dan makanan,
dan menjaga ternakan mereka --
pembandaran.
Mungkin anda merasakan bahawa ini pelik,
tetapi ahli keluarga saya
berbahasa dengan pelbagai loghat.
Loghat ibu saya begitu berbeza dengan
loghat ayah saya.
Rakyat negara ini hanyalah
dalam 300,000 orang.
Tetapi ada 5 atau 6
loghat bahasa negara saya.
Ada orang tanya saya,
"Bagaimana ini boleh terjadi?"
Jawapannya, kami hidup di tempat
yang berbeza.
Kami tidak bertumpu di sesebuah kawasan
kerana ketiadaan sumber.
Apabila terdapatnya sumber,
yakni minyak,
kami mula mereka
pelbagai teknologi canggih
dan menumpukan penduduk
di sesebuh kawasan.
Mereka mula mengenali
antara satu sama lain.
Kami tahu tentang kepelbagaian
loghat bahasa kami.
Itulah zaman penemuan minyak.
Mari kita lihat zaman sekarang.
Inilah pemandangan Doha
yang anda semua kenali.
Berapakah jumlah penduduk?
Seramai 1.7 juta orang.
Ia dicapai dalam masa
kurang daripada 60 tahun.
Kadar purata pertumbuhan ekonomi ialah 15%
selama 5 tahun yang lalu.
Kadar hayat meningkat
kepada 78 tahun.
Penggunaan air meningkat
kepada 430 liter.
Ia adalah antara yang tertinggi
di dunia.
Daripada tidak mempunyai
sumber air
hinggalah menggunakan air
dengan kadar yang amat tinggi.
Entah ini merupakan reaksi
terhadap ketiadaan air.
Apakah yang menariknya
tentang cerita saya?
Yang menarik ialah,
berlakunya pertumbuhan ekonomi
15% selama 5 tahun
tanpa sumber air.
Ia sesuatu yang tidak pernah berlaku
dalam sejarah.
Banyak bandar musnah
kerana ketiadaan air.
Sejarah ini tercipta
di rantau ini.
Bukan sahaja bandar semata-mata
yang kami bina,
tetapi bandar-bandar yang penuh dengan impian
dan orang yang mahu menjadi ahli sains dan doktor.
Bina rumah yang mewah, pilih seorang jurubina
dan reka rumah saya.
Mereka percaya tempat ini
sesuai didiami walhal ia sebaliknya.
Semestinya,
mereka perlukan teknologi.
Kadar pemendapan air hujan di Brazil
ialah 1,782 mm setahun.
Di Qatar ialah 74 mm,
walhal kadar pertumbuhan kami adalah tinggi.
Jadi soalannya,
bagaimana?
Bagaimana kami boleh hidup sebegini?
Kami tidak mempunyai air.
Jawapannya,
mesin penyahgaraman yang besar ini.
Sumber tenaga ialah faktor utama.
Ia mengubah segalanya.
Ia benda yang kami gali dari bawah tanah,
kami gunakannya dalam kadar yang tinggi.
Mungkin anda gunakannya
untuk datang ke Doha.
Itulah tasik kami,
jika anda boleh lihat.
Itulah sungai kami.
Dengan itulah
anda dapat menggunakan air.
Inilah teknologi terbaik yang terdapat di rantau ini: penyahgaraman.
Apakah risikonya?
Anda risaukah?
Jika anda lihat fakta global,
anda akan sedar,
semestinya anda perlu risau.
Kadar permintaan dan pertumbuhan
jumlah penduduk telah meningkat.
Jumlah penduduk mencecah
7 bilion beberapa bulan lalu.
Kami semua memerlukan makanan.
Diramalkan kami akan mencecah
9 bilion menjelang tahun 2050.
Jadi, negara yang tiada air
perlu risaukan apa yang akan
terjadi di luar rantaunya.
Cara pemakanan juga berubah.
Dengan peningkatan
kadar sosioekonomi,
rakyatnya mengubah
cara pemakanannya.
Mereka mula makan lebih banyak
daging dan sebagainya.
Selain itu,
kadar hasil tanaman menurun
kerana perubahan cuaca
dan pelbagai faktor lain.
Jadi, seseorang kena sedar
bila akan terjadinya sesuatu krisis.
Inilah situasinya di Qatar,
bagi mereka yang tidak tahu.
Kami hanya mempunyai
simpanan air untuk 2 hari sahaja.
Kami mengimport 90%
daripada makanan kami,
Kami mengerjakan
1% daripada tanah kami.
Jumlah petani kami yang rendah
tersingkir daripada bidang pertanian
kerana dasar perdagangan terbuka yang membawa masuk persaingan sengit dan sebagainya.
Jadi, kami menghadapi risikonya.
Ia mempengaruhi kelestarian
dan kesinambungan negara ini secara langsung.
Soalannya,
adakah terdapat penyelesaian?
Adakah terdapat penyelesaian
yang lestari?
Sebenarnya ada.
Slaid ini menyimpulkan
dokumen teknikal
yang kami usahakan
selama 2 tahun yang lalu.
Mari kita mulakan dengan isu air.
Kita sudah tahu -- saya tunjukkan awal tadi --
kami perlukan sumber tenaga ini.
Kami perlukan sumber tenaga,
tetapi jenis apa?
Sumber tenaga boleh habis?
Bahan bakar fosil?
Atau sumber lain?
Mampukah kami menggunakan
sumber tenaga yang lain?
Saya rasa, anda tahu jawapannya, ya:
Kami ada cahaya matahari sebanyak 300 hari.
Kami akan menggunakan tenaga yang boleh dibaharui
untuk menghasilkan air yang diperlukan.
Kami perlukan 1,800 megawatt
tenaga suria
untuk menghasilkan
3.5 juta meter padu air.
Jumlah itu sungguh banyak.
Air tersebut akan disalurkan
kepada petani.
Mereka boleh mengendalikan
pertanian mereka
dan membekalkan hasil
kepada masyarakat.
Tetapi untuk melestarikan
bahagian melintang ini --
kerana inilah sistem yang
kami akan hasilkan --
kami juga perlu membangunkan
bahagian menegak ini:
penyelenggaraan sistem, pendidikan bertaraf tinggi,
penyelidikan dan pembangunan,
industri, teknologi, menghasilkan teknologi
untuk digunakan, dan pasaran.
Tetapi apa yang membolehkannya berlaku ialah
undang-undang, polisi dan peraturan.
Tanpanya, kami tak mampu
lakukan apa-apa.
Jadi, itulah yang
kami mahu lakukan.
Harap-harap kami dapat siapkan pelan ini
dalam masa 2 tahun
dan laksanakannya.
Objektif kami adalah untuk menjadi sebuah kota alaf baru, seperti kota-kota yang kita dapat lihat hari ini:
Istanbul, Rom, London,
Paris, Damsyik, Kaherah.
Kami hanya berumur 60 tahun,
tetapi kami mahu hidup selama-lamanya
sebagai sebuah kota,
untuk hidup dalam kesejahteraan.
Terima kasih banyak-banyak.
(Tepukan)